Sahur

2.4K 139 48
                                    

Mama dan Abah teruja menyambut kedatangan Namia dan Harash yang baru sahaja tiba di perkarangan rumah mereka. Seperti biasa, suara jeritan Bunga dan Putra yang didengari oleh Mama sebaik sahaja mereka turun dari kereta.

"Mak Tok! Mak Tok! Tok Pa" Bunga dan Putra menjerit serentak dan berlari ke arah Mama dan Abah. Mama senyum dan memeluk cucu-cucunya itu. Dicium pipi Bunga dan Putra. Mereka kemudiannya beralih ke arah Abah. Abah memeluk erat cucu-cucunya itu.

Harash pula tersenyum melihat anak-anaknya. Pintu kereta sebelah Namia dibuka. Adam sedang nyenyak tidur di dukungan Namia. Harash membuka payung dan Namia melangkah turun dengan hati-hati. Namia senyum ke arah Harash sebelum mereka melangkah ke arah Mama dan Abah. Namia mencium tangan Mama dan Abah.

"Alololo tidur pula budak seorang ni." Kata Mama sambil mencium lembut pipi Adam.

"Baru je tidur tu." Kata Harash. Mama senyum.

"Dah jom masuk panas ni." Kata Mama. Namia mengangguk dan membuntuti Mama untuk masuk ke dalam rumah. Harash seperti biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk mengeluarkan barangan yang dibawa oleh Namia di dalam but kereta.

Namia meletakkan Adam dengan perlahan di atas katil sebelum dia menuju ke meja solek. Dia membuka tudung bawalnya. Sementara belum ada Aidil dan Daniel, dapatlah dia free hair sekejap. Namia menoleh saat mendengar pintu bilik terbuka. Tersenyum dia melihat Harash yang sedang mengagahkan dirinya menolak beg beroda itu. Namia mendekati Harash.

"Thank you abang." Namia berkata sambil tersenyum. Dia ingin membantu Harash namun dihalang oleh Harash.

"Let me do it." Kata Harash. Namia hanya menurut dan kemudiannya Harash terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Namia ketawa.

"Entah apa yang sayang bawa dekat dalam beg tu abang pun tak tahu." Kata Harash.

"Nasib baik belum puasa lagi. Kalau tak, memang terpaksa berbukalah jawabnya." Kata Harash. Namia mencebik. Dia memukul peha Harash.

"Mengada-ngada." Kata Namia. Dia kemudiannya membaringkan beg itu di atas lantai dan mula mengemas.

"Woi.. Tak penat ke?" Harash berkata. Namia tertawa sambil gelengkan kepalanya. Harash mengangguk.

"Esok abang nak pickup si Ngah dengan Aidil dekat Airport. Sayang nak ikut ke?" Tanya Harash.

"Tak ikut kut. Lagipun mesti barang diorang banyak. Tiga bulan kan Ngah dekat sini. Nak angkut Bunga dengan Putra lagi. Sempit pula kereta. Tak apalah. Abang pergilah." Kata Namia.

"Suruhlah budak-budak tinggal dengan Mama."

"Eeee janganlah. Saya tak nak susahkan mama abah."

"Habistu? Abang nak pergi seorang ke? Siapa nak teman abang? Nanti Aidil dengan Ngah show off je. Abang tak ada geng?" Kata Harash. Namia gelengkan kepalanya.

"Tak payah nak mengada eh abang. Airport tak sampai sejam dari rumah Mama."

Harash ketawa. Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya dan melihat ke arah Adam. Dia cium pipi Adam dengan lembut sebelum dia bangun. Isterinya dilihat. Namia khusyuk mengemas pakaiannya dan juga pakaian anak-anak mereka.

"Sayang.."

"Ya abang?"

"Abang nak makanlah. Tadi abang nampak mama masak ayam kari. Jom makan. Dengar ni perut abang berbunyi. " Kata Harash sebelum dia membuat bunyi perut dengan bibirnya. Namia ketawa sebelum mengangguk. Kasihan..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Su on the way katanya tadi. Haih, meriahlah rumah mama minggu ni. Cucu-cucu semua balik." Kata Mama. Namia dan Harash senyum. Selesai menjamu selera, mereka duduk di ruang tamu bersama Mama dan Abah. Bunga dan Putra pula sedang khusyuk menonton Upin Ipin. Masih setia!

I Wanna Be Yours Ramadhan ✨Where stories live. Discover now