"Macam mana dengan projek kita?" soalku.

"Maksud kau projek nak mencantas dua ekor tu ke?"

"Ye lah. Amir dan Bella tu lah. Siapa lagi. Kau ingat aku nak biarkan je dua anak haram tu ganggu hidup aku?" balasku.

"But your job might be at stake," ujar Afham mengingatkan aku risiko yang aku perlu tanggung.

"Aku sanggup hilang kerja aku dari lihat isteri aku berterusan bersedih macam tu."

"Kau boleh je serah kat aku. Aku boleh settle seorang diri," pelawa Afham.

Aku membetulkan punggungku menghadap Afham. "Kau ingat Piqa tu siapa? Isteri aku tu. Kalau bukan aku yang lindung dia, kalau bukan aku yang bela nasib dia, baik aku tak payah jadi suami!"

Afham menyilangkan jarinya. Dia tidak membalas apa-apa. Dia hormat keputusanku.

"Kau tak rasa pelik ke?" soalnya.

"Aku tahu. Aku pun rasa ada benda tak kena. Ibarat ada satu keping puzzle yang hilang."

"Yes. That's what I was going to say," balasnya. "Aku rasa dua ekor tu hanya anak burung je. Macam ada mastermind di sebalik semua ni."

Aku mengangguk setuju. "Kau tak tahu apa-apa ke?"

Dia menggelengkan kepalanya. "Kali ni, it's out of my field. Aku dah lost track." Dia bangun menuju ke meja mengambil rokoknya.

Aku dapat lihat tatu serigala bengis yang menjalar memenuhi belakang badannya dengan begitu jelas kerana dia tidak memakai baju. Terdapat juga beberapa kesan parut lama.

"We can interrogate those two later," sambungnya lagi.

Afham mengetuk-ngetuk kotak rokoknya, kemudian dikeluarkan rokok sebatang yang disuakan ke dalam mulutnya. Rokok dihidupkan dan disedutnya dalam-dalam kemudian dihembus perlahan.

"My man will get it done tomorrow," ujar Afham.

"Esok? Laju betul kau buat kerja. Boleh ke kau himpun dua orang tu esok?" soalku seperti tidak percaya akan kata-katanya.

"Hahahaha! Kau ingat aku ni siapa Aaron?" katanya dengan pandangan mata yang tajam.

Aku menelan air liurku. Tiba-tiba aku rasakan lelaki di hadapanku ini bukan Afham yang aku kenal.

Tegak bulu romaku.


****


*BAM*

"Ughh..."

Aku lihat Afham menerajang Amir hingga dia tercampak ke luar tingkap. Aku tergamam.

Bersepai kaca tingkap berterabur di hadapan rumah teres yang didiami Amir.

"Kau memang dah tak sabar nak jumpa kau punya pencipta?" soal Afham mendatar.

"Uhuk uhuk!" Amir batuk mengeluarkan darah.

Afham mencekak baju Amir dan menghumbannya ke dalam kereta. Kami beredar dari kawasan taman perumahan itu menuju ke sebuah rumah agam yang terletak di atas bukit milik keluarga Afham.

Aku lihat Afham langsung tidak mengukirkan senyuman. Aku tidak kenal Afham di hadapan aku sekarang ini. Dia bukan kawan aku. Dia betul-betul dalam karakter aslinya.

Orang bawahannya menggelarnya 'The God Of The Dead' atau ANUBIS. Nama serigala dari Mesir purba.

"Boss, we've found the girl," bisik salah seorang anak buah Afham yang berpakaian serba hitam.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now