FM 12☁️

3.5K 137 0
                                    

Fahnaz dan Adyra masuk ke dalam bilik hotel yang sudah mereka tempah, bilik itu kelihatan sangatlah mewah di mata Adyra.

Fahnaz duduk di birai katil hotel itu sambil bermain dengan telefonnya, sejak dari mereka terserempak dengan mat salleh tadi. tambahan lagi mukanya murung dan muram, tak tau apa pasal dia jadi macam itu.

Adyra menghampiri Fahnaz lalu dia pun duduk di sebelah Fahnaz, tanya dulu jangan terus cari gaduh duit laki yang bagikan, apa-apa pun Fahnaz masih suaminya.

"Awak marah saya ke?" soal Adyra lembut, dia meraih tangan Fahnaz. walaupun marah Fahnaz tetap tidak melepaskan atau menepis tangan Adyra kesayangannya.

Fahnaz menggelengkan kepalanya berfikiran jika dia diam seketika marahnya itu bakal reda, tapi dari tadi dia tetap marah dan geram keatas sesuatu hal.

'Sabar Fahnaz sikit lagi, nanti ok lah ni.' getus hatinya lagi untuk menenangkan dirinya, dia tidak mahu melepaskan marahnya kepada Adyra.

Dia menarik tangannya perlahan-lahan kerana hatinya masih sakit lagi, dan mungkin dia tidak mampu menahan amarahnya.

"Tell me Naz. Kalau awak marah pada saya , awak patut luahkan. saya janji akan faham awak, tak baik untuk pendam." ujar Adyra lembut, sekali lagi dia meraih tangan Fahnaz lalu dibawa menyentuh pipinya.

Fahnaz menghelakan nafasnya sambil melihat tangannya di pipi bulat Adyra, dia berasa sedikit lega melihat Adyra sendiri membawa tangannya menyentuh pipi.

"listen Adyra, hmmmm." Fahnaz mendakap Adyra lalu mengucup dahi Adyra lama mencuba untuk memaafkan.

'Dia nak suruh dengar apa ni sebenarnya? suara hati dia ke? atau pun degup jantung ku berdebar?' Adyra memeluk pinggang Fahnaz erat.

"nevermind, you'll know it when you know." kata Fahnaz mengelirukan Adyra.

"hah? awak nak saya teka ke?" soal Adyra kebingungan, kadang-kadang Fahnaz ni pun nampak macam banyak rahsia. dari dulu macam itu , ada saja rahsia yang dia jaga bagaikan rahsia negara pun ada.

"Nope princess, no need to." Fahnaz berdiri sambil menatap Adyra, kemarahannya beransur tenang.

"Nak mandi sama-sama princess?" Soal Fahnaz lembut saja, dia mesti tetap bertenang.

Adyra kaku mendengar panggilan yang Fahnaz berikan, dari dulu lagi Fahnaz suka memanggilnya begitu, entah kenapa panggilan itu kedengaran lebih manis kali itu mungkin sebab mereka sudah menjadi suami isteri?

Adyra langsung cair, penatlah dia asyik cair saja.

'tak adillah kalau aku saja yang cair, siap kau aku buat.' Adyra mengangguk.

"nak?" soal Fahnaz, Pandangannya semakin sukar untuk dibaca.

Tanpa berfikir apa yang akan berlaku pada dirinya nanti Adyra bersetuju lagi.

"okey princess. Tunggu jap saya sediakan air mandi."

Adyra mengangguk faham, Fahnaz masuk ke dalam kamar mandi.

seketika kemudian dia keluar , dia sudah membuka pakaiannya dan memakai tuala yang hanya menutup bahagian tengah badannya saja.

Adyra menelan liurnya melihat otot-otot besar Fahnaz yang selalu tertutup dengan kemeja baggy yang dia pakai.

'ini kalau aku nak sentuh sikit mesti tak jadi mandi terus ni.' getus hati Adyra geram saja melihat dada seksi Fahnaz.

"Nak mandi terus ke?" soal Fahnaz mula aneh. jangan dia pelik-pelik baru je sampai sini.

"Mestilah mandi terus , lepas tu nak tidur." Ujar Adyra selamba.

"Ohhh hmmmm." Fahnaz menghampiri Adyra, dia memeluk pinggang Adyra dengan sebelah tangannya lalu memasukkan sebelah tangannya lagi ke dalam baju Adyra.

"Ah?!" Adyra terkejut merasakan tangan Fahnaz, meremang bulu romanya.

"Rileks Adyra." Fahnaz tertawa kecil melihat reaksi comel Adyra. Kalau manja-manja lagi dia suka.

"Jom mandi sama-sama." Fahnaz menarik tangan Adyra lalu berjalan masuk ke dalam kamar mandi.

'uishh nak mandi sama-sama pula dah.' Adyra semakin gementar selepas pintu tandas ditutup, dia tetap berdiri di tepi pintu tandas.

"Buka baju sayang." Kata Fahnaz sambil memeriksa air suam yang dia sediakan.

Adyra masih termenung memandangnya.

Fahnaz menoleh, mata mereka bertembung namun Adyra langsung melarikan pandangannya.

Fahnaz mengerutkan keningnya, dia tidak suka apabila orang melarikan pandangan darinya terutamanya Adyra.

"Adyra pandang saya." Fahnaz berdiri lalu menolak Adyra bersandar di dinding. Dia terus merapatkan badannya dengan badan Adyra.

"Fa .. Fahnaz rimas." Adyra menolak Fahnaz perlahan.

"Hmmm? Rimas? Dengan saya?" Soal Fahnaz dengan nada sedih. Pandai betul buat suara-suara macam tu, dah boleh jadi voice actor ni sampai Adyra yang rasa bersalah.

"tak bukan macam tu ... saya tak rimas dengan awak." kata Adyra perlahan, kerana sebenarnya dia cuma gementar saja.

"jadi apa dia? hmmm?" Fahnaz mengucup dahi Adyra sekilas sambil tangannya perlahan-lahan membuka baju Adyra, Adyra semakin gementar matanya hampir berpinar tidak tahu mahu buat apa dalam keadaan itu.

"Naz .. kita mandi je kan?" soal Adyra dengan nada suara perlahan sangat.

"Yes Princess, saya tak kan buat apa yang awak fikirkan dari tadi." balas Fahnaz sengaja mengusik Adyra,sekali lagi dia tertawa kecil selepas melihat reaksi muka Adyra.

"saya tak fikir apa-apa pun lah!" Adyra menolak Fahnaz kasar, Fahnaz terus terundur sehingga belakang badannya terlanngar bucu singki.

"AUCH!" Fahnaz terjerit kecil.

Adyra terkejut, bukan kuat sangat pun dia tolak tadi kenapa boleh jatuh sampai macam itu?

"Naz saya tak sengaja .. saya tolak perlahan je kenapa awak boleh terundur sampai macam tu?" soal Adyra takut, dia terus menghampiri Fahnaz lalu memeriksa belakang Fahnaz terdapat kesan merah di belakang badan Fahnaz.

Fahnaz melihat refleksi Adyra dari cermin di dinding kirinya, riak muka Adyra sangat membuatkannya berasa semakin hangat.

'The only feelings that I got when I'm with you.' Getus hatinya , dia berpusing menghadap Adyra sambil menayangkan senyuman.

"Jom mandi." Ajaknya tanpa menghiraukan dirinya yang sudah terluka kecil.

"Tapi .." Adyra menelan liurnya melihat Fahnaz yang langsung tidak kisah dengan diri sendiri.

"Okey." Adyra membuka bajunya sendiri meninggalkan baju dalamannya saja.

Mata Fahnaz terus menatap wajah Adyra tanpa melihat badan Adyra.

"Jom." Ajak Fahnaz lalu berjalan ke tab mandi.

Mereka masuk bersama di dalam tab mandi itu, dengan suara lembut Fahnaz dan bau aroma lilin-lilin sekeliling mereka membuatkan Adyra rasa tenang.

Tangan Fahnaz dengan lembutnya membersihkan badan Adyra, sesekali dia mengucup dahi Adyra.

'Kenapa dia obses sangat dengan aku ni? Apa yang aku dah buat pada dia?' Adyra mula memikirkan banyak hal.

"I love you." Bisik Fahnaz secara tiba-tiba.

Meremang bulu roma Adyra merasakan hembusan nafas Fahnaz di lehernya ditambah lagi dengan suara garau yang sentiasa membuat hatinya tak keruan, Cair lah jawapannya.

Fahnaz membiarkan Adyra tidak membalas kata cintanya, selagi dia hidup selagi itulah dia akan cuba memiliki hati Adyra sepenuhnya sampai Adyra sendiri menurunkan egonya untuk mengucapkan kata cinta padanya.





TBC

Vote

Kenapa mcm plot dia terlalu awal eh? Mcm nak ulang balik je. Korang rasa?

Fahnaz Miyzad (in Editing)Where stories live. Discover now