epilog

575 57 16
                                    

UDARA segar yang menampar pipi dhirup sedalam-dalamnya. Kehangatan yang selalu dia rindui akhirnya melingkar di tubuh, menghadirkan satu rasa nyaman dalam jiwa. Tidak ada makna rumah baginya selain daripada tanah tumpah darahnya ini. Campaklah dia ke setiap negeri orang sekalipun, Malaysia juga akan jadi tempat dia kembali.

Sudah bertahun dia tidak pulang ke sini dan salah satu sebabnya adalah kerana takut dia tidak mampu kembali. Waktu pertama kali pergi pun Aurie sudah separuh mati, kaki seberat 1 tan lori, jaminan apa dia mampu untuk tinggalkan negara ini buat kesekian kali? Sudahnya, Aurie tidak pernah pulang untuk menjenguk, walau untuk papa dan mamanya sekalipun. Dia diam-diam hidup di Australia sehingga tamat pengajiannya.

Kini, dia pulang sebagai seorang doktor. Seperti yang papa minta.

Dan kini, khidmat Aurie di sana tidak diperlukan lagi. Maka, dia perlu kembali.

Banyak yang berubah dalam diri Aurie. Rambutnya yang pendek berparas bahu sewaktu pergi kini sudah panjang mencecah siku. Yang dulu merah, kini sudah luntur namun masih bersisa.

Hair hold memories.

Jadi Aurie tidak mahu memotongnya. Dia mahu simpan kenangan itu meskipun pahit. Tentu, ada terselit yang manis juga. Yang manis itu, tak lain tak bukan melibatkan seorang lelaki bernama Khan.

Khan.

Sepatah nama yang tidak pernah hilang dari fikirannya. Bukan dia tidak cuba untuk lupakan, bahkan berbagai-bagai lelaki sudah dia cuba dampingi tetapi semuanya tidak menjadi. Di dalam kepalanya pasti, "mengapa lelaki di hadapan aku bukan Khan?" ulang dan ulang.

Akhirnya Aurie menyerah. Dia mulai menerima hakikat bahwa tidak akan ada lelaki lain selain Khan. Hanya Khan.

Dalam ralitnya mengelamun seorang diri, tanpa sedar bahu Aurie dirempuh oleh seorang jejaka. Terpusing tubuhnya 180 darjah bersama beg tangan yang terlepas dari pegangan.

Saat Aurie mengangkat kepala, matanya bertembung dengan satu mata yang tidak pernah dia lupa.

Keredupan dalam tatapan itu, tak lain tak bukan milik...

"Khan." Sepatah nama itu diseru bersama debaran di dada. Satu susuk yang paling dirindui kini di depan mata, bertopi hitam bersama jaket hitam, memandangnya jauh menembusi diri Aurie.

_______

Langkah dilajukan. Topi hitamnya sesekali dibetulkan. Di sebalik hiruk pikuk orang ramai di luar balai pelepasan lapangan terbang ini, Khan terjenguk-jenguk. Lehernya dipanjangkan.

Debaran semakin mengasak dada. Sudah bertahun dia tidak bertemu dengan gadis itu. Berhubung apa lagi, langsung tidak mendengar sebarang khabar berita  setelah gadis itu pergi. Namun apabila dia dimaklumkan dengan kepulangan Aurie ke Malaysia, Khan bergegas datang ke sini.

Dia mahu jadi orang pertama yang menyambut Aurie.

Khilafnya berlari tanpa memandang kiri dan kanan, bahu seorang gadis dirempuh tanpa sengaja. Kaget Khan dibuatnya. Beg tangan gadis itu yang terdampar di atas lantai lekas-lekas diambil dan tatkala mahu dihulur pada gerangan si tuan empunya, tubuh Khan terkaku.

"Aurie." bisik hatinya.

Seakan dunia yang berhenti berputar, mereka berbalas pandangan lama.

_______

"So... how are things?" Seperti kali terakhir perbualan mereka, Khan memulakan dahulu bicara. Matanya tidak lepas memandang Aurie di depan mata. Banyak yang berubah dari segi penampilan gadis itu.

To już koniec opublikowanych części.

⏰ Ostatnio Aktualizowane: Feb 10 ⏰

Dodaj to dzieło do Biblioteki, aby dostawać powiadomienia o nowych częściach!

C | manis kopi, pahit tehOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz