Chapter 4 : Tattoos and Marriage

615 26 0
                                    

"Naim! Sini! Sini!"

Mata Naim terarah pada seorang pemuda yang begitu bersemangat melambai padanya. Naim tersenyum lega. Walaupun sampai sedikit terlambat namun melihat dari riaksi kawan baiknya itu tiada langsung riak marah.

Hiruk pikuk dan suara bising yang datang dari pelanggan kedai mamak yang ada di situ. Naim terdengar jelas suara-suara mengambil dan membaca kembali pesanan dari pelayan. Sejujurnya dia agak sensitif dengan tempat yang bingit seperti ni, tapi memandangkan pemuda yang dia nak jumpa ni beria betul mahu bertemu di sini maka dia cuba turutkan juga.

Salah satu lagi habit yang dia nak ubah... iaitu people pleaser. He can just say no. Tapi dia masih sukar untuk mengubah tabiat tu. No worries... dia masih lagi dalam perjalanan mencari jati dirinya sebenar. Time will heal his wounds soon. Step by step Naim, bisiknya.

Dia menarik kerusi besi dan duduk di hadapan pemuda itu. Amir. Dah tiga tahun tak jumpa. Selepas kejadian celaka di Kudrat tu, semua jadi kacau bilau. Mereka tiada masa untuk menghiraukan luka masing-masing. Tiada masa untuk bercakap mengenai trauma pada hari tu. Semua diam seribu bahasa seolah-olah cuba untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

Namun dia tahu, apa yang mereka simpan lama-lama akan meletup juga. Dia tak nafikan kerana hari-hari dia dihantui dengan perasann bersalah dan kerap menyalahkan dirinya. Dia tahu Amir nampak akan perubahannya... malah pemuda ini berusaha untuk bercakap mengenai kejadian tu dengannya. Akan tetapi ego Naim lebih tinggi menggunung berbading dia mengaku dan menunjukkan sisi rapuhnya di hadapan Amir.

Lamunannya terhenti apabila deria baunya menangkap aroma kari ayam campur kuah dal dan roti canai kosong yang diletakkan di atas meja. Amir pula tersenyum riang apabila pesanannya sudah sampai. Namun, Amir lebih memilih untuk menepikan rasa laparnya. Dia mahu berbual dengan Naim. Banyak yang dia perlu berbicara dengan Naim pada hari ini.

Kerana dia tahu... selepas ini dia mungkin tak akan berjumpa dengan Naim lagi.Kenapa dia cakap macam tu? Selepas grad, tak buang masa lagi Naim terus clearkan barang dia dari hostel dan pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Malah bila Amir pergi mencari Naim di rumahnya, yang disambut hanyalah tatapan dingin dari mama Naim dan hempasan pintu ke mukanya.

Tak ambil waktu yang lama untuk Amir berputus asa dalam pencariannya, hingga dia pasrahkan sahaja apa yang tersisa di antara mereka berdua. Amir simpan setiap satu kenanagan untuk meluahkan rasa rindu yang tak terhingga pada sahabtnya.

"Kau apa khabar Naim?"

"Camne kau boleh jumpa aku?"

Amir menggelengkan kepalanya sambil terkekeh kecil. Masih tak berubah. Straightforward dan tegas.

"Come on la.... Ini bukan macam dulu. Sekarang teknologi dah makin canggih. Socmed kau... especially facebook. Jauh kau bawa diri ya..."

Naim tersenyum kelat. Betul kata Amir, dia sendiri pun terkejut bila dapat friend request di messanger facebooknya. Dia ingatkan dia dah stay low profile, takkan ada orang jumpa atau ingat dia. Sila Ingatkan dia untuk delete account facebooknya nanti.

"By the way... aku nak bercakap pasal-"

"Kau macam mana sekarang ni?"

Naim bukannya nak jadi biadap. Tapi dia tahu ke mana arah perbualan mereka ni. Dan dia kalau boleh tak nak sentuh pun topik tu. Baginya topik tu menjadi taboo dalam hidupnya.

Mata bulat Amir berkedip, dia agak terpinga-pinga bila out of nowhere Naim blurted out tanya pasal dia. Hujung bibirnya sedikit terangkat. Nampak sangat Naim nak mengelak dari mereka bercerita kisah lama lagi. Well... Let's play along with it.

" I'm getting engage soon, Naim."

Kali ini senyuman ikhlas benar-benar ikhlas muncul dari raut wajah Naim. Mungkin inilah benda pertama yang membuatkan harinya bertambah menjadi lebih baik dari biasa. Mungkin juga keputusannya untuk berjumpa dengan Amir tak salah.

"Alhamdullilah! Weh! Aku happy doh dengar news ni! Congrats kat kau! Kau nak aku datang tak tunang kau?!"

Normally, tunang hanyalah majlis di antara kedua belah keluarga. Namun ada sebahagian daripada masyarakat Malaysia ni yang sangat mementingkan adat dengan membuat majlis tunang mengalahkan majlis kahwin. Which is bagi Naim adalah satu pembaziran yang sangat besar. Kau boleh save up untuk kau punya wedding? But- itu opinion dia. Terpulang pada cita rasa masing-masing.  Lagipun hari bahagia memang patut diraikan.

"Kau... boleh datang ke?"

Suasana di antara mereka berdua kembali hening. Kali ni Amir tak memandang wajah Naim. Sebab dia tahu jawapan macam mana yang akan keluar dari mulut Naim. At least hati dia dan Naim takderla rasa sakit sangat dengan tak tengok riaksi masing-masing.

Walaupun dah lama berlalu. Sakit tu...

"So-sorry Amir. Aku-"

"It's okay. Aku faham. Kau ada banyak benda yang kau nak kena buat. Hidup kau bukan berpusatkan pada aku je. Lagipun... kita dah lama tak jumpa, masa pun dah berlalu begitu cepat. Mustahil untuk kita jernihkan apa yang dah keruh."

Naim menarik nafas panjang. Matanya dah panas dan berkaca. Sampai macam tu sekali dia buat Amir, sampai sahabat dia rasa macam tu. Kau memang kawan tak guna Naim.

"Amir... aku just nak cakap. Walau apa pun jadi... kau tetap kawan aku. Even- Even after-"

Naim terasa payah betul nak menghabiskan ayatnya. Tiap kali dia cuba, dia tahu dia akan semakin mengeruhkan keadaan. Tambahan lagi, itu semua tak adil bagi untuk Amir. Bagus Naim... dulu sedap dia je mengata Fakri tak boleh luahkan perasaan dia...tapi rupanya diri sendiri sebelum nak mengata dekat orang tolonglah bercermin dulu.

"After aku confessed kat kau?" Amir ketawa. Tapi Naim sumpah nampak air mata jernih mula bertakung di hujung kedua mata Amir. Nampak jelas ketika Amir mengerdipkan kelopak matanya dan air mata itu jatuh.

Hatinya hancur bila melihat Amir yang digantung tanpa ada penyelesaian di antara mereka berdua. Didiamkan tanpa ada kata putus di antara mereka. Naim yang salah.. dia yang pengecut.

Dia takut kalau dia menolak Amir, dan Amir akan membencinya dan memutuskan persahabatan mereka berdua.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now