"Abang..." Piqa bersuara lemah.

"Ya sayang..."

Piqa mencengkam kuat bathrobe di pehanya. "Abang. Piqa rasa jijik dengan diri Piqa."

"Sayang! Jangan cakap macam tu."

"Abang tengoklah ni!" Piqa menyelak sedikit bathrobenya menunjukkan kesan-kesan gigitan tadi. Air matanya sudah mula berjurai kembali mengalir di pipi. "Piqa dah cuba sental tapi bau badan Amir taknak hilang!" kata Piqa meraung kecewa.

"I knew it! Amir!" aku menggenggam penumbukku. Tanganku menggigil menahan marah. Aku bingkas bangun. Dalam otakku hanya terbayang muka Amir. Aku mahu belasah dia cukup-cukup. Aku sudah bagi amaran kepadanya supaya jangan menyentuh Piqa. Tapi nampaknya dia lebih memilih untuk berpindah ke alam lain.

"Abang!" Piqa berdiri dan memeluk pinggangku dari belakang. "Abang tolong Piqa bang. Tolong buang semua ni. Tolong." Aku berpusing menghadap Piqa. Dia kelihatan panik.

"Abang tolong Piqa bang. Tolong buang memori buruk ni. Tolong gigit Piqa kat sini. Buat lah apa pun. Tolong hilangkan semua ni," tangisnya. Dia menyelak bathrobenya lagi menampakkan bahunya yang putih gebu itu. Aku menjadi geram. Berderau darahku hingga naik ke kepala.

Piqa sedar tak apa yang dia cakap ni?

"Abang..." Piqa mendongak memandangku dengan pandangan mata yang sayu tapi terlalu seksi bagiku.

*Click*

Kunci sel binatang buas di dalam badanku terbuka. Kesabaranku sudah sampai had..

*BUK*

Aku menolak Piqa terbaring di atas katil. Aku memanjat ke atasnya. Aku melepaskan tali leherku dan aku campak ke lantai. Aku terus tunduk mencium bibir Piqa sambil tanganku membuka butang baju kemejaku.

Lembutnya bibir Piqa, membuatkan aku lebih khayal. Hanya kedengaran bunyi basah ciumanku dan Piqa yang penuh nafsu bergema di dalam bilik. Nafas kami tercungap-cungap. Piqa mencengkam belakang badanku dengan kukunya. Aku menyentap bathrobe Piqa hingga menampakkan lengan dan alur buah dadanya. Aku jilat-jilat dan gigit kesan gigitan dari Amir. Bau wangi badan Piqa mengeruhkan lagi keadaan.

"Ah! Sakit abang," keluh Piqa perit. Namun aku tak mempedulikannya. Aku nak hapuskan segala tanda yang ada di badan Piqa dengan gigitan baru dariku.

"Isk... isk..."

Aku tersentak mendengar tangisan dari Piqa. Aku mengangkat badanku dan memandang Piqa yang sedang menutup matanya dengan lengannya. Piqa teresak-esak.

Apa aku dah buat ni?

****

"Thanks Afham. Apa-apa nanti kau inform aku."

Aku menyimpan kembali telefonku ke dalam poketku. Aku tinggalkan Piqa sebentar di bilik hotel. Dia tertidur nyenyak di atas lenganku tadi.

Aku meminta bantuan Afham untuk mengesan lokasi Amir. Sekarang ini aku perlu mencari baju baru untuk dipakai oleh Piqa. Aku tak tahu ingin mula dari mana. Kemudian aku teringatkan Mel.

Aku : Mel. Come meet me here.

Aku menghantar lokasi kepada Mel.

*Ting*

Melissa : Owh? Dating on weekday? How unusual.

Aku : Cut the crap and come here now. I need your help.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now