Chapter 21: Coming Home

Start from the beginning
                                    

Hakeem dah terdiam, tangannya memegang sebuah bingkai gambar yang terisi dengan gambar Naim kecil memeluk Fakhri kecil dengan erat. Tapi siapa yang tahu? Di dalam diri Naim tersimpan sebuah dendam dek kerana selalu hidup dalam bayang-bayang orang lain... di dalam diri Fakri pula tersimpan akan kemarahan yang membuak dan menyalahkan diri sendiri kerana membawa kehancuran pada semua orang di sekelilingnya.

Bagaiman ikatan suci di antara kedua beradik ni boleh retak sedemikian rupa? Hakeem pasti dari cerita semua orang... Naim dah lama putus asa... apa yang buatkan dia masih bertahan adalah kerana Fakhri...

"Ohya!Dan satu lagi ya! Korang bukan nak sangat Fakhri pun! Masing-masing ego tercabar bila Fakhri yang paling tegas dalam memilih! Hanya disebabkan Naim pilih untuk stay!Hanya kerana Naim yang menolak untuk berubah... sebab tu la korang tak kisah pasal Naim kan? Oh tolonglah pakcik Firdaus Ismet! Tolonglah! Kita semua tahu... once Fakhri break his chains... He will fly away without looking back... That's why Pakcik! Makcik dan jugak Naim used him as your reason of existences kan?! Fuck you. FUCK ALL OF YOU!"

Kahar melihat Ayam yang semakin meninggi suaranya. Menghamburkan akan kenyataan yang nyatanya terlalu pahit untuk ditelan. Dia sendiri melihat yang Firdaus Ismet mengepal tinjunya. Lelaki tua itu marah...maknanya... tuduhan ayam itu semuanya betul.

"Sudahlah berlakon FIRDAUS ISMET! CAKAP JELA KAU SEMBUNYIKAN FAKHRI DEKAT MANA!!!"

"Kau yang nak sangat kan?" Dengan nada yang seolah-olah mencabar. Firdaus Ismet berlalu menuju ke pintu rumah. Untuk sekali lagi beliau menoleh kepada pemuda-pemuda yang sedang menunggu apa yang ingin dilakukan oleh ayah kandung Fakri ini.

Ayam dan Kahar dah berdebar. Bukan sebab akan ada sesuatu yang mahu dilakukan oleh Firdaus Ismet, tetapi cara Firdaus Ismet mencabar sama sekali seperti Fakri apabila pemuda itu sedang dalam keadaan yang marah.

Ingat, kemarahan Fakri tak ada satu pun kebaikkan yang datang daripadanya.

Ayam dan Kahar belajar benda tu in a hard way.

"Apa korang tunggu lagi? Cakap nak jumpa Fakri. Aku bawak kau jumpa Fakri sekarang jugak."

Lelaki yang berusia separuh abad itu turun dari tangga rumahnya dan menuju ke motorsikalnya. Dia menghidupkan enjin sementara yang lain sudah tergopoh gapah turun dari rumah dan berlari mendapatkan jeep mereka.

Semasa di dalam perjalanan kereta pacuan empat roda mereka mengekori motorsikal Firdaus Ismet dari belakang. kahar sudah mula terasa tidak sedap hati. Dia melirik pada Hakeem yang sedang fokus mengikuti Firdaus Ismet dan mengerling ke belakang pada Ayam yang juga kelihatan tidak senang duduk.

"Mana pakcik Firdaus ni nak bawak kita?" Areez dah terjenguk-jengul. Sumpah pelik sebab laluan jalan sudah semakin tidak nampak tarnya, dan tak lama kemudian jalan menjadi semakin sempit dan kiri kanan penuh dengan belukar yang lebat.

"Allah... entah mana-mana jela pakcik ni sorokkan Fakri."

"Aku tak heran weh. Mengingatkan Naim tu dah macam gitu, siapa je tak cuak. Kalau aku pun menyorok tak kuar-kuar." Ayam dah sabar. Dalam tidak senang duduknya itu dia tak dapat nak sembunyikan keterujaan dia. Akhirnya....

Akhirnya Fakri... kita dah boleh berjumpa lagi.

Man.... Aku mungkin akan tinggalkan semuanya dan tak kembali lagi. Betul keputusan yang aku buat untuk ikut kahar. Akhirnya aku akan jumpa dia lagi. Fakri, lepas ni kau dah tak payah risau... aku akan sentiasa temankan kau di mana jua. Kau dah tak boleh gunakan alasan Naim untuk jauh dari aku lagi. Bisik hati Ayam girang.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now