Chapter 18 : One of us is lying part 1

Start from the beginning
                                    


"So... dah setengah tahun kau menghilang. Kau jumpa tak apa yang kau cari?"

Naim ketawa sinis. "kau Nampak muka aku macam gembira ke Siti? Kalau aku dah jumpa apa yang aku cari, dah tentu-tentu aku tak akan Kembali semula ke café tu. Kau pun tahu pasal ni kan?"

Ya setengah tahun. 3 tahun dulu, sewaktu Naim datang meminta kerja di tempat mereka. Dia bagaikan orang hilang arah. Pandangannya kosong, wajahnya letih bagaikan menanggung banyak beban di dalam benak fikirannya. Dia juga datang dengan keadaan sehelai sepinggang dengan hanya membawa sebuah beg galas yang berisi sedikit pakaian dan sebuah telefon bimbit dalam genggamannya. Tubuhnya kurus dan wajahnya yang mencengkung membuatkan bos mereka tak sampai hati untuk menolak Naim dan akhirnya Naim bekerja dengan mereka.

Awalannya pun, Naim sangat pendiam- eh bukan. Waktu mula-mula Siti jumpa dia dulu, Siti ingatkan dia ni bisu. Sebab sepatah perkataan pun dia tak penah dengar keluar dari mulut Naim. Ditanya hanya dibalas dengan anggukan, gelengan, angkat bahu dan pelbagai lagi body language yang dia boleh guna asalkan tak perlu buka mulut. Pada awalnya, boss dia sendiri rasa resah dengan perlakuan Naim, sampailah suatu hari café mereka dirompak sewaktu hendak closing.

Hendak lari keluar meminta tolong, di Kawasan luar café sudah sunyi sepi. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Di Kawasan mereka ini, jika sudah melebih pukul 10 malam, serta merta akan menjadi tempat sunyi bagai Kawasan tandus. Kesemua pekerja dipaksa untuk duduk di atas lantai sementara kedua perompak tersebut cuba mengambil duit dari tempat cashier.

Ketika manager mereka diacukan dengan pisau tepat pada wajahnya. Which is... Siti rasa memang dia layak dapatkannya sebab cuba berlagak hero dengan memaki perompak-perompak tersebut. Padahal café diorang ada insurans kot. Tak payah susah-susah, tinggal bagi je. Jangan cari nahas dan mereka semua at least boleh balik awal tanpa perlu mop café lepas tu kot. Tapi takkkkkkk, manager gila dia ni decide untuk jadi hero, konon-konon boleh selamatkan semua orang. Puih! Bawak sial!

Tiba-tiba salah seorang perompak tersebut tercampak tak jauh daripada mereka. Siti melihat Naim mencampakkan batang mop yang dipatahkan itu ke tepi. Yup, Naim gunakan batang mop tadi untuk bantai salah seorang perompak tadi. Meanwhile, perompak yang mengacukan pisau ke arah Manager mereka tadi dah mula gelabah, dia mula menghayunkan pisau tersebut pada Naim.

Tapi sikit pun tak kena dan Naim sikit pun tak payah bergerak kerana hayunannya sangat sloppy dan memang tak kena langsung pun. Malahan pemuda itu, semakin mendekatkan dirinya kepada perompak tadi hingga menyebabkan perompak tadi rasa terancam. Untuk kali terakhirnya saat perompak itu mengacukan pisaunya tepat ke bahagian perut Naim. Bilah pisau tersebut berjaya ditangkap oleh tangan Naim, darah mula menitis kerana pegangan eratnya pada bilah tersebut.

Naim mengarahkan pisau tersebut tepat ke jantungnya.

"Woi kau buat apa ni sial?!" jerkah perompak tadi.

Dia cuba mencari ketakutan di dalam mata Naim, tetapi apa yang dia temui hanyalah... kosong.

"Kau tak payah bunuh aku pun takpe. Sebab aku dah lama mati. Jiwa aku dah lama mati. Kalau kau nak bunuh aku...seharusnya di sini." Hujung mata pisau itu diarah Kembali pada dadanya tapi Naim bernasib baik pisau itu tidak tertusuk. Kalau tak...

"heh!! Kau boleh bercakap rupanya!" Siti menjerit dan melompat riang. Manakala perkerja lain pula dah panik tak tentu arah. Risau kalau perhatian perompak itu beralih kepada mereka pula.

Memang betul sangkaan mereka, perompak itu menoleh ke arah mereka. Saat itu lah Naim mengambil peluang untuk membelasah perompak itu sehingga pengsan. Dan dari situlah, Naim dah menimbulkan minat siti untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

Malangnya tak lama selepas itu, Naim hilang tanpa jejak. Ingatkan hilang terus dari muka bumi ni. Tapi Naim Kembali ke café mereka dengan penampilan yang lebih baik dari waktu mula-mula siti jumpa dia. Dan perkara pertama yang Siti beritahu Naim ialah "kau hidup lagi rupanya". Dan akhirnya Siti mendapat tamparan percuma di belakang kepalanya oleh sang Manager.

Naim pula, pertama kali mereka melihatnya ketawa dan tersenyum kerana melihat kerenah Siti. Ingatkan sang Manager untuk naikkan gajinya sebab dah buat lucky boy mereka tersenyum dan bukan bermuka macam robot tak ada perasaan lagi dah. Walaupun semua orang gembira dengan kepulangan Naim, namun bagi siti... kepulangan Naim pada hari tu... membawa satu perasaan yang aneh dengan dirinya. Suatu perubahan yang positif tapi agak aneh bagi siti.


Present day: -
"Ya, jenuh aku nak korek rahsia dari kau. Sampaila kau nak bercerita kat aku pasal adik kau." Siti membelok keretanya ke selekoh kanan. Di tepi jalan sudah kelihatan signboard arah ke sekolah Tun Fatimah. Dia mengesat tangannya yang dah berpeluh pada gaunnya.

"hah tula, sampai kena jerkah, palau dengan aku pun tak serik-serik. kau tu memang kepohci. Semua benda kau nak tahu. Tapi thanks sebab tak give up dengan aku. "Ujar Naim yang sedikit tersenyum, rupanya bukan Siti sorang yang sedang mengenang masa-masa itu. Naim juga.

"but seriously... kau pergi mana dulu? Kau hilang tanpa khabar. Tapi manager kita tu rileks je cakap kau ada hal nak kena settle, nanti baliklah. Macam la kau ni anak kucing, tunggu masa je balik sendiri. Tapi dia tak cakap pulak kau nak pergi dalam waktu yang lama." Siti menjenggukkan kepalanya ke depan sedikit untuk mencari bangunan sekolah lamanya.

"Aku cari... dan aku jumpa apa yang aku nak. Tapi bila aku nak gapai... dia hilang lagi. Semuanya salah aku."

"damn Naim... life kau memang suck"

"Dan mulut kau kena belajar censor"

Kemudian keduanya ketawa berjemaah. "so kiranya, pencarian kau tetap diteruskan la kan?"

"aku tak akan give up Siti. Walau aku kena bergadai nyawa sekali pun. Aku dah pernah give up dengan dia dulu, dan aku tak akan kecewakan dia lagi."

Siti memakir keretanya dengan penuh berhati-hati di sebelah sebuah kereta mewah. Well actually, semua di parkiran ini penuh dengan kereta mewah. Naim bersiul.

"wow... kau yakin malam ni kau nak pergi? Kita ni macam out of place. Kalau nak back out dan singgah bedal burger tepi jalan pun sempat lagi ni Siti." Naim meneguk air liurnya.

"Kalau orang tanya, kau jawab je café kita kerja tu aku punya." Siti bantai gelak seolah-olah benda tersebut bukan masalah besar baginya.

"Bodohla kau ni siti. Ada- ada je."

"Chilla la lucky boy, yang penting malam ni kita have fun kay? Manalah tahu kan kalau kau jumpa apa yang kau nak cari kat sini. Oh! And one more thing, kalau ada mana-mana asshole yang decide untuk throw shades kat aku, aku akan sebarkan shitty things yang diorang pernah buat masa kat sekolah dulu. MUAHAHAHAHAHAH!"

Naim dah mula memicit kepalanya. Dasar perempuan psycho. Macam manalah dia dulu masa sekolah agaknya. Mesti selalu kena wanted dengan cikgu sebab kepala 3 suku.

Projek high council : Penjara dunia dewasaWhere stories live. Discover now