𝐍𝐈𝐄𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀 | 3

1.2K 99 1
                                    

HIS BEAUTIFUL RINGO

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

HAZIQ DANIEL | AMRAH QAISARA

...

PINTU bilik tidurnya ditutup laju. Tombol kunci ditekan dari dalam. Tubuh Daniel bersandar pada belakang pintu. Nafasnya tidak teratur kerana melarikan diri daripada soalan Arash tadi. Tergopoh-gopoh dia berlari sampaikan terlanggar bahu Qaisara. Ah pedulikan. Mesti gadis kecil itu ingat dia dikejar hantu. Ergh.

"Mujur aku sempat lari tadi." Dada diurut perlahan. Ingat senang ke nak lari dengan bathrobe di tubuhnya?

Katil bersaiz king dihampiri lalu cadar katil yang agak berserabut dibaiki. Daniel membaringkan tubuh di atas tilam yang empuk miliknya. iPhone yang berada diatas stand table dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka setelah telefon pintarnya bercahaya.

Mesej berdesup- desup masuk apabila data diaktifkan. Banyak tapi dia tak apa. Tak penting sangat. Jari Daniel geser aplikasi whatsapp nya ke bawah. Keningnya terjongket sebelah melihat satu mesej yang menarik perhatiannya. Rayyan?

Tanpa membuang masa, mesej Rayyan dibuka.

Rayyan Q's

Niel, aku dah buka bungkusan
kau yang hari tu punya

Dahi Daniel berkerut seribu. Rayyan hanya memberitahu pasal tu je ke? Haih. Ni dia tak minat ni. Malas nak mengirimkan mesej kepada Rayyan, nombor jejaka itu didail. iPhone dilekapkan di telinga.

"Ray, kau cakap dah buka kan? Apa isi dalam tu?" soal Daniel sebaik saja panggilannya diangkat.

"Aku bagitahu ni, kau jangan mengamuknya?" pinta Rayyan dari hujung sana.

"Asal?" Hairan Daniel dibuatnya.

"Hmm..." Keluhan Rayyan menyebabkan dia semakin pelik. Namun, Daniel tidak membuka mulutnya lagi. Sabar menunggu Rayyan membuka kata.

"Dia dah mulakan permainan dia. Isi dalam tersebut merupakan gambar seorang perempuan. Aku tak kenal perempuan tu siapa, tapi kau pasti kenal. Nanti aku send gambar dekat kau. Dekat gambar tu pun ada tulis ugutan. Dia kata..." Ayat Rayyan tergantung seketika. Entah kenapa dia rasa ayat itu tidak perlu untuk dituturkan.

Lama Rayyan mendiamkan diri sehingga Daniel dilanda hairan. Takkan lah dah matikan panggilan? Dia tersalah bicara ke?

"Rayyan Qayyum?!" Daniel bangun dari pembaringannya lalu dia duduk di birai katil. Kening tebalnya yang tidak gatal digaru kasar. Mana pulak mamat ni? Skrin telefon pintar ditatap lama. Rayyan masih lagi berada dalam panggilan tapi tak bersuara pulak.

OG | His Beautiful Ringo जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें