𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀| 15

437 53 3
                                    

HENING. Hanya itu yang mereka berdua rasakan. Lama Qaisara memandang anak mata Daniel yang kebetulan merenungnya juga. Kelopak matanya langsung tidak berkedip. Sesungguhnya dia sangat terkejut. Betul- betul terkejut dengan pengakuan Daniel yang secara tiba- tiba.

"Be... betul ke?" soalnya perlahan. Cukup halus di pendengaran Daniel.

Daniel sekadar membatu. Raut wajahnya mendatar sahaja.

"Niel, saya tanya ni." Sekali lagi suara kecil itu bersuara. Ada mulut tu cakap lah. Ni diam pulak.

Mendengar suara gemersik itu seakan mendesak, Daniel menghela nafas kasar. Ditarik nafas sedalam- dalamnya sebelum dibebaskan kembali.

"Betul Qaisara." Perlahan saja dia membalas. Kedengaran cukup jujur dan ikhlas.

Terkedu lidah Qaisara dibuatnya. Buat sesaat dia terpana. Matanya bergetar menatap tanah yang diselebungi rumput hijau. Jujur dia kurang percaya dengan pengakuan Daniel tapi melihat wajah dingin yang penuh kejujuran itu merubah fikirannya.

"Little ringo," panggil Daniel perlahan. Terlalu perlahan untuk didengari orang.

Qaisara panggung kepalanya. Dilihat seraut wajah tampan Daniel menghiasi pemandangan. Buatkan kening cantiknya terangkat sebelah. Dengan ketinggian Daniel yang buatkan dia sukar juga alasan jejaka ini berdiri? Mahu beredar ke? Tapi sekarang masih lagi pagi.

"Kenapa awak berdiri ni?" Sedikit pelik dia memandang Daniel. Jejaka ini sudah berdiri menghadapnya.

Lelaki itu menarik nafas. Sebelah kakimya diturunkan sedikit lalu lututnya bertemu dengan rumput. Manakala satu lagi kakinya dia tahan kuat di atas tanah.

Terundur ke belakang tubuh genit Qaisara melihat tingkah Daniel. Sampaikan belakang tubuhnya tersandar di bangku. Mulutnya yang ternganga kecil ditekup lembut.

Iblis mana yang hasut jejaka ini? Sumpah dia terkedu. Belum pernah seorang lelaki pun yang melutut di hadapannya. Tambahan pula di tempat awam dan ditemani matahari yang terik memancar cahaya. Kalau malam tu lain cerita lah. Terlindung lah sikit. Tapi bahayalah juga kerana perempuan dan lelaki yang bukan mahram tak elok berduaan.

Tersedar dari lamunan, mata Qaisara merenung Daniel kembali. Dia hampir tak percaya mendengar kata- kata lelaki ini.

"Eh apa awak buat ni? Cepat bangun!" Kalut Qaisara mengarahkan jejaka ini untuk berdiri. Selamba badak dia je melutut seperti ini. Ingat ni drama tv tiga ke apa?

"Awak -"

"Stay Qaisara!" Tegas suara Daniel memotong percakapannya. Sedikit lembut.

"Daniel. Please, ini terlalu memalukan." Daniel menggeleng kecil. Dikeraskan lututnya pada tanah meskipun Qaisara mengasaknya untuk berdiri. Tetapi gadis itu menggunakan telefon mahalnya bagi mengelakkan daripada bersentuhan dengan ajnabi.

"Please Qaisara. Dengarkan luahan hati aku, sekejap. Hanya seketika. Tolong pinjamkan mata cantik kau dan kedua- dua belah cuping telinga untuk memberi kerjasama kepada aku. Cuma seketika. Tak lama pun," rayu Daniel. Berharap agar Qaisara membenarkannya. Dia nak mencuri masa beberapa minit je. Untuk luahkan segala yang terbuku di hatinya.

Gadis kecil itu terpempan buat sesaat. Kedengaran keluhan kasar terhela dari bibir mungilnya. Kening cantik yang terasa gatal disebabkan keadaan mereka berdua digaru perlahan. Sungguh, dia tiada respon untuk permintaan Daniel. Namun melihat wajah Daniel yang penuh bersungguh- sungguh, nyata tidak menghalang jejaka itu.

"Sekejap je nya." Daniel mengariskan senyuman kecil. Memandangkan Qaisara sudah memberikan kebenaran kepadanya buatkan dia tak teragak- agak untuk mengeluarkan kata- kata.

𝐎𝐆| His Beautiful RingoWhere stories live. Discover now