Berbuka

2.1K 131 36
                                    

Ngah dan Su baring bersama di sofa ruang tamu rumah Mama. Haffy, Ayden, Bunga dan Putra sedang seronok bermain di ruangan solat rumah mama itu. Ngah melihat Su, Su melihat Ngah.

"Haaa Lapar!!!" Su merengek. Ngah mengeluh.

"Aku pun!!! Ee selalu macam ni, aku tengah breakfast dekat London." Ngah berkata. Su meniarapkan tubuhnya.

"Weyhh Mama masak apa harini?" Tanya Su.

"Manalah aku tahu." Ngah menjawab dengan lemah.

"Arghhhh laparnyaaaaaa!!!!" Su mengeluh.

"Haih, baru first day puasa. Takkan give up dah. Selama ni boleh je?" Tanya Namia.

"Kaklong!!! Tahun lepas Su jarang puasa sebab preggy. Entahlah.. Tahun ni maybe sebab Harris masih menyusu badan, Su memang sangat kerap lapar." Kata Su.

"Ngah pun." Ngah menjawab. Namia gelengkan kepalanya sebelum dia ketawa.

"Kaklong.. Mama masak apa harini?" Tanya Su.

"Mama cakap tadi, dia nak masak Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Ayam masak blackpaper dengan telur bistik. Kaklong nak masak telur bistik harini." Kata Namia.

"Ya Allah... dengar Kaklong cakap pun dah terliur gila dah ni." Kata Ngah.

"Eleh, mengada-ngada. Ni dah solat asar ke belum ni?" Tanya Mama yang entah datang dari mana tu.

"Su dah solat dah mama." Kata Su. Ngah kemudiannya tersengih.

"Tengok tu. Dahlah merungut lapar! Lepastu tak solat.. haih orang bulan puasa nilah berebut nak buat amal tahu tak." Mama bebel. Ngah garu kepalanya.

"Okeylah.. Ngah solat dulu. Haaa!!! Jangan memasak dulu eh. Tunggu Ngah. Ngah nak tolong." Kata Ngah. Mama angguk.

"Janji!"

"Iya!!! Pergi solat!" Mama berkata. Ngah bangun dengan lemah. Dia memegang perutnya sambil berjalan.

"Astagfirullahalazim. Mengada-ngada betullah budak ini!" Bebel Mama lagi. Namia senyum saat dia melihat Harash yang baru sahaja muncul di ruang tamu itu. Harash melihat Su yang sedang sibuk menggendeng dengan isterinya itu. Dia mendekati mereka sebelum dia menolak Su.

"Ishhhhhh Along ni!!! Sibuk jelah!!!" Su bising. Namia terkejut. Harash terus membaringkan kepalanya di atas riba Namia. Namia menepuk lengan Harash perlahan.

"Abang ni.. Suka sangat buat Su tau." Namia bersuara. Su kemudiannya bangun dan melangkah ke arah Mama.

"Mama.."

"Tak boleh.. Lagi berapa jam je ni. Tahan sikit. Ala mengada-ngada sangatnya. Selamani boleh je tahan puasa. Mentang-mentang anak masih menyusu badan, tak boleh nak control dah?" Tanya Mama. Su mencebik.

"Padan muka!" Kata Harash.

"Dah..jom tolong mama dekat dapur. Nanti Ngah dah siap solat, kita boleh terus masak. Jom." Kata Mama. Su bangun dan membuntuti mamanya. Namia ingin bangun namun ditahan oleh Harash.

"Sekejap lah. Abang baru baring." Kata Harash.

"Eh, Namia nak tolong mama tu. Abang bangunlah." Namia berkata perlahan. Harash gelengkan kepalanya.

"Ala..Nantilah. Bagi Su tu buat kerja. Sayang duduk sini. Teman abang." Kata Harash.

"Eee mengadalah abang ni." Namia berusah untuk bangun. Harash tetap menghalang Namia. Sebaliknya dia menggeletek Namia. Namia tertawa sambil menahan Harash. Harash tidak peduli.

"Harash Ferhat! Sudah-sudahlah tu. Bagilah mama pinjam menantu mama tu sekejap. Untung along juga nanti nak berbuka." Kata Mama sambil mencekak pinggang.

I Wanna Be Yours Ramadhan ✨Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora