Afham menghirup air 3-layer tea di depannya. Dia meletakkan telefonnya di atas meja. "Kau suka kat dia ek?"

"Pfft!"

Menyembur air kopiku. "Hah? Ish tak adalah. Aku just suka tengok dia je. You know... Cute. Squishy like a hamster?"

Afham menggelengkan kepalanya. "Kau ni pun. Bila nak cari calon nya? Takkan nak biar mereput je kat bawah tu?" matanya menjeling ke arah celah kangkang seluarku.

"Bodoh la kau!" aku menepuk kepalanya dengan tapak tanganku agak kuat.

"Aduh! Hiss..." Afham mengusap kepalanya. "Takdelah. Kau ni dah nak masuk 40 dah. Tak pernah pulak aku tengok kau dengan siapa-siapa. Entah-entah kau suka lawan pedang tak?"

*BUK*

Aku terajang kakinya dibawah meja. Afham ketawa berdekah-dekah. Sudah hilang akal apa kawan aku seorang ni? Kalau aku suka sama jenis sudah lama aku pilih dia jadi kekasih aku. Keturunan Diraja. Muka yang kacak mengalahkan artis. Tapi minta maaf. Aku masih lurus.

"Aku baru 35 la. Sama dengan kau kan. Haih...," Aku mengeluh. "Entah la. Aku tak pernah terfikir pun nak couple-couple ni. Lainlah kau casanova. Kiri kanan kau bersepah perempuan," jawabku.

"Kawan biar seorang. Kekasih biar seribu. Hahahaha," ketawa Afham.

Aku tak faham betul lah falsafah hidup kawan aku ni. Ramai-ramai nak buat apa? Jadikan koleksi ke? Bukannya boleh bawak balik simpan kat rumah. Hmm.. Aku menggelengkan kepalaku.

"Kau jangan macam-macam. Karma is real bro," kataku menasihatinya. Tangan aku menyuap nasi goreng kampung yang aku pesan sebentar tadi. Dah nak habis dah pun masuk ke dalam perut aku.

"What if... I AM the Karma?" soal Afham mengangkat sebelah keningnya.

Ceh! Berlagak pulak budak ni. "Lantak kau la. Nanti jangan nak mengadu mengogoi kat bahu aku pulak!"

"Eh dah lewat dah ni," kataku sambil melihat jam di tanganku. "Aku nak balik ofis aku dulu la. Layan kau boleh jem otak aku." Aku bangun dan bersalam dengan Afham.

"OK. Beres beres. Apa-apa roger," balas Afham. Aku hanya mengangkat kepalaku dan melangkah menuju ke keretaku.

****


Dalam perjalanan ke bilikku aku melintasi ofis Piqa. Aku meninjau kedalam dan terlihat Piqa sedang membelek rumah contoh di atas meja di tengah-tengah ofis.

Tangannya menulis-nulis sesuatu di buku notanya. Kemudian dia memeriksa telefon bimbitnya. Diulang-ulang perkara yang sama. Sedang buat research agaknya.

Aku teringat kata-kata afham. Aku? Suka dia? Haha.. Mengarut lah.

Aku menggosok tengkukku dan menuju ke bilikku. Sampai dibilikku aku lihat diatas mejaku ada hamper. Aku belek-belek kelihatan ada kad terselit.

Oh dari syarikat yang pernah bekerjasama dengan kami. Mungkin hamper tanda penghargaan? Tapi macam banyak sangat ni.

"Siapa nak habiskan semua ni?" bisikku. Aku usap-usap daguku.

Oh! Piqa. Hihi..

Aku menekan butang intercom dan menghubungi ofis Piqa.

*Truutt Truutt*

*Click*

DIA MILIKKU (C)Where stories live. Discover now