"This bitch. She's ruined everything!" katanya sambil menampar-nampar pipi Piqa.

Aku menggenggam penumbukku.

"Aaron... be careful. Don't do anything provocative," bisik Afham di sebelahku perlahan.

Aku rasa ini saat dimana aku berada diparas terendah di dalam hidupku. Aku rasa ini adalah satu pengkhianatan paling agung yang pernah aku alami. Orang yang aku sayang belot padaku. Orang yang aku sayang menghunus pedang di tekakku.

Ini bukan masanya untuk aku meratapi kekecewaanku. Aku perlu kuat demi isteriku. Ini bukan sahaja antara cinta dan benci. Ini adalah antara hidup dan mati!

"Are you Blue Pheonix?" soal Afham.

"Oh Afham... you're supposed to be on our side. You're assigned to look after Aaron. Tapi sekarang you really ARE looking after him. Haaaa..." ibuku mengeluh menggelengkan kepalanya, berlegar-legar sambil matanya menjeling ke arahku.

Ini bermakna betul lah seperti kata Afham. Ibuku merupakan perempuan simpanan Dragon!

Blue Pheonix!

"Kenapa Mommy sanggup curangi Daddy?"

"Me? Curang? Hah! What a joke!"

"Kenapa Mommy pilih untuk jadi perempuan simpanan Dragon?!"

"Why you ask? Your dad... he's just using me! He's using you! He betrayed us! Dia kahwin dengan betina tu sampai beranak-pinak!" tempik ibuku. "Hanya Dragon yang mampu penuhi kemahuan Mommy. Hanya dia yang mampu bunuh Daddy untuk Mommy!"

Terbeliak mataku mendengar pengakuan darinya. Mereka bersubahat membunuh Daddy? Rupanya selama berpuluh tahun ini, aku hidup dengan ular. Bukan sahaja berlidah cabang malah bermuka-muka.

"You bunuh Daddy? Isteri jenis apa Mommy ni?!" dadaku berombak kencang, aku sudah hilang sabar.

"Kau berdua anak-beranak sama je! Aku ingat kalau kau kahwin dengan Mel, aku boleh lah dapat segala-galanya. Tapi kau sumbat kekasih aku dalam penjara. Lepas itu kau pilih betina gemuk ni!" dia berjalan laju ke arah Piqa dan menolak Piqa hingga Piqa jatuh terbaring di atas lantai.

Aku tak berfikir panjang. Aku terus meluru ke arah isteriku. Dan mendepa tanganku.

"Kalau Mommy nak bunuh dia, Mommy bunuh lah Aaron sekali!"


****


*Tik Tok Tik Tok*

Suasana sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi jarum jam yang berputar di ruang legar.

Ibuku tergamam dengan kata-kataku. Dia berjalan ke sebuah almari dan mengeluarkan sepucuk pistol. Dihalakan muncungnya kepada aku.

"Aaron!" Afham juga mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah ibuku.

"Kau memang sebijik macam bapak kau! Elok sangat lah kau sertai dia dekat sana!"

Kedengaran bunyi tembak-menembak di luar rumah. Orang-orang Afham sudah sampai menggempur sarang Blue Pheonix.

Aku memandang ke dalam mata ibuku. Tiada langsung belas di dalam matanya. Hanya tinggal benci dan dendam yang membara. Hingga dia lupa yang aku ini darah dagingnya.

Air hangat mula jatuh ke pipiku. Ia jatuh sendiri tanpa aku minta. Segala kenanganku bersama ibuku selama ini palsu belaka. Aku melihat pula kepada isteriku yang sedang mengerang kesakitan. Celah kakinya sudah mengeluarkan cecair bercampur darah.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now