𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀 | 16

377 40 1
                                    

HIS BEAUTIFUL RINGO

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

...

PUAS Mikael menegur Ian yang sedari tadi menjelingnya. Salah apa dia dengan Ian pun tak tahu lah. Tahu lah yang dia ni terlalu hensem tapi tak perlulah jeling dia bagai nak tembus. Dia normal lagi.

"Ian, mungkin aku patut cungkil mata kau tak?" soal Mikael tanpa nada. Dengan kiasannya yang menutup persoalan sebenar.

Berkerunyut seribu dahi licin Ian mendengar pertanyaan Mikael yang agak pelik. Tiba- tiba je nak cungkil mata ni, asal? Cari gaduh ke apa?

"Benda mu ni?" Tanpa disangka, kepala adik kembarnya disekeh kuat. Cukup buatkan kepala Mikael teroleng menatap Dylan yang masih bermain dengan anak patung pemberian Ian.

"Sakitlah syaiton," desis Mikael. Kepalanya yang disekeh tadi terasa seperti diluku pula. Sakitnya sampai boleh bergegar otak. Kalau amnesia pun boleh jadi ni. Tak perlu susah cari kemalangan percuma. Dengan seorang Ian Uqael pun terus hilang ingatan.

Ian menggulingkan bebola matanya ke atas kala ini. Bukannya dia telinga lintah atau tidak, tapi memang dua patah perkataan yang keluar dari celahan bibir Mikael buatkan seluruh penduduk bumi pun boleh mendengarnya. Hampir sama dengan bunyi gorilla yang selalu bersiaran dalam kaca televisyen. Kawan gorilla yang tersesat kut?

"Kuatnya mulut kau maki aku. Tak ada tapis- tapis betul ek?" Sekali lagi, telapak tangan Ian menyinggah pada kepala Mikael buatkan Mikael yang baru saja ingin stabilkan diri sudah terjatuh balik. Terhempap di atas tilam empuk wad tersebut.

"Sakitlah babun!"

"Mulut tu Mika. Tak nampak Dylan yang tengah baring depan mata kau ke? Ingat bagus lah tu lemparkan kata- kata kesat depan budak kecil?" tegur seseorang dengan ton yang seakan dikawal. Marah terhadap Mikael sebab telah mengeluarkan perkataan yang kurang elok didengari.

Apalagi, memuncung panjang lah bibir merah milik Mikael. Okey. Tadah jelah telinga buat kali ini. Bukan abangnya Haziq Daniel kalau tak buka ceramah selepas tegur dengan ayat singkat.

"Terlepas lah Niel." Ian mencebir bibir tanda menyampah yang amat. Terlepas lah konon. Ini bukannya sengaja terlepas, ini seperti sengaja melepas. Heh. Bicara kosong je Mikael ni.

"Kononnya terlepas," cemuh Ian perlahan sambil tangannya menghidupkan iPhone yang lama terpadam. Sempat dia menjeling Mikael sebelum irisnya terjatuh pada skrin gajet mahal yang sedang bercahaya.

Tergeleng kepala Daniel seketika apabila sepasamg matanya disajikan dengan kelakuan manja Mikael. Hadoi adik siapalah ni. Asal tegur je nak tarik muncung. Penat melayan.

"Melebih je kau." Sebelum dia melabuhkan punggung di atas katil, sempat kepala Mikael disekeh lembut. Tak kasar, sekadar mengacah adik kembarnya sahaja.

OG | His Beautiful Ringo Where stories live. Discover now