2. we only live once

326 37 0
                                    

HARAPAN manusia itu melelahkan, bukan?

Apatah lagi dari keluarga, terutamanya ibu bapa. Aurie sudah lali dengan semua itu. Sejak dari kecil lagi dia diajar cara untuk memikul harapan keluarga. Gadis kecil yang tidak tahu apa-apa dan sepatutnya hanya memikirkan anak patung apa yang mahu dimain sudah disumbat dengan harapan setinggi gunung milik kedua ibu dan bapanya.

Dia harus sukses dalam segala perkara. Semua itu agar kewujudannya dianggap berguna oleh keluarga. Dia bagaikan trofi mereka, buat diperaga dan dipertunjukkan kepada orang kononnya mereka berjaya melahirkan dan mendidik anak yang pintar dan bijaksana.

Dusta belaka itu semua.

Buku rujukan ditenung lama. Rintik hujan tempoh hari sudah kering namun meninggalkan kesan pula. Komputer dan tabletnya pula Aurie pandang sepi. Gambar rajah anatomi yang terpapar di situ langsung tidak menarik perhatian Aurie. Lagi menambah kebingitan di kepala yang barangkali tidak pernah senyap sebaik dia mengerti academic validation itu apa.

"Selagi pointer Aurie tak naik, selagi itulah your allowance will be cut off. Pandai-pandailah Aurie hidup sendiri."

Aurie mengeluh. Mana lagi dia nak cekau duit buat bayar si mamat Sharukh Khan tu? Duit yang tinggal pun cukup-cukup untuk makan saja. Itu pun, buat makan nasi bujang aje.

Papanya pun satu, pointer dia turun sikit saja kut. Selama ini bukan main 4 flat semata dia berikan kepada keluarganya. Hanya satu kali ini saja dia leka sebentar kerana mahu fokus pada kesihatan mentalnya. Bila keluarganya dapat tahu, terus kena sembur. Sudahnya, duit elaunnya dipotong dan kemudahannya yang disediakan oleh papa semua ditarik semula.

Kereta, kad kredit bahkan tempat tinggal sekali. Dulu duduk rumah papa, sekarang kena menetap di hostel. Nak tak nak, Aurie perlu kejar semula pointernya bagi memastikan dia tak mati kebuluran hujung bulan ini.

Tentang kes tempoh hari, sudah seminggu berlalu. Seminggu ini juga, Aurie bersyukur Khan tidak menelefonnya untuk menuntut hutang. Entah mana nak sorok muka kalau dia mengaku dia tak ada duit. Maunya lelaki itu suruh dia bayar pakai benda lain? Lelaki zaman sekarang, siapa tahu?

Aurie melepaskan keluhan lagi sekali. Letih menghadap notanya dari pagi sampai ke malam. Makan dan tidurnya entah ke mana. Semata-mata mahu memuaskan hati orang tua, dia jadi begini. Di saat teman-temannya keluar berseronok menikmati usia muda, Aurie terperangkap di dalam biliknya, menghadam segala nota demi membanggakan keluarga.

"Kau ni, asyik mengeluh aje." Rakan sebilik Aurie, Isabela menegur. Dia yang dengar pun dia yang penat. Isabela mengiringkan tubuh sambil menongkat kepala di atas katil. Dipandang Aurie yang sedang duduk bersila di atas kerusi meja belajarnya.

"Tak penat ke, Rie? Hadap buku dari pagi."

Aurie tersenyum hambar. Entahlah, penat juga. Tapi dia akan lebih penat sekiranya dia tidak berbuat apa-apa. Penat rasa serba salah. Serba salah yang disebabkan kerelaan diri membazirkan setiap masa berharganya dengan tidak berbuat apa-apa. Menjaga kesihatan mental orang kata. Ah, kesah pula orang tuanya akan kesihatan mentalnya?

Dari dulu sehingga sekarang, Aurie sangat pentingkan nilai akademiknya. Mempunyai orang tua yang seringkali menekan buat Aurie rasakan dia hanya akan diambil peduli sekiranya akademiknya terjaga. Penat, tapi berbaloi. Penatnya akan bermakna apabila dia berjaya berikan apa yang orang tuanya mahu kerana dia bukan apa-apa tanpa validation dari mereka.

"Aku faham kau, Rie. Tapi kadang-kala aku nak tanya jugak, kenapa kau buat diri kau macam ni? You never actually live, Aurelia. Kau korbankan semua ni untuk apa, untuk siapa? Untuk orang tua kau? Jadi, apa benefitsnya untuk kau? Kau bazirkan waktu muda kau belajar mati-mati sedangkan orang lain berseronok kat luar sana. Kau tak cemburu?"

C | manis kopi, pahit tehWhere stories live. Discover now