Pre Raya ✨🌛

2.1K 118 46
                                    

"Su!!!!!"

Bergema satu dapur itu mendengar jeritan Ngah. Mama dan Namia juga turut terkejut mendengar jeritan Ngah itu.

"Apa kau ni Ngah. Terkejut aku." Kata Su. Ngah gelengkan kepalanya sambil menepuk dahinya. Namia melihat Ngah.

"Kenapa Ngah?" Tanya Namia

"Kaklong.. Ish tengoklah si Su tu. Patutnya biskut jejari tu celup setengah je. Lepastu baru kita taburkan color rice tu. Kaklong tengoklah Su tu.. Dia pergi.. aduhh pening kepala Ngah." Kata Ngah sambil mengeluh. Su dengan muka selambanya menatap ke arah Namia. Namia tertawa.

"Ala.. Barulah sedap dip kan semua biskut ni. Bercoklat." Kata Su.

"Eee rosaklah biskut aku." Kata Ngah. Su kemudiannya muncung. Ngah mengambil biskut jejari itu dan dia menunjukkan demo kepada Su.

"Macam ni je. Haih!" Kata Ngah. Su kemudiannya tersengih. Di luar, para suami sedang sibuk menganyam ketupat. Terkial-kial juga si mamat Paris tu menganyam ketupat. Harash pula menujukkan kemahiran menganyamnya kepada Daniel. Diajar step by step.

"Lepas dah masukkan dekat sini, kau selitkan dekat sebelah sini pula." Kata Harash. Daniel menurut. Abah senyum. Aidil pula sedang menghidupkan api dengan menggunakan kayu api yang mereka cari petang semalam.

Anyaman terakhir, Mama tiba dengan sebesen beras yang telah dibasuh. Namia dan Mama bersama mengangkat basin itu dan dibawa ke luar. Mereka sedang duduk di bawah garaj kereta di halam rumah Mama dan Abah. Aidil yang melihat Namia dan Mama itu segera menolong mereka. Namia dan Mama tersenyum. Aidil mengangkat dengan mudah dan diletakkan di sebelah Harash.

Namia duduk di sebelah Harash dan dia bersandar di lengan Harash sekejap sebelum dia duduk dengan tegak. Harash senyum. Namia mengambil ketupat yang telah dianyam itu memasukkan beras ke dalam ketupat itu.

"Eh.. Periuk. Along.. ambilkan periuk yang besar tu dekat dalam stor." Kata Mama. Harash mengangguk. Namia melihat Harash dan dia turut bangun. Harash dibuntuti. Di stor belakang, Harash dan Namia mencari keberadaan periuk itu. Stor yang agak penuh dengan barangan itu diperhati dengan teliti. Maklumlah..banyak sangat perkakas memasak. Periuk, Kuali, Dapur semua ada. Pelbagai saiz pula tu.

Harash dan Namia kemudiannya berlanggar antara satu sama lain. Mereka menoleh.

"Opps.. Sorry." Kata Namia. Harash menatap Namia sambil tersenyum.

"Haaa tu abang!" Kata Namia. Harash menoleh. Tinggi.

"Ala.. Tangga dekat luar. Macam mana nak ambil?" Tanya Namia.

"Abang dukung Namia. Namia ambil." Kata Namia. Harash mencebik.

"Sayang kalau bab panjat tinggi-tinggi ni, bukan main eh. Haih risau abang. Semenjak dah tak takut tinggi, menjadi-jadi beraninya." Kata Harash. Namia tersengih. Harash kemudiannya mengambil satu kerusi dan dia memanjat kerusi itu. Periuk besar yang elok bertelungkup di rak kayu itu diambil. Namia bersedia untuk menyambut periuk itu.

Harash tidak melihat Namia yang berdiri dekat dengannya. Dia menarik periuk itu dan

"Aduh!" Namia mengaduh sambil memegang kepalanya. Harash terkejut. Dia terjun dari kerusi itu dan periuk diletakkan di lantai. Kepala Namia ditarik.

"Ya Allah. Sayang. Abang minta maaf. Abang tak nampak." Kata Harash. Namia menggosok kepalanya. Harash turut menggosok kepala Namia. Tudung Namia dibetulkan.

"Abang minta maaf okey?" Kata Harash. Namia mengangguk. Namia senyum. Dia kemudiannya ingin mengambil periuk itu namun tubuhnya dihalang oleh Harash. Namia menoleh. Harash melangkah setapak dan Namia berundur ke belakang.

I Wanna Be Yours Ramadhan ✨Where stories live. Discover now