Kemudian berita palsu tentang aku makin tersebar luas hingga aku terpaksa berhenti kerja di situ kerana tak sanggup lagi menanggung malu dituduh begitu.

Ketika itu Afham banyak membantu aku untuk bangkit semula. Afham juga merahsiakan lokasi aku daripada semua orang kerana tidak mahu aku diganggu oleh Ayu lagi.

Sejak dari itu aku sudah tidak bertemu lagi dengan Ayu. Tapi kenapa sekarang dia muncul kembali setelah hampir 10 tahun berlalu?

*Tok Tok*

"Tuan Aaron, meeting dah nak mula ni," tuturan dari bibir Bella menarik aku semula ke alam realiti.

"O-okay. 5 minutes!" balasku kepada Bella seraya mengangkat tapak tanganku dan menguncup-nguncupkan kelima-lima jariku.

Apa yang Ayu buat di pekan kecil ini? Aku sudah mencuba untuk mengelak daripada menerima tawaran dari mana-mana syarikat-syarikat ternama di ibu kota hanya kerana aku tidak mahu bertembung lagi dengan sejarah hitamku, Ayu.

Sejak kejadian itu aku langsung tidak percaya lagi pada kata cinta. Mudahnya seseorang mengungkapkan cinta. Hingga lupakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya. Aku fokuskan diriku dengan kerja. Hingga aku berjaya sampai ke tahap ini.

Aku tak pernah merasa suka atau cinta kepada sesiapa. Sepanjang hayatku tidak pernah lagi ada perempuan yang boleh membuka pintu hatiku yang sudah terkunci rapat. Namun ada satu nama yang menarik perhatianku.

'Syafiqa'

Dialah satu-satunya gadis yang bisa membuatkan pendirianku mula goyah. Tetapi aku tidak pasti apakah perasaan aku terhadapnya hanya ilusi atau halusinasi.

Aku lemas di dalam lautan kecelaruan yang aku bina sendiri. Aku berharap ada tangan yang dapat menarikku keluar dari kebuntuan ini.

"Puan! Puan tak boleh masuk ke dalam bilik ni tanpa temujanji!"

Aku terdengar kecoh suara manusia di luar bilikku. Apahal pulak ni? Bukan ke semua orang ada dalam bilik meeting?

*BAM*

Pintuku ditolak keras hingga terbuka luas. Aku lihat tercegat seorang wanita yang sedang ditarik lengannya oleh Heather dan Piqa di hadapanku.

"Ayu..."

****

"Weh. Siapa perempuan tadi?"

"Aku ndak tau," balas Heather.

"Entah-entah ex Tuan Aaron tak?" duga Amir berbisik kepadaku.

"Hmm.. Setahu aku dia tak pernah ade makwe," terangku kepada Amir.

"Kau biar betul! Muka handsome cukup sifat macam tu takkan tak pernah couple kot?" kata Amir tidak percaya.

Aku mengangkat bahuku. Aku pun susah nak percaya. Tapi itulah hakikatnya.

"Korang buat apa ni berkumpul ramai-ramai? Dah takde kerja ke nak buat?" Encik Saiful melangkah masuk ke dalam ofis. Matanya memanah tajam kearah kami bertiga.

Kami segera bersurai dan balik ke meja masing-masing. Heather memuncungkan bibirnya ke arah Encik Saiful. Mulutnya terkumat-kamit. Aku cuba membaca bibirnya.

"Kau-cuba-tanya-Encik-Saiful-sana," bisikku mengikut gerak bibir Heather yang mungil itu. Kau gila? Taknaklah aku!

"Dah-dah! Sambung buat kerja!" Aku menggerakkan bibirku dengan harapan Heather memahaminya. Heather pun akur dan memulakan tugasannya semula. Kau paham ke? Aku kagum sekejap.

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now