part 1: beginning

18 2 0
                                    

" sape tak siap kerja semalam , sila bangun" Puan Norma dah menyinga dahh.

Mati aku , sepatutnya semalam  aku siapkan sejarah , mana aku tau cikgu zack tak nak kutip kerja bahasa melayu semalam , kalau tak aku tak buat la kerja bm , aku buat sejarah jerr.

aku bangun dari duduk sambil menutup mata , Ya Allah tolonglah ada orang lain yang tak siap jugak .

Aku slow-slow bukak mata aku dengan harapan aku tak keseorangan .

Cis .

Aku sorang .

lagi.

Aku nampak Puan Norma macam dah nak terkam aku .

"Elees !! Hari ni pon awak tak siap lagi kerja saya !!, awak ni memang pemalas la !! apa yang awak buat masa prep kat asrama semalam !! awak sedar tak yang awak nak SPM tahun ni , cuba la serious sikit ! jangan main- main, kalau result tu cantik takpe , ni tak dan blallablablablablalalalallall......"

Aku

Tak

Nak

Dengar.

Dah nama pon kerja dia , kenapa aku nak kena siapkan .

" Apa awak cakap Elees ?!!!"

fuck aku cakap kuat ker tadi .

" takde pape cikgu , sorry cikgu"
Kau ni lees cuba la kawal mulut kau , tengah serious ni tauu.

Dan Puan Norma pon terus dengan bebelannya ...

Sampai lah habis masa Sejarah..





~~~~~~~------~~~~~~~------~~~~~~~

" kau ni lees asal tak siap kerja sejarah kau tau kan cikgu Norma tu memang tak ngam ngan kau , buatla---"

" kau jangan nak sambung membebel kat aku eh , dah penat dah telinga aku , tolong bagi dia rehat kejap bolehh"

Aku tutup mulut Aikha , bestfriend aku daripada terus membebel , ni semua sebab dia kalau dia tak provoke aku cakap yang cikgu zack nak kutip homework semalam memang aku sempatla buat kerja sejarahh. Tapi apakan daya , aku takleh gaduh ngan Aikha , bestfriend aku kot.

" haihh kau nii , ha jomlah balik, kau nak gi makan kat demma (dewan makan)  tak ?" Aikha memikul begnya dan menunggu aku di depan pintu kelas.

"Nak , tapi jom singgah koop dulu , nak beli aiskrim" Aku sengih menampakkan gigi , Aikha ni pantang kalau aku makan aiskrim banyak-banyak , tadi time rehat aku beli pon bising .

" kau nii kannn .. haihh ,  cepat la nanti tak sempat lakk , kang koop tutup" Aikha mengurut dahinya , nampak cam fedup jer nak jaga aku.

Aku pon mengemas barang cepat-cepat dan memasukkan dalam beg sekolah . Aku terus bangun dan menutup suis kipas memandangkan aku dan Aikha orang terakhir keluar kelas dan menutup pintu kelas , pintu kelas kena tutup , kalau tak ada kucing masuk dan tinggalkan 'hadiah' kat lantai kelas , Aikha selaku pelajar yang paling bertanggungjawab la yang selalu kena cuci .

Ada la jugak kadang- kadang pelajar lelaki yang cuci.

Kalau ikutkan semalam kali ke-9 kucing tu tinggalkan 'hadiah' .

ehh cakap pasal ni pulak kiter lupa pulak pasal aiskrim .

" dah jom " Aikha mengikut aku dari belakang . Sampai sahaja di koperasi , aku terus pergi ke peti aiskrim .

" wehh merry duck ker wonderlime? "
aku mengangkat dua aiskrim yang berperisa vanilla dan menunjukkan kepada Aikha.

" tak muak ke ? asyik aiskrim sama je kau ni , ambik yang lain , jangan risau aku belanja "

Aikha ni macam tau-tau je aku nak berjimat bulan ni. Maklumlah merry duck dengan wonderlime tu 70 sen je , sebab tu aku ambik yang tu .

Aku terus mengambil aiskrim tiger cup yang berharga RM1.20 dan menunjukkan kepada Aikha .

Aikha tersenyum nipis dan terus ke kaunter untuk membayar.


Sayang Aikha.



-------~~~~~~~~



" weh kau tengok tak tadi makan apa petang ni kat whiteboard tu ?"
Aikha memikul semula begnya setelah selesai makan , Walaupun lauk Ikan Tenggiri Masak Kari ni jadi musuh pelajar asrama , tapi kalau dah lapar , Aku ngan Aikha baham jerr.

" Rasanya ayam masak merah ."
Aikha terus mengangguk . Kami terus berjalan menuju ke blok asrama kami . Blok c ataupun blok Cempaka . Sekolah ni bukanlah sekolah berasrama penuh cuma ada menyediakan asrama untuk pelajar yang tinggal jauh dari sekolah . Blok asrama perempuan ada 3 manakala blok asrama lelaki ada 1 sahaja . Tapi blok lelaki memang panjang .

Kalau gabung blok perempuan pon tak sepanjang tu . Disebabkan pelajar lelaki duduk dalam  1  blok sahaja , ukhuwah diorang memang mantap , sedangkan pelajar perempuan yang berlainan blok mengikut batch ni tak banyak bergaul dengan pelajar berlainan batch.

Sampai sahaja di hadapan blok Aikha masuk ke dalam musolla yang berada di tingkat bawah sekali blok asrama kami

eh dah macam asrama ni aku punya lakk .

Aikha keluar dengan membawa sepasang telekung , kitorang pon terus  naik ke tingkat atas sekali tempat terletaknya dorm kami .

sediakanlah telinga anda sekalian...

eh lupa korang baca bukan dengar . HAHHAHAHAHHA.

Baru je lepas susun kasut dah berbunyi dah lalakan budak - budak hingusan yang tak berhingus daripada dorm cempaka 6 .

Dorm aku .

Dan untuk pengetahuan korang , aku ialah ketua dorm .

Jadi faham-faham la kan macam mana anak buah aku boleh jadi macam tu .

" woiii !!!! asal lambat naik!!! "
speaker dah berbunyi.

" ummi jangan jerit boleh tak ? "
Aikha menutup telinganya yang berdesing .

" ok fine , hah asal lambat ?"
ummi ataupun Ummi Aida mengulang semula soalan tadi dengan intonasi yang lebih lembut .

" pergi makan dulu la , korang tak makan ann?"
Aku menuding kearah Ummi.Diorang ni bermusuh betul dengan ikan . haihh

Ummi terus menggeleng dengan senyuman .

Masuk sahaja aku kedalam dorm aku nampak semua kawan aku mengerumuni depan katil aku . Macam tengah tengok something .

Jangan cakap kucing berak depan loker aku .

" wehh asal ni?"

" weh lees kau ada secret admire siakkkk" Jen ataupun nama sebenar ,  Alia , entah macam mana melekat nama jen .

Aku terus menolak manusia-manusia di depan katil aku , terlihat ada 3 kotak besar tertulis nama aku , kotak yang di atas sekali tertulis ayat .

' Hope you like it love '

macam pernah dengar gelaran ni .

Kat mana ehh?

jangan

cakap

" what the f***!! mamat ni nak apa lagi siall!!"















HIMWhere stories live. Discover now