3. pelukan dan bahu untuk bersandar

277 42 0
                                    

DEBARAN mengasak dada. Aurie menarik nafas dalam-dalam. Tangannya yang menggeletar dibawa ke dalam genggaman. Pung-pang pung-pang jantungnya sekarang. Rasa seperti nafasnya pula yang semakin pendek.

Ini dia, Aurie.

This is it.

Inilah penentuan sama ada berbaloi atau tidak penat lelahnya selama sebulan lebih tidur tidak nyenyak, makan tidak kenyang dan mandi tidak basah. Komputer yang skrinnya ditutup menggunakan buku nota itu dipandang dengan jantung yang berdebar-debar.

Inilah penentuan sama ada dia akan terus hidup merempat atau kembali ke kediaman asalnya.

Aurie menenangkan diri sendiri terlebih dahulu. Kalau result kau tak okay, takpe kita boleh cuba lagi. Monolog Aurie sebagai penyedap hati. Apabila tenang sedikit debaran di dada, Aurie mulai mengira.

"1..."

"2...

"3!" Buku tadi dialihkan dari skrinnya. Nafas Aurie terhenti.

Shit.

"Aurie, aku dapat 4 flat!!!" Isabela merempuh masuk ke dalam bilik mereka dengan muka yang gembira dan nafas yang tercungap-cungap. Gadis itu melompat kegirangan sambil memeluk telefonnya ke dada lalu berpusing-pusing kemudian menghempaskan diri ke atas katil. Senyum punya lebar sampai ke telinga. Sementara Aurie, kaku di tempat duduknya.

"Ha, kau dapat berapa? Kita study sama-sama mesti mesti kau dapat 4 flat sekali kan?" Isabela mengangkat kepala. Keningnya terjongket-jongket. Alah, Aurie ini memang pandai orangnya. Dulu, Aurielah orang yang paling dia cemburui kerana prestasi gadis itu yang sangat mengagumkan. Apabila dimaklumkan dia bakal duduk sebilik dengan Aurie di hostel ini, sudah tentu dia tidak bazirkan peluangnya untuk belajar bersama-sama Aurie.

Tatkala Isabela mahu mencuri pandang komputer Aurie yang memaparkan laman web rasmi universiti itu, laju Aurie menutup komputernya secara kasar. Terkedu Isabela sejenak.

Aurie tergelak kekok. Dagu ditongkat beralaskan komputernya yang terkatup rapat.

"Er... aku tak adalah dapat 4 flat tapi sipi-sipi je lagi! Ha... sipi-sipi je lagi. Apapun, congrats Bel! Aku tahu kau work hard nak dapat pointer ni kan?" Wajah dimaniskan. Senyuman paksa ditarik agar terpapar di wajah. Menyembunyikan rasa terluka dan cemburunya yang mulai bertandang.

Ya... mereka berdua study sama-sama tapi kenapa keputusan mereka tidak sama? Mengapa... mengapa Isabela berjaya sedangkan dia tidak?

Tanpa sedar, hati Aurie terasa sakit.

Isabela tersenyum semula. Tubuh kembali terlentang di atas katil. Tersengih-sengih gadis itu sambil memandang siling. Apabila teringat akan sesuatu, Isabela membangunkan tubuh secara mendadak.

"Aku kena bagitahu mak ayah aku. Aku kena bagitahu aku mak ayah aku!" Dia melompat sambil mendail nombor telefon ayahnya. Aurie sekadar memandang dengan hati yang hiba.

"Ha, assalamualaikum ayah! Panggil mak sekali, yah. Ni, Bel nak bagitahu ayah, bel dapat 4 flat, yah!!!"

Aurie berdiri. Cemburu di hati sudah tidak dapat dibedung lagi. Daripada terus membiarkan hatinya membengkak, lebih baik dia pergi. Akhirnya dengan langkah yang berat Aurie beredar meninggalkan ruangan itu. Memberi ruang pada Isabela dengan berita baiknya.

______

PANG! Satu penampar sampai ke pipi Aurie.

"Apa ni? Result jenis apa ni?!" Papa mengoyakkan slip peperiksaan Aurie lalu dicampakkan ke wajah gadis itu.

"Ini result yang Aurie bawa balik rumah? Ini result yang Aurie tunjuk pada papa dan mama?! Memalukan, Aurelia! You brought shame to me!"

C | manis kopi, pahit tehTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang