Chapter 23: The Greatest Showman

221 14 21
                                    

Kahar menyiram air bunga ke pusara dihapannya ini. Dia tersenyum lembut sambil mengusap batu nisan tersebut. Lalu dia bersila di atas tikar, dan membuka senaskhah kecil Yassin untuk dibaca.

"Yassin..."

Teman-teman yang lain juga mengikut rentaknya, mereka serentak mengalunkan ayat-ayat suci untuk dihadiahkan pada teman mereka untuk perjalanan terakhir beliau.

-
-
-
-
-

Kahar masih duduk bersila di situ, setia menunggu dan memutuskan menjadi orang terkahir untuk pulang. Setidaknya dia masih mahu menemani si 'dia' di sini.

Dia tidak menyedari terdapat dua sahabat lamanya yang berjalan dan berdiri di belakangnya. Mereka juga duduk bersebelahan dengan kahar, sambil menepuk bahu kahar untuk menarik perhatiannya.

"Kahar."

Kahar tersentak. Dia tersenyum kelat. Sudah pastilah di antara keramaian itu, dia melihat kelibat kedua orang ini. Akan tetapi dia memilih untuk bungkam dan tak berkata apa-apa. Hutangnya pada dua orang ini juga masih belum terlangsai.

"Zahrin... Fahmi..."

"Lama tak jumpa kau Kahar. Tak sangka bila kau balik Malaysia-"

Kata- kata Fahmi terpotong. Zahrin menepuk belakangnya awal-awal lagi memberikan amaran.

"Beri aku masa.... Nanti bila aku dah sedia... aku akan jumpa dengan korang jugak." Kahar menunduk. Malu kerana tak dapat berikan jawapan yang jelas.

Zahrin mengangguk. "Sekurangnya dengan pulangnya kau di sini... dia dah aman kat sana. Dahlah Kahar... jangan disimpan lagi perasaan bersalah tu. Areez dah ceritakan semuanya... bukan salah kau Kahar. Naim yang pilih untuk kalah dengan sisi gelap dia sendiri."

Kahar mengangguk tanpa bersuara. Surat yang dituju khas untuknya masih lagi tersimpan rapi dan tak dibuka. Dia sejujurnya takut untuk membaca isi surat tersebut. Takut akan kebenaran yang membuka satu lagi pintu yang dia tak pernah tahu pun wujud dalam dunia Fakhri.

Jadi dia pilih untuk baca surat tersebut dengan ayam. Dia mahu ada kekuatan dari ayam untuk dirinya mengerti isi hati Fakhri tanpa noktah.

"By the way... macam mana dengan Naim?"

Bibir Kahar sedikit terangkat.

"Dia... dah ada di tempat yang selamat."

Kedua sahabat lamanya mengangguk. Bukannya mereka tak mahu cakna di mana keberadaan Naim, akan tetapi melihat bekas kapla mereka yang agak berat mulut untuk mendedahkan lokasi Naim, menyebabkan mereka menghentikan niat mereka. Mungkin sekadar itu sahaja cukup untuk mereka ketahui.

Mereka bukannya Ayam, Areez atau Hakeem yang berada di tempat kejadian.

"Oh okay..."

Kahar baru tersedar sesuatu. Kemudian dia bingkas bangun secepat kilat. Riak wajahnya risau menimbulkan kegelisahan pada zahrin dan Fahmi.

"Kenapa kahar?!"

"Mana ayam?!"

Zahrin menghela nafasnya. Sikit lagi dia nak cepuk si Kahar sebab takutkan mereka.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now