4. my sunshine, my happy place

266 35 0
                                    

KEPALA yang berdenyut dipicit perlahan. Terpisat-pisat Aurie menggosok matanya. Cahaya yang menerobos masuk ke kornea mata buat tangannya naik menghalang sinar matahari itu. Perlahan-lahan, Aurie membangkitkan tubuhnya.

"Dah bangun?" Susuk Isabela menyapa pandangan mata. Kening Aurie berkerut.

"Kenapa... kenapa aku kat sini?" Dengan suara serak basahnya Aurie menyoal. Bukan ke malam tadi dia berjalan pulang seorang diri? Takkanlah dia berjaya jalan kaki pulang ke hostel? Jauh gila kut.

"Kau tak ingat?"

"Ingat apa?" Aurie menggaru kepalanya. Saat itu juga, memori malam tadi terus menjengah kepala. Nangis di bawah hujan, Khan datang, berpelukan, nangis lagi, kemudian gelap.

Dia... pengsan dalam dakapan Khan?!

"Kau balik dengan sorang laki ni, aku tak tahu nama dia apa tapi dia kata kau pengsan. Dengan basah lencun lagi. Aku takut juga dia buat benda pelik-pelik dekat kau jadi aku ada tanya dia beberapa soalan tapi... dia suruh aku yang tanya kau. Aurie, apa yang jadi malam tadi?"

Aurie menekup mukanya yang membahang kepanasan. Kepala diketuk beberapa kali. Bodoh kau, Aurie. Bodoh! Kenapa kau peluk mamat tu, kenapa kau menangis dekat mamat tu, kenapa kau pengsan dekat mamat tu?! Argh, Aurelia!!!

"Aku sempat juga tukarkan kau baju. Tak adalah kau tidur dengan baju basah gitu... kau dah kenapa ni?" Terpinga-pinga Isabela dibuatnya melihat tingkah Aurie yang seperti orang yang tidak siuman.

Aurie mengangkat muka dari tekupannya. "Lelaki tu ada cakap apa-apa tak?"

Isabela berfikir sejenak. "Ha... dia suruh kau WhatsApp dia kalau kau dah bangun."

Laju Aurie melilau-lilau mencari telefonnya. Disepahkan katilnya, dicampak selimut dan bantalnya. Aduh, mana pergi pula telefonnya ini?!

"Ya Allah ni ha telefon kau. Aku letak dalam beras malam tadi sebab telefon kau basah. Apa gelabah sangat ni?" Isabela menghulurkan telefon pintar milik Aurie terdampar di atas meja. Gadis itu terus merampas tanpa amaran.

Berkali-kali Aurie cuba untuk menghidupkan telefonnya, namun skrinnya tetap gelap pula. Punat on ditekan lama lalu yang terpapar di skrin hanyalah ikon yang menandakan telefonnya tiada bateri.

Aurie mengeluh kasar. Telefonnya dicampakkan ke tepi lalu rambutnya diselak kasar. Serabut! Itulah, muka tebal sangat menangis depan mamat tu tadi kan?

"Aku nak mandi. Kau caskan telefon aku boleh?"

Isabela mengganguk. "Pergilah."

______

DENGAN jantung yang berdebar-debar Aurie menapak turun dari hostelnya. Khan yang sedang bersandar pada motorsikalnya sambil bermakn telefon pintar dipandang dari jauh. Yang Aurie perasan, lelaki itu membawa dua helmet bersama. Kenapa?

"Tenang, Aurelia. Rileks je." ujar Aurie pada diri sendiri. Semangat dikumpul lalu akhirnya dia berjalan mendekati Khan.

"Aurie." Khan mengangkat kepala. Telefonnya disimpan ke dalam poket. Tumpuannya tertumpu pada Aurie di hadapan mata. Gadis itu sekadar berseluar slack dengan T-shirt hitam lengan pendek yang tersarung pada tubuh. Rambutnya pula diikatkan gaya ekor kuda. Mata Aurie yang sembap mengingatkan dia pada memori mereka malam tadi.

Aurie patut bersyukur dia ada, tahu? Kalau gadis itu pengsan di tepi jalan dengan hujan dan malam yang gelap itu? Tak ke orang ambil kesempatan? Dia pun boleh tahan gentleman juga, sanggup panggil grab dan tinggalkan motornya di tepi jalan semata-mata mahu hantar gadis itu pulang.

C | manis kopi, pahit tehМесто, где живут истории. Откройте их для себя