My Peaceful Moment

2.1K 131 40
                                    

Harash tertekan dengan kesibukan kerjanya di pejabat. Memandangkan Namia sudah mula bercuti, dia terus pulang ke rumah tanpa menyinggah ke mana-mana pun. Kepalanya pening namun digagahkan juga untuk memandu keretanya.

Sampai sahaja di rumah, tanpa sempat memberi salam, dia terus menuju ke arah Namia yang sedang duduk di ruang tamu. Namia terkejut melihat suaminya yang pulang terlalu awal dari kebiasaanya. Harash terus berbaring di riba Namia dan matanya dipejam dengan erat.

"Aw.. awalnya abang balik harini?" Tanya Namia. Harash diam.

"Abang okey ke ni?" Tanya Namia. Harash membuka matanya dan menoleh ke arah Namia.

"Abang tak okey." Jawab Harash. Namia mengerutkan dahinya.

"Huh? Tak okey? Kenapa? Abang demam ke?" Tanya Namia dengan risau. Harash gelengkan kepalanya.

"Abang penat sangat dekat office tu. Pening kepala fikir pasal kerja." Kata Harash. Namia kemudiannya menghela nafas. Dia menatap Harash.

"Penat?" Tanya Namia. Harash mengangguk. Namia kemudiannya memicit kepala Harash dengan lembut. Namia senyum.

"Best betul kalau hari-hari macam ni." Kata Harash. Namia tertawa. Setelah memicit kepala Harash, Namia mengurut wajah Harash.

"Macam pelik je urutan ni?" Tanya Harash. Namia ketawa. Dia kemudiannya menarik pipi Harash.

"Manja betullah abang ni." Kata Namia. Harash kemudiannya bangun dan duduk di sebelah Namia.

"Bilik kita sayang buka aircond tak?" Tanya Harash.

"Tak. Namia duduk dekat bawah je." Kata Namia. Harash mengangguk.

"Putra!!!" Harash memanggil anak lelakinya. Namia terkejut.

"Putra!!" Harash memanggil lagi. Namia mendengar deruan tapak kaki yang sedang berlari ke arah tangga.

"Baba?"

"Putra."

"Baba? Baba dah balik?" Putra menjerit dari tingkat atas.

"What are you doing?" Tanya Harash.

"Ermm Putra tengah tengok tab Baba." Kata Putra.

"Tolong Baba switch on kan aircond dekat bilik tidur Baba. Boleh?" Tanya Harash.

"Ohh. Okey Baba." Kata Putra.

"Thank you." Harash menyahut. Putra pula bergegas berlari ke bilik tidur mereka. Namia mendengar tapak kaki anak lelakinya itu menuju ke bilik tidur.

"Eee pemalas betul." Kata Namia. Harash senyum. Harash membelai kepala Namia sebelum dia bangun. Dia kemudiannya terhenti. Pandangannya menoleh ke arah Adam yang sedang berbaring di sebelah Namia. Tangannya memegang mainan lembut.

"Eh, tak nampak pula hero kecik ni." Kata Harash. Dia melangkah ke arah Adam dan dicium pipi anaknya dengan lembut. Adam hanya senyum. Namia turut tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Harash menatap Namia sebelum berdiri di hadapan Namia. Namia mendongak. Harash membungkuk dan tangannya mengepung Namia. Dahi Namia berkerut melihat suaminya itu. Lain macam.

"Eh abang ni.. Dah kenapa?" Tanya Namia. Harash tersenyum dan kepalanya disengetkan.

"Abang ni nak jadi adib ke?"

"Adib mana?" Tanya Harash. Serius wajahnya.

"Adib biasa. Biasa? Maksudnya." Namia meniru gaya dan intonasi lelaki yang pernah viral di TikTok itu. Harash senyum.

"Memang kaki tiktok kan, sayang ni." Kata Harash. Namia menjeling.

"Ee tepilah tengah tengok Kdrama ni." Kata Namia. Dia menolak Harash. Harash menoleh ke belakang dan melihat televisyennya itu.

I Wanna Be Yours Ramadhan ✨Where stories live. Discover now