Chapter 10 : Asam Pedas

Comincia dall'inizio
                                    

"Kau ni kenapa ayam? Dengan tercungap-cungapnya. Dengan barang belanja tertinggal dekat gate depan sana. Kau okay ke tak okay ni?" Fakri dah mula risau, dahinya berkerut. Dia menghampiri ayam dan mengelap peluh dengan menggunakan hujung lengan baju sweaternya. Walaupun benda tu agak useless sebab dia sendiri pun basah kuyup.

"A-aku... aku cari kau tadi. Aku panggil nama kau, tapi kau tak balas. Aku rasa macam jantung aku nak tercabut kau tahu tak. Kau pergi mana." Terketar ketir Ayam cuba menghabiskan ayatnya. Dia hampir-hampir nak menangis di situ juga.

Ayam bangun untuk tenangkan dirinya. Dia menuju ke bilik mereka berdua dan mengambil tuala bersih. Sebaik sahaja dia kembali ke tempat mereka berdua tadi, dia dapati Fakri masih ada di situ. Ya... masih di sini bersama dengannya. Fakri tak akan tinggalkannya.

Tak akan....

Sebab dia rela tinggalkan semuanya demi Fakri. Dia takkan benarkan... tak akan.

"Kenapa kau basah kuyup." Fabrik lembut dan kering itu menutup rambut basah Fakri, sebelum digosok perlahan-lahan oleh ayam. Nak harapkan Fakri, habit dia lap-lap dah settle. Memang taklah.

"Aku... pergi mandi pantai tadi." Pandangan Fakri dilarikan. Tak mampu untuk menatap mata kerana takut dia tertangkap menipu.

"Fakri. Tengok aku." Ayam menarik wajah Fakri untuk menatapnya. Mereka berdua saling bertatapan, walaupun Fakri dah gelisah dan tak senang duduk. Dia tak nak tengok... dia takut. Dia takut ayam akan kecewa dengan dia lagi.

"Kau buat lagi kan?"

"..."

Ayam merengus. Apa tak pernah cukup ke dia dalam hidup Fakri sampaikan Fakri nak kena buat lagi benda tu?

"Fakri... I'm here... apa lagi yang kau takutkan... apa lagi yang kau rasa kurang?"

"Bu-bukan macam tu ayam. Aku.."

"Kau apa?"

"Aku cuma rasa... yang selama aku hidup. Aku cuma bawak sial je dekat kau. Aku takut ayam. Aku ni beban kan ayam? Tak pasal-pasal kau kena jaga aku. Padahal you could be living your life out there instead of being in this hellish holeshit with me. Kau sepatutnya be happy Ayam."

Ayam menarik Fakri ke dalam pelukannya. Kepala Fakri terletak betul-betul di dadanya supaya Fakri boleh merasakan bertapa hidupnya Ayam di sisinya.

"Suka hati kau je nak buat keputusan apa yang aku rasa. Eah, life aku suka hati aku la nak decide buat apa. Yang kau nak senakkan kepala kau fikir pasal future aku dah kenapa? Kau tak tengok aku happy ni? Kita travel around together ni pun aku dah rasa hidup aku ni super lively dah. As long aku dengan kau. Aku tak peduli dah pasal orang lain."

Fakri menutup matanya, terbuai dalam pelukan hangat Ayam. Dia tak tahula sama ada Ayam ni pandai memujuk atau ubat yang dia makan tadi dah kick in.

"Lain kali kalau kau nak tenangkan diri. Ajak aku. Lain kali kau rasa nak mati sangat, ajak aku jugak. Takderla kau lonely mati sorang-sorang"

Ayam serius dengan kata-katanya. Kalau Fakri nak tinggalkan dia dengan cara ni. In his dream! Langkah mayat dia dulu.

Fakri terkekeh kecil.

"Okay..." perlahan. Mereka dah banyak kali menghadapi episode sucidal attempts dirinya. Hari ini bukanlah kali yang pertama... dan Fakri tahu bukanlah kali yang terakhir juga. Tapi setiap kali dia rasa dunianya gelap, langkah kakinya akan berlari mencari sosok ayam yang juga tanpa gagal sentiasa mencari dirinya juga.

Mereka berdua mencari satu sama lain untuk melengkapi luka yang sukar disembuhkan. Hanya dengan kehadiran satu sama lain sahaja... mereka akan merasakan yang mereka masih lagi hidup.

"Hari ni kau nak masak apa?"

"Asam pedas favourite kau."

Mata Fakri mula berbinar-binar. Senyuman lebar mula terukir pada wajahnya yang makin tirus itu. Berat bada Fakri masih tak menunjukkan sebarang improvement sejak setahun yang lalu. Ayam tak habis fikir macam mana lagi nak bagi Fakri sihat macam dulu. Tapi apa yang penting, dia tak putus asa.

"Yay!!! Ayam masak memang sedap!"

Ayam menuju ke dapur dengan barang belanjanya tadi. Dia menyusun elok semua bahan tersebut di dalam sinki dan menyising lengan bajunya sebelum mula untuk masak.

"Heh, nak bodekla tu. Kau kalau boleh, hari-hari nk  makan asam pedas. Aku pun rasa macam muka aku pun boleh tukar jadi asam pedas sebab makan dia je."

Fakri mencebikkan wajahnya. Tak terima asam pedasnya dikritik.

"Tapi ayam... asam pedas kau memang sedap ayam. Macam asam pedas mak aku punya!"

Langkah ayam serta merta terhenti.Dia tersentak... bukan dia salahkan pada Fakri yang bercakap tanpa ada rasa bersalah...akan tetapi....Tanpa menoleh, kedua mata ayam mula berkaca.

'Maafkan aku Fakri... Aku yang pentingkan diri... aku yang tak nak lepaskan kau.'

Projek high council : Penjara dunia dewasaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora