Suasana di dalam ofis riuh-rendah macam di pasar ikan! Semua kelam-kabut. Ada yang sedang menjawab panggilan telefon. Ada yang menaip di depan skrin komputer. Ada juga yang kehulu kehilir, aku pun tak pasti apa yang dibuatnya. Aku mengelak-ngelak dicelah-celah trafik manusia di hadapanku menuju kepada Saiful.

"Saiful. You tolong I semak kertas kerja dekat bilik I kejap lagi OK?" arahku kepada Saiful.

"OK Tuan."

"Tuan. Ni auditnya," Heather menghulurkan kertas audit yang di susun di dalam fail lutsinar.

"You dah buat semakan ke?" soalku. Aku tidak suka jika kerja yang dilakukan cincai-cincai janji siap. Nanti lebih banyak kerja yang perlu dibuat. Satu salah, habis yang lain ikut salah seperti domino yang jatuh berturutan satu-persatu.

"Dah Tuan. Sa sudah double, triple check Tuan."

"Good," balasku sambil mengangguk kecil.

"Semua orang! Hari ni OT ye?" arahku mandatori sambil berjalan menuju kembali ke pintu.

"Alaaa bos.. Again?" terdengar keluhan bergema di dalam ofis.

"Selesai semua nanti I belanja all of you makan di Me'nate! Setuju?" aku mencampak umpan. Harap-harap mengenalah.

"Setujuuuuu!!!" semua menjawab serentak. Ada juga yang memukul meja seperti drum tanda setuju. Raut wajah masing-masing kembali ceria. Semua orang bangun mundar-mandir menyibukkan diri.

"That's the spirit!" getusku di dalam hati.

Saiful hanya tersengih melihat gelagat semua orang. Sebagai manager, kerjanya juga tak kurang mencabar berbanding aku. Balik lewat itu perkara biasa. Alah bisa, tegal biasa. Kami sudah masak dengan selok-belok kerja di syarikat ini.

Ada ketika kerjanya relaks. Ada masanya seperti taufan yang melanda. Terlalu banyak kerja hingga tak menang tangan dibuatnya. Seperti sekarang. Namun semuanya bermusim. Selepas hujan dan ribut pasti akan ada pelangi.

Bertabahlah semua. Hari ekspo nanti adalah kemuncak kesibukan kita. Selepas itu kerja seperti biasa semula. Boleh pulang awal seperti biasa.

"Saiful. Jom!"

Saiful menggalas begnya kemudian berjalan mengikutku kembali ke bilikku.

"Tuan. Piqa masuk kerja hari jumaat ni. Elok jugak dia dah masuk. Kita kekurangan kaki tangan sekarang. Bukan kaki tangan je. Habis semua anggota kurang kalau begini gaya," kata Saiful berjenaka memandangkan kerja begitu banyak menggunung.

"Aa.. Tau.."

"Eh? Tuan tau? Tau dari mana?"

Uhh... Aku terlepas cakap!

"Erm... tak, Maksud I, I tau kita kurang kaki tangan?"

Saiful menggaru-garu keningnya. Harap-harap dia tak perasan lah. Kebelakangan ini aku seperti hilang tumpuan apabila membabitkan perihal Piqa.

Aku menampar-nampar pipiku.

"Fokus! Fokus!"


****

Aku melangkah masuk ke dalam ofis. Apa benda ni? Aku lihat suasana seperti perang dunia ketiga!

"Korang! Piqa dah balik!!" jerit Heather. Semua memandang ke arahku dengan mata bersinar-sinar penuh harapan. Amir meluru kepadaku dan menarik tanganku ke meja. Aku terpinga-pinga diheret Amir.

DIA MILIKKU (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt