Aku mencengkam seluarku. Tanganku terketar-ketar menahan sebak. Selama ini aku banyak memendam rasa. Banyak mengalah. Namun apabila dimarahi begini, hati aku mula goyah. Ketabahanku mula patah.

Kau apa tahu? Kau hidup dengan rupa paras yang sempurna. Serba-serbi indah. Aku sedar diri aku siapa. Sebab tu aku biarkan sahaja.

"Err Piqa? You menangis ke?" soal Tuan Aaron sedikit panik. "I'm so sorry Piqa. I didn't mean to hurt you. I cuma tak suka bila you diperlakukan macam tu. Sorry I emosi. You did nothing wrong."

Aku memalingkan wajahku ke luar tingkap. Akhirnya air mataku jatuh jua. Aku menyedut hingusku. Namun mulut aku terkunci kerana menahan kesedihan mengenangkan nasibku yang malang ini.

Tiba-tiba tangan Tuan Aaron memegang tapak tanganku. Terasa hangat kulitnya di tanganku.

"I'm going to protect you," katanya sambil melemparkan pandangan kosong ke depan. "I don't care what they think, to me, you're perfect." dia mengusap-usap tengkuknya.

Aku terkejut mendengar perkataan yang keluar dari mulut Tuan Aaron. Bunyinya seakan confession? Tapi yang lagi mengejutkanku, dialah satu-satunya insan yang menerima aku seadanya. Sepanjang hayatku semua orang hanya menuding ke arah kelemahanku.

Hati aku sakit. Aku sudah terlalu penat. Penat dengan drama sekeliling. Penat kerana tidak dapat menjadi yang terbaik. Penat dengan kehidupanku. Tapi aku tak mahu kelihatan dramatik, lemah dan seperti meminta perhatian.

Jadi aku pendamkan segalanya di dalam hatiku. Berpura-pura seperti semuanya sempurna tetapi menangis sendiri di waktu malam. Supaya semua orang menganggap aku lah insan paling bahagia yang mereka kenali.

Supaya orang lihat aku seperti tiada masalah dan semuanya perfect. Kalaulah mereka tahu kebenarannya..

Aku mula menangis teresak-esak tanpa menghiraukan kehadiran Tuan Aaron disebelahku. Dia menggenggam erat tapak tanganku. Aku keluarkan segala kesedihan yang terbuku selama ini.

Tuan Aaron setia menungguku disisi. Dia tidak berganjak juga tidak bersuara. Dia membiarkan aku menangis di tepinya. Sesekali dia meramas-ramas tapak tanganku.

Setelah beberapa ketika, tangisan aku pun kembali reda. "Have you cooled down?" soalnya lembut. Aku mengangguk-angguk kepalaku. Terasa segan pulak. Tadi menangis tak ingat dunia.

"You can go home now for today. Go fetch your bags and come down. I hantar you balik," katanya sambil mengusap tanganku lembut.

"Eh takpelah Tuan Aaron. I okay," jawabku cuba berlagak kuat.

"Takkan you nak kerja dengan muka sembab macam tu. Mata pun dah bengkak. Lagipun sikit lagi dah nak balik ni. Dah dah. Cepat pergi ambil your belongings," arahnya lagi.

Aku akur. Dia bos ke aku bos? Jadi aku ikutkan je lah. Dia menghantarku pulang hingga ke depan pagar rumahku.

"Esok I datang ambil you," pesannya sambil tangannya mengusap belakang kepalaku. Kenderaanku berada di ofis.

"Takpelah Tuan. Saya boleh naik grab," kataku.

"Shhh..." Tuan Aaron meletakkan jari telunjuk dibibirnya yang sedikit merah jambu itu. "I'll be here by 7," katanya kemudian berlalu pergi.

Aku pun melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Apa yang berlaku tadi? Aku rasa macam mimpi. Kenapa dia cakap macam tu?


****


Hari ini aku menaip keyboard di depanku seperti biasa. Tetapi fikiranku melayang. Amir tak bercakap denganku dari pagi tadi.

"You dah revise pelan blok A?"

"Oh Andrew. Emm... Sikit lagi nak siap dah ni," jawabku. Andrew membongkok melihat skrin.

Andrew adalah rakan sekerjaku juga merupakan seniorku di dalam ofis ni. Andrew seorang jejaka berbangsa cina.  Lebih tua dariku. Penampilannya kemas dan sentiasa berbau harum. Dia ditugaskan untuk memantau kami budak baru.

"Yang ni you kena kenal pasti dulu sisi-sisi yang memberi informasi tentang tinggi, lebar dan kedalaman objek," terang Andrew petah berbahasa melayu.

"You nampak garisan unjuran ni?" Soalnya. Aku mengangguk-angguk. "Ini unjuran dari setiap sisi pandangan atas dan yang ini pandangan sisi," sambungnya lagi panjang lebar sambil jarinya yang runcing itu menunjuk ke arah skrin.

Otakku laju memproses asas-asas yang aku belajar ketika di universiti dulu. Andrew banyak membantu aku sepanjang kerja di sini.

"Nanti kalau ada apa-apa yang Piqa tak faham, bagitahu saya ye?" Andrew senyum kepadaku. Senyumannya sungguh manis. Matanya pula tidak sepet seperti rakan-rakan cina yang ku kenal. Mungkin ada mix?

"Okay," jawabku. Masih ramai lagi insan yang berhati mulia di atas muka bumi ini. Ini memberi sedikit sinar untuk aku meneruskan kehidupan.

Aku menyambung kembali kerjaku. Kemudian aku merasakan haba badan seseorang terpacak disebelahku. Aku boleh agak dah siapa.

"Kau nak apa Amir?" soalku tidak menoleh kepadanya.

"Piqa... aku mintak maaf. Aku niat nak bergurau je. Tapi mungkin gurauan aku melampaui batas. I did something terrible," bisik Amir tertunduk. Dia menguis-nguis jarinya.

Tahu pun kau melampau. Masa buat tak fikir. Otak tinggal di rumah gamaknya.

"Kau maafkan aku tak? Aku janji aku tak buat lagi," kata Amir mengangkat tapak tangannya separas bahu seperti bersumpah.

"Yelah. Aku maafkan kau. Dah lah. Tak payah lah kau nak buat drama pulak kat sini. Nanti apa pulak orang dalam ofis ni cakap," jawabku.

Muka Amir yang pucat sebentar tadi tampak kembali ceria. Terukir senyuman di bibirnya. "Terima kasih Piqa!" dia kembali ke tempat duduknya.

"Kau agak-agak Tuan Aaron ambil tindakan tatatertib ke atas aku tak?" tanya Amir risau.

"Kau ingat Tuan Aaron tu narrow-minded macam kau?" perliku. Amir menggigit-gigit kukunya.

*Tok Tok*

Tuan Aaron melangkah masuk ke dalam ofis. Panjang umur kau. Baru je kami sebut dah sampai. Dia menuju ke arah encik Saiful. Aku pun tak pasti apa yang dibualkan oleh mereka.

"I'M GOING TO PROTECT YOU."

Tiba-tiba ayat Tuan Aaron terngiang-ngiang di dalam kotak fikiranku. Aku mengibas-ngibas mukaku. Apa kau fikir ni Piqa? Jantungku mula berdegup kencang diluar kawalan.

Aku mencengkam dadaku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Apa ni? Ish.. Aku kena buang fikiran ni jauh-jauh. Piqa. Jangan buat kesalahan yang sama lagi. Jangan menaruh harapan seperti kau buat pada Amir. Orang gemuk macam kita tiada hak bercinta! Aku menampar-nampar pipiku mengembalikan jiwaku ke alam nyata.

"How's everything?" sapa Tuan Aaron.

Aku terlompat hingga tercampak pen di tanganku mengenai muka Tuan Aaron. Muka aku bertukar biru. Aku menggelabah.

"Tuan Aaron! S-sorry, saya tak sengaja!"

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now