𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀 | 25

335 38 4
                                    

HIS BEAUTIFUL RINGO

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

.....

SUDAH masuk bilangan ke berapa entah jantungnya berdegup kencang, dia tidak pasti. Yang pastinya debaran itu semakin bergelora tatkala jam besar yang tergantung dengan megahnya menunjukkan pukul 9 malam.

Qaisara menelan semua air liurnya dengan kelat. Rasa takutnya selalu mencengkam diri dalam suasana yang bakal menarik perhatian tetamu kepadanya.

Mulutnya tidak pernah berhenti beristighfar. Hatinya yang tidak tenteram cuba ditenangkan. Jangan takut, Qaisara. Insya Allah, semuanya berjalan dengan lancar.

Klak !

Pintu bilik tetamu yang dihuni olehnya terbuka perlahan. Lantas kepala itu menoleh untuk melihat gerangan yang membuka pintu.

Haziq Daniel.

Manis Daniel mengukir senyuman tatkala matanya bertembung dengan mata bulat Qaisara. Wanita kesayangannya itu terkebil- kebil menatapnya. Mungkin pelik kenapa dia tiba- tiba di sini.

Kaki panjang Daniel mara ke arah tubuh genit Qaisara. Dia berdiri di belakang wanita kesayangannya yang sedang duduk. Tangannya naik mengelus kepala yang cantik ditutupi oleh tudung shawl.

Cantik. Tudung shawl itu betul- betul separas punggung isterinya. Labuh.

"Tudung saya macam mana?"

Daniel memusingkan tubuh Qaisara menghadapnya. Sekali lagi dia menilik tubuh isterinya namun di bahagian hadapan.

Tersenyum lagi Daniel apabila bahagian depan juga labuh. Betul- betul bawah dada.

"Tudung kau labuh, ringo. Aku suka," ujar Daniel seraya mengusap pipi Qaisara. Isterinya sangat cantik. Make up isterinya juga nipis sahaja. Tidak tebal mana pun. Wajah isterinya memang semula jadi indah.

Qaisara tahan senyum dalam hati. Daniel senang melihat auratnya tertutup dengan sempurna buatkan hatinya lega. Dia sendiri tidak pasti lega kerana apa. Mungkin Daniel tak perlu menanggung dosanya lebih banyak.

"Thank you."

"Sama- sama ringo. Tapi kalau boleh, labuhkan sampai ke pusat. Aku tak nak lelaki tengok isteri aku dengan bernafsu. Aku tak suka. Kau tahu kan, mata lelaki ni tajam. Jadi aku tak nak diorang scan tubuh kau," lembut pesanan itu diberikan. Perlahan jari jemari Daniel menanggalkan kerongsang yang terletak di hujung bahu.

Qaisara ingin menghalang tindakan Daniel tetapi jejaka itu lebih pantas. Sebahagian tudung shawl yang lebih ditarik oleh Daniel sampai menutupi pusat. Meskipun ada bahagian yang ternampak sedikit, suaminya itu lekas betulkan. Berusaha Daniel menyempurnakan tudung shawl Qaisara agak tidak nampak serabut.

OG | His Beautiful Ringo Where stories live. Discover now