Tengku Mikail & Cinta Mikayla |17

Start from the beginning
                                    

"Aku syak dia tidur dibilik lain." Omel Nazrin.

"Arghh jenuhlah nak cek setiap satu bilik. Boleh kantoi kalau macam tu." Celah Bidin.

"Aku baru je plan nak lunyaikan perempuan tu malam ni. Ish!" Sambung Bidin lagi. 

Sedang mereka rancak berkeluh-kesah seperti itu, Encik Arabath sudah mula ingin membuka langkah dibelakang mereka.

Pap!

Encik Arabath menghayun kuat kayu golf itu tepat-tepat mengenai kepala si Bidin. Dek hentaman dari kayu yang bercampur besi itu membuatkan Bidin terus menggelupur jatuh ke lantai, tidak sedarkan diri.

Ramli dan Nazrin terus memusingkan badan mereka mengadap Encik Arabath. Terperanjat sakan mereka apabila melihat Bidin sudah terbaring kaku dilantai.

Encik Arabath cuba untuk menghayunkan kayu golf itu sekali lagi untuk memukul Ramli, namun dengan tangkas, Nazrin menahannya. Mereka berdua bergelut buat seketika. Kali ini Encik Arabath cuba untuk mencekik Nazrin menggunakan kayu golf itu apabila Nazrin sudah mula rapat didinding.

Muka Nazrin sudah mula pucat dek kerana sukar bernafas. Tanpa berfikir panjang, demi melindungi rakan, Ramli terus mengeluarkan pisau rambo yang terselit dibelakang tali pinggangnya. Lalu, pisau itu dihunus tepat ke pinggang sebelah kanan Encik Arabath.

"Ya Allah!" Raung Encik Arabath.

Encik Arabath terus meringis kesakitan. Menggigil badannya kini apabila rasa sakit itu sudah mula menjalar hingga ke tulang hitam.

Zap!

Pisau itu dicabut dan dihunus kembali ke perut Encik Arabath. Encik Arabath terus jatuh ke lantai.

"Padan muka kau orang tua!"

Puih!

Ramli terus meludah ke atas muka Encik Arabath yang sedang meringkuk kesakitan itu.

"Abang!" Tempik Puan Soffea diluar bilik. Matanya terbuntang apabila melihat suaminya yang sudah mula berlumuran darah itu. Yang lagi membuatkan dia terkejut adalah kemunculan lelaki-lelaki yang berbadan sasa dan bertopeng itu.

Nazrin terus menarik kasar Puan Soffea masuk ke dalam bilik. Lalu, tanpa sebarang amaran, leher Puan Soffea terus dikelar dengan pisau rambo. Terpancut-pancut darah keluar dari luka dileher Puan Soffea. Tidak cukup dengan itu, Nazrin menikam dada Puan Soffea bertubi-tubi.

Dia terpaksa membunuh Puan Soffea untuk mengambus kerja buatnya. Jika dibiarkan Puan Soffea hidup, mahunya mereka ke tali gantung nanti. Pada akhirnya, Puan Soffea menghembuskan nafasnya yang terakhir sambil menatap suaminya yang terbaring disebelahnya.

Nazrin dan Ramli terus memapah Bidin keluar dari bilik dan rumah agam itu sebelum hari menjadi cerah.

"Pia! B-ba-ngun Pia. J-ja-ngan ti-tinggal-kan a-abang." Dengan kudrat yang masih tersisa, Encik Arabath mengesot perlahan ke arah isterinya yang terbaring kaku. Mata isterinya masih terbuka luas menatapnya.

"Pia!" Encik Arabath mula menangis. Isterinya sudah berhenti bernafas. Mata yang terbuka luas itu diraup lembut agar tertutup kembali.

Isaac's Painful Destiny (C)Where stories live. Discover now