"Bukan macam tu lah abang. Tak payah lah beli banyak-banyak. Siapa nak makan semua ni?" cebiknya.

"Sayang makanlah. Abang memang beli untuk sayang."

"Taknaklah! Nanti gemuk." Piqa mengembungkan pipinya.

"Biarlah. Abang suka."

Woah!

Mukanya serta-merta merah. Berderau darahku melihatnya. Dia melindung wajahnya dengan lengannya. Aku menarik lengannya kerana aku tak sempat melihat reaksi mukanya.

Ya. Aku obses dengan Piqa. Aku suka semua tentangnya. Senyumannya. Tangisnya. Rengeknya. Dan kini reaksi segannya.

Segalanya.

"Sayang? Alih la tangan."

"Taknak!"

"Nak lah... bukak ek?"

"Tak nak lah..."

"Piqa sayang?" aku menunduk dan mencium lengannya.

"Abang! Ish."

Akhirnya terbuka juga lengannya dan terlihat wajah Piqa yang merah-merah sedang menggigit bibirnya. Matanya dikuyukan dan memandang terus ke jalan tar di bawah.

"Hmm... sayang jangan buat muka macam tu boleh tak?" ujarku sambil mengusap pipiku.

"Kenapa? Muka apa?" balasnya kehairanan.

"Sayang cute sangat. Abang rasa nak peluk je sayang sekarang ni. Boleh ta-a-akkk... adu-duuhhh... sakit sayang! Sakit!" Piqa mencubit perutku.

"Padan muka." Piqa memuncungkan mulutnya.

Aku menggosok bekas cubitan dari Piqa. Perit juga lah. Padan muka aku! Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat.

Piqa tersenyum-senyum kembali melihat aku menggeliat kesakitan.

"Hahaha. Sorry abang. Sakit ek?"

"A ah sakit..." bibirku memuncung manja.

"Alololo... shiannn.. Meh Piqa tiup bagi hilang sakit ya." Piqa tunduk di depan pinggangku dan fuuhhh ditiupnya ke tempat yang sakit itu hingga bergetar tulang rusukku!

"Time out! Time out!" aku mengepit kedua belah pipinya dengan tapak tanganku dan mengangkat muka Piqa terdongak ke atas kembali. Terpenyek muka Piqa, comel gila!

Aduhhh... menguji aku betul lah Piqa ni. Orangnya tak sedar pun apa yang dia buat boleh mengganggu-gugat keimanan aku.

"Ehem..." aku menelan air liurku. "Abang mintak diri dulu ye sayang? Nak singgah rumah Afham kejap. Ada hal. Sayang okay kan?" Lagi lama aku disini boleh kelaut dalam nanti melalutnya. Tak pasal-pasal Piqa diculik olehku nanti.

Piqa mengangguk kecil lalu melambai tangannya sambil tersenyum. Keretaku pun terus meluncur laju ke rumah Afham.

****


"Aaron. Come on in." Afham mempelawaku masuk ke dalam banglonya. Seperti biasa lah setiap sudut rumahnya berbau tembakau.

"Kau ni bila nak berhenti merokok Afham?" aku berjalan masuk dan menghempaskan punggungku di atas sofa.

"Esok aku berhenti lah..." katanya dengan muka selamba. Itu lah jawapannya setiap kali aku bertanyakan soalan yang sama. Tapi macam tu juga. Lepas sebatang, sebatang lagi rokok disuakan ke dalam mulutnya. Aku menggelengkan kepalaku.

"Aku sayang kau, tu yang aku tanya tu." gurauku.

"Gampang! Sayang hotak kau! Geli weh. Tu sayang kau Piqa tu kau nak letak mana?" Afham menggeletik kegelian.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now