"Kenapa Tuan tanya macam tu?"

"Sorry... I tak sengaja terdengar perbualan you dengan Amir pagi tadi."

"Erm..."

Perlukah aku ceritakan kisah perit aku kepada Tuan Aaron? Hatiku berbolak-balik.

"Kalau you taknak jawab pun takpe. I..."

"It's okay...," pintasku. Aku rasa seperti aku tak mahu menyimpan sebarang rahsia lagi dengan Tuan Aaron. Inilah kali pertama aku terbuka hati untuk berkongsi sisi dukaku bersama orang lain. Kerana aku percayakan Tuan Aaron.

"Actually... Amir pernah berjanji dengan saya masa sekolah rendah. Dia janji untuk mengambil saya jadi isteri dia bila dah besar," aku menelan air liurku, "tapi bila dah terlajak besar ni, dia macam dah taknak dah saya. Hehe..."

Tuan Aaron tekun mendengar luahanku. Dia berdiam diri tidak mencelah bagi memberi peluang untukku meluahkan perasaanku.

"Jadi sekarang saya jadi takut untuk menyukai mana-mana lelaki lagi. Saya takut untuk berharap lagi. Jadi kalau Tuan tanya saya suka Amir ke tak... Yes. I did like him. Tapi sekarang saya dah tak pasti," terangku tulus dan ikhlas.

"Jadi I ada peluang lah?" soalnya.

"Peluang? Peluang apa tu Tuan Aaron?"

"You'll know... Ehem... By the way, esok you busy tak?"

"Esok... esok... takde apa-apa kot. Kenapa Tuan Aaron?" soalku pelik.

"I jemput you pukul 10 pagi boleh? Ada tempat I nak bawak you."

"Tuan nak ajak saya date ke? Hahahaha..."

"Erm..."

"Haha... ha..." aku mengetuk-ngetuk dahiku. Apa kau merepek ni. Ni mesti pasal kerja. "S-sorry... boleh Tuan. Esok pukul 10 saya dah tercegat depan pintu. Hehe..."

"Good."

****

Aku mengatur beberapa helai baju di atas katilku. Ini kali pertama aku keluar bersama perempuan sepanjang hayatku di luar waktu kerja. Jantung aku berdebar-debar. Aku tak mahu kelihatan over. Tapi tidak juga mahu kelihatan selekeh di hadapan Piqa.

"Ermmm..." Aku mengusap-usap daguku. Aku capai telefonku di atas meja sisi.

"Afham. Which one is better? Gray or blue?"

"Blue! Wait! Kau pehal tiba-tiba call aku tanya colour ni?"

"Oo.. Right.. Thanks!"

"W-w-wait! Wooii..!"

Aku memutuskan talian. So, blue it is. Aku terus mengenakan kemeja lengan panjang berwarna biru navy dan seluar jeans berwarna dark brown. Aku membiarkan beberapa butang bajuku tidak berkatup. Aku harap Piqa suka. Aku menyembur beberapa das perfume chanel ke tengkuk dan pergelangan tanganku.

Aku berdiri di hadapan cermin. Hair, set. Baju, set. Aksesori? Hmm... Aku mengambil rantai tangan silver di dalam laci dan memakainya di pergelangan tangan kiriku dan jam tangan pada belah kanan. OK, perfect!

Fuh! Jantung aku makin berdegup kencang tidak keruan. Aku menampar-nampar pipiku.

"Let's go Aaron!" aku mengangguk kepada biasan wajah di hadapanku.

DIA MILIKKU (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat