𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀 | 1

2.1K 116 10
                                    

HIS BEAUTIFUL RINGO

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA


.....

SUASANA KLIA pada malam itu sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Hanya bunyi burung hantu yang menghiasi suasana malam.

Dari jauh, Haziq Daniel berdiri sambil memerhatikan keadaan sekitarnya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Finally ..." bisiknya tanpa nada.

iPhone mahal miliknya dikeluarkan lalu nombor adik kembarnya didail. iPhone dilekapkan di telinga sementara menunggu panggilan diangkat.

"Ha, dah sampai ke?" Suara adiknya yang datang dari arah sana menyebabkan dia tersenyum lebar.

"Haah. Dah sampai," ujar Daniel. Tangan kirinya erat memegang luggage hitam miliknya. Takut hilang diambil orang walaupun tiada siapa di sekelilingnya.

"Ha baguslah. Kau tunggu jap, Niel. Nanti anak buah kau sampai. Diorang dalam perjalanan tu."

"Ouh okay. Kau dan Mikael tak datang?" Sengaja Daniel mengeluarkan soalan sebegitu. Dirinya sudah maklum yang kedua- dua adiknya mempunyai majlis penting, malam ini.

"Tak lah kut, Daniel. Aku dengan Mika sibuk malam ni. Kau pun tahu kan..." Belum sempat si adik menghabiskan kata-kata, Daniel terus memintas dengan laju.

"Ya- ya aku tahu. Aku saja je," balas Haziq Daniel meleret.

"Emm, aku mintak maaf tau Daniel. Aku..." Ayat si adik kembar tergantung sebelum dia mengeluh kasar.

Telinga Daniel yang menangkap keluhan tersebut seraya tersenyum nipis. Dia ketawa kecil mengenangkan wajah adiknya yang mungkin menunjukkan riak serba salah.

"Tak payah nak mintak maaf sangatlah, Ian Uqael. Aku okay je. Lagipun kau dengan Mikael ganti tempat aku kan? Jadi takpelah," balasnya singkat. Dia tak mahu adiknya, Ian Uqael menyesal akibat tindakan jejaka itu sendiri. Dia tahu Ian sendiri nak jemput dia kat KLIA tapi jejaka itu sibuk dengan urusan kerja.

"Tapi Daniel..."

"Sudah-sudah lah. Kau fokus je kat majlis tu malam ni. Okey? Dah lah tu. Aku matikan panggilan dulu tau." Malas mendengar adiknya persalahkan diri sendiri, Daniel terus mematikan panggilan. iPhone mahalnya disimpan kembali dalam kocek seluarnya.

Daniel terus menarik bagasinya menuju ke ruang utama. Kakinya berhenti menapak ke atas lantai berkilat. Matanya menangkap beberapa susuk tubuh anak buahnya mendekati dia. Senyuman sinis terlakar di bibir merahnya.

"Tuan Muda Daniel." Salah satu daripada anak buahnya memanggil namanya. Tubuh jejaka itu tunduk setelah mengamati wajah Daniel.

Daniel hanya mengangguk. Luggage hitam ditolak ke arah jejaka tadi.

OG | His Beautiful Ringo Where stories live. Discover now