“Dia takde cakap apa-apa pun kat aku,” kataku hairan.

“Oo.. Emergency mungkin,” balas Heather.

Aku diam termenung. Bukan maksud aku untuk mencampuri urusan peribadinya. Tetapi sekurang-kurangnya bagitahu lah aku kalau kau nak tinggalkan aku jauh. Aku memuncungkan bibirku sedih.

“Kau teman aku okay?” Heather memujukku.

“Hmmm.. Yelah yelah… lepas lunch kan?” soalku. Makanan lebih penting untuk meneruskan hidup. Heather mengangguk mengiakan soalanku. Dia pun beredar kembali ke tempatnya.

“Buah hati kau tinggalkan kau ke?” sindir Amir.

“Kenapa kau nak sibuk?” cebikku.

“Elok jugak. Boleh aku jaga kau. Aku serius nak rampas hati kau dari dia.” Amir tersenyum sinis membuatkan aku tergamam.

“Kau kalau tak buat hal tak boleh ke?” bentakku.

Aku menoleh dan ternampak dia tersenyum memandang skrin komputer di hadapannya. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket bajunya dan mengeluarkan dua jari berbentuk hati yang disuakan ke mukaku.

Aku memusingkan anak mataku. Rasa seperti nak terkeluar isi perutku dengan loyar buruk Amir. Geli lah! Nak termuntah aku.

“Nah. Assignment semalam. Kau copy paste je lah.” Amir menghulurkan kepadaku beberapa helaian kertas kerja yang di susun rapi.

Aku selak sehelai demi sehelai. Terbaik lah! Semua dah siap. Aku tersengih-sengih ke arah Amir. “Aku pinjam ek?” Amir tersenyum dan mengangguk kecil.

Geram tu geram jugak. Tapi kalau bab kerja kau lah harapan, kau lah penyelamat aku Amir. Sejak kebelakangan ini prestasi kerja Amir semakin meningkat. He was born genius!

“Piqa…,” panggil Amir.

“Hm?”

Dia mengetuk-ngetuk jarinya di pipinya, “Takde kiss ke? Takkan percuma je?”

“Eh kau ni. Jangan nak mengada lah! Kejap lagi aku belanja kau makan. Hish!” menggeletik seluruh badanku menahan geli.

“Eleh buat-buat geli konon. Aaron kau tak geli?”

Hah?

Aku mencampak pen di tanganku tepat ke dahinya. “Haaa… tu kau punya geli!” Rasakan! Geram betul aku dengan mulut Amir yang tiada lesen itu.

“Aduh! Hiss…” Amir meringis kesakitan. Dia menggosok-gosok dahinya yang merah berbekas.

“Belanja makan pun jadi lah. Janji kau luang masa dengan aku.”

Aku menggelengkan kepalaku. Banyak akal betul Amir ni. Berdenyut otak aku melayannya. Makin dilayan makin menjadi-jadi!


****

Mommy! Aaron tak nak lah Mommy!” bentakku tidak setuju.

“Tapi Mommy dah setuju untuk kamu bertemu dengan Melissa, anak Dato' Kusyairi.”

Mommy tak boleh buat macam ni. I have my own life!” aku bercekak pinggang.

Mommy ada Aaron je. Tak boleh ke tunaikan satu-satunya permintaan Mommy ni?” pujuk ibuku. Dia suka menggunakan buah yang sama. Balik-balik sebab aku lah satu-satunya waris yang dia ada. Sungguh aku lemas!

I’m sorry but this time I won’t reciprocate,” balasku tegas. Aku bergegas balik ke London kerana ibuku kata ada hal mustahak untuk di bincangkan. Tidak aku sangka rupanya pasal jodoh.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now