FM 22

2.2K 96 0
                                    

Tangan Fahnaz jatuh ke peha Adyra.

Adyra membuka matanya, dia masih lagi cemas.

"Fahnaz!!" Tangannya bergegar melihat bahagian Fahnaz sangat teruk, pasti kakinya juga terjepit dengan stereng.

Kepalanya berdarah habis membuatkan Adyra semakin cemas.

"Ya Allah! Macam mana ni?" Adyra mencuba untuk membuka tali keledarnya.

Tak, tali itu terbuka. Nasib saja, dia seterusnya mencapai telefon di bawah kakinya.

"Fahnaz please bertahan." Adyra menendang pintu kereta untuk dia keluar, disebabkan pintu itu sudah kemek susah untuk dibuka namun masih dapat tercabut. Seterusnya dia mencapai telefonnya yang sudah retak seribu.

Dia menghidupkan telefonnya namun hampa kerana sudah rosak. Nama je Iphone mahal! Tapi masih tak guna!

"Hingggggggggg ... mama. Bantu Dyra..." Adyra pergi ke bahagian Fahnaz pula.

Dia mencuba untuk menarik pintu kereta.

Pintu itu sangatlah keras untuk di cabut, Adyra menangis semakin kuat terlalu risau dengan Fahnaz.

"Iskk .. please bangun dulu Fahnaz. Saya janji takkan tinggal awak lagi.." katanya sambil menangis teresak-esak.

"Shsss .. tak de tenaga." Ujar Fahnaz yang masih menutup matanya menahan sakit.

"Fahnaz!!" Adyra memasukkan setengah badannya melalui tingkap kereta yang sudah pecah, dia memeluk Fahnaz dengan lembut.

"Syukur lah~" ucap Adyra lega sekali mendengar suara Fahnaz.

"Saya tak dapat call ambulans, telefon saya tak hidup. Macam mana ni? Hahh? Awak macam mana? Awak? Fahnaz macam mana?" Soal Adyra buntu.

Fahnaz tersenyum, dia membuka matanya perlahan-lahan untuk melihat wajah risau Adyra. Pasti dia boleh mati dengan tenang selepas lihat muka Adyra yang begitu merisaukan dia.

"Yang, kereta ni akan meletup tak lama lagi. Pergi cari orang selamatkan diri awak dulu, nanti boleh claim saya disini .. saya takkan gi mana-mana dah." Bisik Fahnaz dengan lemah.

"AaaaAaaaaAaaaa! Tak nak! Kita keluar sama-sama! Please siapa nak jadi papa anak-anak saya?!" Soal Adyra, perkara yang seharusnya menjadi kejutan tidak kesampaian.

"Aahhhh~ mesti comel anak kita nanti." Kata Fahnaz dengan kecewa.

"Saya tak tahu ... Saya dah keguguran kot .. isk .. isk ..." Ujar Adyra, mustahil darah di celah kakinya itu bukanlah keguguran.

Fahnaz masih diam menyimpan tenaganya.

Adyra mula berusaha untuk mencabut pintu lagi, kali ini sedikit demi sedikit serpihan pintu itu tercabut.

"Naz, awak tak boleh mati." Kata Adyra terdesak.

Pakk!!

Pintu kereta itu jatuh, Adyra senyum lega.

"Alhamdulillah!!" Fahnaz kagum melihat isterinya walaupun hanya samar-samar.

"Stay awake."

"Fahnaz .."

"Fahnaz."

Adyra terus memanggil nama Fahnaz sambil mencari jalan keluar untuk Fahnaz. Perlahan dia mencabut serpihan-serpihan dashboard di bahagian Fahnaz.

"Leave Adyra." Arah Fahnaz lemah, dia tidak mahu Adyra turut meletup jika kereta mereka meletup nanti.

"No!!"

Adyra membuka tali keledar Fahnaz.

"Auchhy." Berkerut dahi Fahnaz menahan sakit di dadanya terkena stereng dan tali keledar itu.

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now