"Piqa. Come to my office. Bring all the files," arah Tuan Aaron dengan suara mendatar berlagak profesional. Heather tersengih-sengih menyiku lenganku. Aku siku lengannya semula. Bermula la adegan siku-menyiku antara aku dan Heather.

Aku membuntuti Tuan Aaron hingga ke dalam bilik ofisnya.

*Click*

*Tap*

"Err... kenapa Tuan kunci pintu?" soalku panik memandang ke arah pintu.

Tuan Aaron menghadapku. "Amir ada ganggu you ke?"

"T-takde..." aku tak sampai hati nak ceritakan hal sebenar kepada Tuan Aaron.

"Hmmm..." badannya dibongkokkan sedikit. Dia mengusap bibirnya sambil memerhatikanku. "Then kenapa you two bergaduh semalam?"

"Aaa... M-mana ada! Takde gaduh. Ha, takde..." jawabku menggelabah.

"Hm?" mukanya dirapatkan sedikit lagi nak menyentuh pipiku. Terlalu dekat hingga jelas kelihatan satu tahi lalat di celahan kolar leher bajunya. Ahh... Seksi sungguh ciptaan Tuhan...

Aku dah habis mengecut dah ni. Kau nak datang rapat sampai ke mana lagi? Sudah tiada tempat untuk aku mengelak.

*DUB*

Badanku sudah melekat mengenai dinding. Dia mencapai daguku. Mukanya kelihatan bercahaya. Sangat terang dan menyilaukan mataku. Ketampanannya membuatkan lutut aku lemah longlai bagai tercabut skru. Tak aci betul!

"Tuan Aaron. Janganlah macam ni. Saya segan lah..." kataku memalingkan wajahku ke sisi.

Dia mengambil tapak tanganku dan diletakkan di tengah-tengah dadanya. "Me too..." bisiknya di telingaku. Tanganku bergetar mengikut degupan jantungnya yang berdenyut teruk.

*Chup*

Satu ciuman lembut mendarat dipipiku. Mataku terbuka luas tiada berkelip. Tanganku menolak dadanya perlahan. Tapi Tuan Aaron menekan badannya kembali. Setiap hela nafasnya menyapa pipiku.

"T-tuan Aaron... please..."

Tangannya terus merangkul pinggangku tanpa mempedulikan kata-kataku. Dia membenamkan mukanya di bahuku. Aku mematung tidak tahu respon apa yang terbaik aku patut buat ketika ini. Segan namun ada satu perasaan berbunga-bunga yang sukar aku gambarkan.

Terasa bahagia juga bila disayangi begini. Tapi betul ke dia sayang aku? Aku rasa seperti sukar untuk mempercayainya. Kenapa aku?

Selang beberapa ketika dia membuka pelukannya dan melangkah setapak ke belakang. Tangannya memegang kedua bahuku. "Actually... I tahu Amir pun sukakan you. I dapat agak setiap kali tengok dia mesra dengan you. But I'll fight fair and square," katanya dengan muka bersungguh-sungguh.

Mesra?

Tu bukan mesra Tuan Aaron. Itu satu pembulian! Aku menelan air liurku. Terasa seperti berada di tengah-tengah medan perang yang mana aku sebagai pertaruhan!

****

*Ringggg Ringggg*

"Piqaaa... fon kamu berbunyi ni!" panggil ibuku dari ruangtamu. Aku mengeringkan tanganku selepas siap membasuh pinggan di dalam sinki.

"Kau buat apa tu Piqa?"

"Assalamualaikum," jawabku.

"Wa'alaikumussalam."

"Ooo Islam... Ha, ada apa kau call aku malam-malam ni?" soalku menyampah.

"Hehe... pasal assignment yang Encik Saiful bagi siang tadi. Kau dah buat research ke?"

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now