6. semestanya yang sempurna

257 35 0
                                    

RAMBUTNYA yang pendek berparas bahu itu dibelek-belek di cermin sisi motorsikal Khan. Swag bai. Dengan warna merah gelapnya lagi.

"You look good in red."

Aurie menoleh kepala memandang Khan. Senyuman terpapar di wajah. Rasa seperti orang baru dengan stail yang baru ini. Dari dulu lagi dia teringin untuk mewarnakan rambutnya namun ditentang keras oleh papanya. Katanya orang tak berpelajaran je yang warnakan rambut. Ternyata, kerana Khanlah dia berani untuk melanggar peraturan yang satu itu.

"And you are a nice haircutter, Khan."

Khan membalas senyuman Aurie. Dek kerana menyedari kekangan wang mereka, mereka memutuskan untuk membeli gunting dan pewarna rambut dalam kotak saja. Yang mengguntingnya Khan, yang membantu mewarnakan rambut Aurie turut Khan. Pandai Aurie mengeringkan rambut di tandas awam yang mempunyai pengering tangan itu. Jimat masa.

"Getah rambut kau ni tak nak ke?" Khan menunjukkan getah rambut halus berwarna hitam Aurie yang terikat di pergelangan tangannya. Hanya ada satu manik leper berbentuk bulat berwarna silver di tengahnya.

"Tak nak, buanglah. Aku ada banyak lagi kat rumah."

Khan mengganguk. Tidak pula dibuang getah rambut itu. Dia biarkan saja di tangannya. Entahlah, sayang nak buang. Dah tuan empunyanya tak nak kan?

"Settle dah? Jom gerak, masih ada tempat aku nak bawa kau ni." Khan membuka kaki memanjat motorsikalnya. Helmet Aurie diserahkan pada gadis itu.

"Tapi dah petang, Khan."

"Come on, Aurie... Kau mangsa culik aku kan harini?" ujar Khan separa merayu. Senyuman penuh makna itu terpamer lagi di wajah lelaki itu. Aurie tahu, mesti ada makna tersirat ni.

Sempat juga Aurie berfikir sejenak. Kalau ikutkan, salah satu peraturan hidupnya ialah dia dilarang sama sekali untuk keluar sehingga lewat petang seperti ini. Sebelum malam sudah perlu ada di rumah. Disebabkan sudah terbiasa dididik begitu, sampai ke besar Aurie menuruti peraturannya meskipun tiada yang memaksa.

Tetapi... hari ini saja.

Hari ini saja dia mahu melanggar semua peraturannya.

Untuk Khan, juga untuk dirinya.

"Jom!"

______


"CANTIKNYA langit..." Aurie terpukau melihat pemandangan matahari terbenam di hadapan matanya. Cahaya kejinggaan berlatarkan langit dan lautan sebagai pemisah. Sepoi-sepoi angin menampar pipi. Beralun rambutnya seiring dengan rasa tenang yang bertandang di hati. Hangat dan suam cuaca petang ini.

Khan di sebelah, memandang Aurie dari sisi. Terpegun sungguh gadis itu. Wajah yang dimamah dengan cahaya jingga itu seakan bercahaya. Matahari terbenam di depan matanya langsung tidak dipandang. Bagi Khan, Aurie lebih menarik. Terlihat anggun dan sempurna di matanya. Hanya Aurie.

"That's not the best part yet." Khan menarik hujung lengan Aurie agar mengekori langkahnya. Kaki mereka memijak pasir sehinggalah tiba di bawah pokok yang rendang. Ada satu buaian berbangku panjang yang terikat di bawahnya. Mampu untuk memuatkan dua orang.

Aurie terharu sekali lagi. Tanpa membuang masa, punggung di labuh di situ, bersama Khan di sebelah. Masih ada jarak yang memisahkan mereka namun Aurie merasakan seolah-olah lelaki itu dekat sungguh dengannya. Dekat dari segi hati.

"Ini favorite spot aku petang-petang macam ni. Tengok matahari terbenam sambil main gitar sorang-sorang."

Aurie melakar senyuman di wajah. Hidup Khan... dia benar-benar cemburu akan kehidupan lelaki itu. Hari-hari Khan dihiasi dengan perkara yang lelaki itu suka, yang lelaki itu selesa. Khan berani keluar dari situasi membunuh itu sementara dia masih terperangkap di dalamnya. Dia mahu hidup seperti Khan juga... dia mahu hidup menjadi dirinya.

C | manis kopi, pahit tehWhere stories live. Discover now