Hingga tergamak dia mencari perempuan lain di luar? Aku menangis teresak-esak mengenangkan nasibku yang bakal ditinggalkan suamiku suatu hari nanti. Aku belum bersedia untuk menjadi ibu tunggal. Aku belum bersedia lagi menjanda. Aku belum bersedia lagi untuk kehilangannya.

Aku hanya diamkan dari pengetahuan suamiku. Aku takut untuk mengetahui kebenaran. Biarlah aku tak tahu. Biarlah orang nak cakap aku bodoh pun. Aku tak sanggup kehilangan suamiku. Aku sangat cintakannya.

Aku habiskan masaku di rumah dengan membuat persiapan untuk kedatangan anak kami tidak lama lagi. Aku hiasi bilik tidur anakku. Aku cuba sibukkan diri aku dari memikirkan perihal perempuan yang cuba meruntuhkan ikatan perkahwinan kami.

“Sayang?” aku tersentak mendengar panggilan dari suamiku. “Sayang termenung apa tu?”

Aku menyeka air mataku yang bergenang. “Tak ada abang. Sayang tengah buat checklist untuk hospital. Dah tak lama nak lahir dah anak abang. Hehe…”

“Anak kita lah sayang…” dia datang kepadaku dan memelukku dari belakang. Dia mencium pipiku lembut.

Sungguh aku sayangkan lelaki ini. Sekurang-kurangnya berilah aku kesempatan untuk bersama dengannya sedikit masa lagi. Aku tamak. Aku tamakkan suami aku sendiri. Aku menahan sebak tidak mahu diketahui olehnya betapa laranya jiwaku ketika ini.

“Sayang. Esok tengah hari abang mungkin tak sempat balik rumah tau. Abang ada hal sikit,” ujarnya sambil mengusap perutku dari belakang.

“Hal apa abang?” kebiasaannya aku tidak ambil pusing perihal kerjanya. Namun selepas aku mengetahui kewujudan perempuan itu aku jadi cemburu.

“Ermm…” dia terdiam sebentar. “Abang ada nak jumpa client sekejap.”

Aku termenung. Aku mula bersangka buruk terhadap suamiku. Adakah dia ingin bertemu dengan perempuan itu?

Aku buat keputusan untuk keluar melihat dengan mata kepala aku sendiri esok. Kalau benarlah seperti yang aku sangkakan, aku pasrah.

Mungkin sudah tiada jodoh aku dengannya.


****

Hello. Kau nak apa lagi? Aku dah cakap kan tak payah datang jumpa-jumpa aku. Kalau nak duit aku transfer je.”

“Aku nak jumpa kejap je. Nak mintak tanda tangan borang. Boleh la ek?” jawab seorang wanita di hujung talian.

Kebelakangan ini dia kerap menggangguku. Kali ni entah apa pula yang dia mahukan. Aku pening melayan kerenahnya. Aku tak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan Piqa. Aku tak mahu dia salah faham.

“Yelah yelah… lunch hour nanti kau datang parking area company aku. Jangan lambat. Aku nak cepat, nak balik rumah,” ujarku menyampah.

Aku menutup talian. Aku sibuk dengan kerja. Tiada masa untuk melayan perempuan.

*Tok Tok*

“Masuk!” laungku dari dalam bilik pejabatku.

“Tuan, kita ada masalah sikit dengan projek di resort D' Jeram,” ujar Andrew sambil membimbit sepemeluk fail di tangannya.

Aduhhh…

“Letak sini nanti I check,” kataku mendatar.

Andrew meletakkan satu bekas makanan berwarna merah di atas meja. “This is for Piqa.”

“Apa ni?” soalku mengerutkan dahi. Baik sangat eh kau dengan isteri aku. Mujurlah kau kawan kami, kalau tidak kecemburuanku pasti membengkakkan muka kau dari Oppa menjadi Opah!

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now