"K-kenapa Tengku tanya macam tu?" aku rasa seperti nak buka langkah seribu lari dari sini, malu!

"I tak tahu apa yang berlaku antara you dan Aaron. Tapi I sebagai kawan baik dia yang dah kenal dia lama, I cuma nak cakap, ini kali pertama I tengok dia menangis macam tu. Dia macam orang hilang arah. I kesian tengok dia," terang Tengku Afham berjela, khuatirkan keadaan sahabat baiknya.

"Di datang mengadu dekat I dengan air mata berjurai-jurai. Mesti dia sayang sangat dekat you. You tak sayangkan Aaron?" Tengku Afham menyoalku lembut.

"Saya..." suaruku tersekat. Dadaku terasa sesak. Aku tak tahu nak jawab bagaimana. Aku teringat akan perempuan itu. Layakkah aku untuk mencintai Tuan Aaron? Jika dibandingkan aku dengan bidadari itu, aku hanyalah bubuk di celahan beras.

Tanpa kusedari air mataku jatuh ke pipi. "Maafkan saya..." kataku cepat-cepat mengelap air mataku.

Tengku mengambil tisu dan menghulurkannya kepadaku. "Ni air mata apa? Sayang ke benci?" Tengku Afham berteka-teki.

"Sayang..." bisikku spontan. Aku termasuk jeratnya.

'Tuan Aaron'

Mendengar namanya sahaja. sudah membuat hatiku berdebar-debar. Hati aku sudah mula mengenal tuannya.

"You hear that?" soal Tengku menjeling ke arah belakangku. Aku takut untuk menoleh ke belakang. Aku hanya keras membatu seperti tugu.

Tengku pun bangun dan berjalan ke belakangku. "I'll leave it to you. Jangan gaduh-gaduh lagi," katanya kepada seseorang di belakangku. Dan aku sangat pasti siapa gerangan orangnya.

Muka aku terasa panas. Sudah seperti sotong kena rebus!

*Srettt*

Kerusi di sisiku ditarik. Dia duduk di sebelahku. Aku menundukkan pandanganku. Jantung aku berdetak laju. Tapak tanganku sudah berpeluh. Aku baru sahaja membuat luahan perasaan tanpa sengaja. Semuanya sudah dalam perancangan Tengku! Sikit pun tidak keluar nama Heather sedari tadi. Aku sudah termakan tipu helahnya.

"Piqa... betul ke you sayang I?" soal Tuan Aaron di sebelahku teruja. Dia menarik jariku dan menguis-nguisnya.

Aku malu! Tuhan sahaja yang tahu betapa segannya aku ketika ini. Jantung aku sudah membuat larian pecut 100 meter tanpa persetujuanku.

"Piqa...?" dia memiringkan kepalanya mencari mataku.

"S-sayang..." bisikku. Jantungku bagai nak tersembul keluar. Tuan Aaron menggenggam tanganku erat.

"Apa dia? Tak dengar..." kata Tuan Aaron perlahan.

"Saya sayang Tuan Aaron," jawabku terang dan jelas. Tuan Aaron tersenyum lebar dari telinga ke telinga mendengar pengakuanku.

Dia menarik daguku hingga kami bertentangan mata. "I pun sayangkan you. I love you so much Piqa..."

Kelihatan air jernih bertakung di dalam kelopak matanya membuatkan aku yakin dengan kebenaran kata-katanya.

Ah... Aku sudah dilamun cinta.

Kini yang tinggal hanya penerangan dari Tuan Aaron. Siapa perempuan tu? Kenapa dia begitu mesra dengan Tuan Aaron? Betul ke mereka sudah bertunang?

****

Aku merenung tanganku. Tuan Aaron menyilangkan jarinya dengan jariku. Tanganku tidak dilepaskan setiap kali kami berduaan. Dia memandu kereta dengan sebelah tangan. Nampak begitu kacak dan bergaya pandangan dari sisinya. Kelihatan tulang rahangnya yang seksi, serta tahi lalat di lehernya. Rambutnya sedikit terjurai mengenai matanya. Kecur air liurku melihatnya.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now