"Piqa...?" Tengku bangun duduk di sebelahku. Dia merapat dan memeluk bahuku.

Aku kalah.

Air mataku mula mengalir perlahan membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan lagi derita yang ku tanggung seorang diri ini.

Tangisanku kian kencang. Aku peluk tubuh badan Tengku dan meraung sepuasnya di dalam dakapannya.

"Piqa... kenapa ni?" Tengku mengusap belakang badanku cuba menenangkan aku.

"S-saya... d-dah..." kataku tersedu-sedan. "Saya dah berpisah dengan Tuan Aaron. Dia dah taknak saya lagi. Dia dah buang saya Tengku!" aku meraung kesedihan.

"What?!"

Tengku mengetatkan lagi pelukannya. Dipeluknya aku seerat mungkin bagi meredakan tangisanku.

"Apa kau buat ni Aaron? Tsk!" Tengku berbisik sendiri.

Tengku melepaskanku dari pelukannya. Dia menggenggam kedua belah lenganku dan memandang ke mataku dengan muka berkerut dahi.

Dia menyeka air mataku dengan ibu jarinya. Dia langsung tidak mengeluarkan walau sepatah kata. Dia hanya merenung lembut ke wajahku dengan sepasang mata yang sayu.

Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan.

"Piqa. Makan sikit ya?"

Aku menggeleng kepala enggan.

"Makan sikit okay? I suapkan. I ada bawakkan bubur untuk you." Tengku tetap berkeras. Dia mengambil bubur ayam yang dibelinya dari luar. Aku terpaksa akur.

Tengku seperti abangku Mizi. Dalam kelembutan ada tegasnya. Namun tidak pelik kerana fitrah kerjaya abang Mizi sebagai tentera yang menjadikannya tegas dan penuh disiplin.

Aku menelan suapan dari Tengku beberapa sudu kemudian kutolak. Perut aku sakit. Perutku seperti menolak sebarang makanan dari masuk. Tengku menghulurkan aku air masak yang dituangnya ke dalam gelas.

Badanku merasa sedikit segar semasa meneguk air masak itu tadi.

"You tidurlah dulu ya. Rehat. Jangan fikir sangat," nasihat tengku.

Dia membantu aku untuk baring semula dengan menahan belakang badanku. Tengku Afham begitu gagah. Agaknya aku pun boleh dilambung-lambungnya seperti kapas. Walaupun kedengaran seperti hiperbola.

Tengku Afham beredar dan meninggalkan aku sendiri di situ. Aku sunyi. Aku merasa bagai ada kekosongan di dalam jiwaku. Dan lubangnya agak dalam dan luas.

Aku masih rindu Tuan Aaron...


****



"Kau okay suda ka Piqa? Betul ka suda bulih kerja?" soal Heather.

Aku sudah mula bertugas setelah menetap di dalam wad selama tiga hari. Cuti panjang-panjang nanti siapa nak bagi makan? Walau apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan.

"Aku okay. Jangan risau lah," balasku dengan senyuman terpaksa.

"Tapi you nampak pucat lagi. Kalau penat cakap tau," tambah Andrew pula. Aku mengangguk kepala.

Walaupun separuh jiwaku sudah tiada, namun aku masih memiliki rakan-rakan sekerja yang baik. Nikmat apa lagi yang aku nak pertikai?

Tuhan itu Maha Adil.

Aku bekerja seperti biasa. Berborak seperti biasa. Termenung seperti biasa. Tiada apa pun yang berbeza. Hanya jasadku sahaja yang bergerak seperti robot. Tiada roh. Tiada jiwa.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now