Pipinya memerah. Dia kelu di pandang sebegitu. Lambat-lambat dia menggeleng. Bahu Mateen ditampar lembut.

"Mana ada. Cukup aje, saya pun hari tu dah masuk kerja dah" balas Nadra diselit tawa palsu. Mateen saja aje usik dia.

"Tak apa, jangan malu Nadra. Kami dulu pun cuti sampai tiga minggu. Ke mana-mana entah pergi" Aizat menambah sambil menyuap anak gadisnya di atas ribaan.

"Dia orang dua-dua bos"

"Eh aku makan gaji okay" Aizat tepuk belakang Mateen kuat. Lupa agaknya, dia cuma doktor bedah yang bekerja di bawah pihak atasan hospital.

"Bini kau bos syarikat besar, sebut aje nama dia. Siapa berani tolak kalau dia nak apa-apa" ujar Mateen selamba. Kening dijungkitkan.

"Tak kisahlah, aku sayang bini. Dia minta cuti sebulan pun aku akan usahakan. Betul tak sayang?" Wajah di hadapkan ke arah Haelyn di sebelah.

"Saya pula, awak yang sengaja mengelat tak nak kerja. Awak jual nama saya, jangan ingat saya tak tahu" Haelyn membalas usikan suaminya. Mereka semua melepaskan tawa yang kuat.

Nadra malah diam ditempatnya. Air teh disisip perlahan sambil anak matanya tidak lepas menyelami dunia gelak tawa manusia-manusia dihadapannya.

Bahagianya pasangan yang bercinta. Hatinya cemburu.






















"You seems a little uncomfortable. Why? Anything wrong? Work?" Keprihatinan yang ditunjukkan Mateen sedikit sebanyak meredakan hati yang sedang dibendung sayu tika itu.

"Tak ada apalah"

"Nampak sangat menipunya tu"

"Bawalah kereta cepat. Kita balik, saya nak lepak-lepak kat rumah" lengan Mateen ditepuk-tepuk agar segera memandu.

"Tak nak. Tell what's up with you, lepas tu baru saya gerak"

"Saya cuma...suka tengok Haelyn, suami dan anak-anak dia. Serupa wanita terbahagia dunia" Nadra teringat semula wajah manis, gaya lembut dan auto mempesona wanita itu.

"Kalau suka, kenapa muka macam pissed off je ni?" Mateen bertindak mencuit dagu isterinya. Dia pusing tubuh menghadap Nadra yang duduk di sebelah. Sedia mendengar.

Nadra menepis cuitannya kemudian mengenggam tangannya seraya melabuhkan pipi di atas penumbuk mereka yang bersatu. Mateen hanya melihat.

"How does it feel, to love and beloved?" pandangan dicampak jauh ke langit. Membayangkan bagaimana rasa jika perasaannya dibalas sama.

"Nadra..."

"I know. I'm sorry, tak ada niat nak guilty trip pun. Awak tanya saya jawablah" balas Nadra.

"Saya sayang awak, okey. Siapa kata saya tak sayang?" Ujar Mateen semula.

"Itu sayang. Sayang tu lain, ramai orang sayang juga. Mommy, daddy, ibu, ayah, teammates saya. Ha, see? Ramai je" bibir dijuih ke depan. Cik suami ni sengaja buat tak tahu agaknya.

"What I mean is that, love. The truly love where you and your partner share the same feeling" sambungnya lagi.

Mateen terdiam. Nafas ditarik lalu dihela berat. Genggaman tangan mereka ditarik lalu dilabuhkan di atas pehanya. Dia pula pusingkan tubuh menghadap isterinya. Berbalas pandangan dengan wajah cantik di hadapannya.

"Help me. I'm sorry that this heart still couldn't afford to love you. Hati ini banyak rasa yang tak tertafsir, hati ini berkecamuk, hati ini penat. Hati ini sakit"

"Everytime I see your smile, I remember ibu. Saya terlalu rindu dia dan saya masih tak boleh terima kehilangan dia. Instead of rasa tenang seeing you having my mom's smile, saya rasa sakit Nadra sebenarnya. Sakit rindu dan mahukan dia dengan saya"

Nadra tekun mendengar. Senyumannya? Jadi selama ini, dia beriak ceria dan gembira sebelum ini hanya menambah rasa pedih sakit di dalam hati lelaki itu?

"It's been five months Mateen. Berapa lagi masa yang awak perlukan? Kita tinggal bersama, tidur satu katil, even kadang-kadang satu bantal pun, makan satu meja, sakit kita saling jaga, tak akan semua tu tak beri apa-apa makna pada awak?" Dia pandang wajah tampan itu.

"Sampai teruk macam itu ke saya sakitkan awak Mateen? Kenapa awak tak cerita dari awal? I smile because you're my only reason to smile. I would like to make you fall for my smile, my laugh and all my every ibu-alike actions. Teruknya saya awak..."

"No, Nadra Fakhira. Stop it"

Tangan diangkat menekup ke dua belah pipi suaminya. Anak mata yang bersinar cantik itu ditenung dalam dengan rasa sedih.

"I love you so so much Mateen Farhan. I love you with my whole heart and I'm willing to do anything for you. For you, I will stop smiling. Until your heart is fully heal. Okay?" Nadra ukir senyum lembut. Wajah tergamam lelaki itu sekadar diusap lembut.

Nadra tidak mahu sakitkan cinta hatinya. Dia akan buat apa saja.

"Tak Nadra, I didn't mean like that..."

"I'm done talking about this. Drive Mateen. I'm tired, i need some soul recharging. You need that too, you know" dia tarik tangannya dari wajah tampan itu kemudian berpeluk tubuh. Membuang pandangannya jauh dari dunia realiti ini.

TBC

House Of Love ©Where stories live. Discover now