Epilogue Part 4 : Dancing with Your Ghost

Start from the beginning
                                    


Dia masih ingat lagi Ayam siap sertakan fatwa-fatwa yang dibolehkan untuk membuat pemindahan kubur. Panjang lebar dia bercerita sampai Zahrin dan Fahmi pun terpaksa call ustaz dan yang pakar tentang ni untuk mendapatkan penjelasan.


Memang tak boleh. Selagi tak ada perkara yang diharuskan membuat pemindahan kubur.


Jadi apa Kahar buat? Dia beli sebuah rumah rehat yang tak jauh dari sini. So setiap kali cuti, dia akan balik dan tiap hari tanpa gagal dia akan pergi ke kubur Fakhri. Sampai orang kampung sini pun dah cukup kenal la dengan dia. Kalau dia takder, ada je penjaga kubur akan tolong dia bersihkan kubur Fakhri. Dia bersyukur sangat dikelilingi oleh orang yang baik macam ni.


"Fakhri... nak dengar pasal Naim tak?"


Kahar tersenyum riang. Teruja dia mahu bercerita mengenai Naim. Tapi tanpa sedar juga dia menyentuh pada bekas luka tikaman yang Naim buat dahulu.


"Dua bulan yang lalu, masa aku pergi melawat dia. Doktor dah kata dia dah boleh bebas dari sel isolasi, dan dibenarkan berjalan-jalan di sekitar hospital dengan bersyarat. Tapi... tiap kali aku datang nak jumpa dia. Doktor tak kasi... katanya aku ni kunci pada pemicu keganasan dan kecelaruan dia. Diorang kata aku ni bawak stress!"


Kahar bercerita dengan bersungguh-sungguh, bagaikan memang bercerita dengan adanya kehadiran Fakhri.


"Aku ada hantar surat untuk bagi dia baca... tapi doktor kata Naim buang surat tu. Mungkin dia malas kot. Tu la aku kata, better aku jumpa je face to face ngan dia. Kan senang." Kahar tersengih lagi.


"InsyaAllah Fakhri... kau jangan risau... aku tetap akan tunaikan janji aku dekat kau. Aku akan jaga Naim. Walau macam mana pun aku akan usahakan jugak untuk buat dia jumpa dengan aku... Fakhri... kau memang sayangkan Naim sangat-sangat kan? Kau sebenarnya-"


Prakk! Kahar tersentak, dia mendegar bunyi pijakan pada batu-batu kecil di belakangnya dengan serentak dia segera berpaling ke belakang.


"Areez?"


Lelaki itu hanya berdiri di hadapannya, hoodie yang dipakai menutup kepalanya. Dia terlihat sangat kacau dengan keadaannya yang serabai. Lingkaran hitam di bawah mata Areez semakin menebal, janggut dan kumis tumbuh tidak terjaga pada wajah yang dahulunya tampan. Kahar sedikit menarik wajahnya melihat penampilan Areez yang tidak terurus. Sedikit terusik hatinya kerana satu persatu sahabat baiknya hancur di depan matanya.


Kehilangan Fakhri nyatanya memberi impak yang besar pada mereka semua.


"Apa khabar Areez?"


Itu sahajalah yang mampu diperkatakan oleh Kahar kerana selepas mereka selesai menguruskan semula pengebumian Fakhri untuk melengkapkan anggota badan arwah. Areez hilang tanpa jejak, puas Kahar mencari keberadaannya di merata tempat termasuklah di rumah kecil Areez yang terletak di Kelantan. Namun hasilnya tetap nihil. Hinggalah Ayam memberitahunya untuk memberikan Areez masa untuk bertenang dan mencari ruang untuk dirinya sendiri.


"Kahar... macam mana dengan Tuan Harun Jasni dengan Firdaus Ismet?" suara garau Areez mengejutkan Kahar dari lamunannya. Lelaki itu sedikit terkedu dan pandangannya meliau di merata tempat.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now