BAB 29

3.7K 104 3
                                    

MAL memeriksa barang-barang yang dibawanya.

"Macam mana? Cukup? " tegur Mir.

"Ok cukup! Dah jom gerak! " Mal sudah menaiki superbike nya.

Manakala Mir dan Mike menaiki GT-R kepunyaan Mike. Mereka mula gerak secara berasingan kerana Mal perlu serang di tempat yang berlainan.

Mir dan Mike sampai terlebih dahulu di bangunan usang yang digunakan untuk kerja haram Dato' Fikri.

"Mal? " Mir menggunakan earphone kecil untuk menghubungi Mal.

"Yes? "

"Kau dah sampai? "

"Ye, Aku Ada dekat belakang bangunan ni. Korang serbu dulu. Alih perhatian budak-budak dia then aku terus pergi atas. "

"Ok tapi kau takpe ke gerak seorang? " risau Mir, dah lah adik dia perempuan.

"Takpe aku dah biasa. Ikut je plan aku. Kalau dalam sejam aku tak keluar lagi baru korang naik dan pastikan polis dah bertindak. "

"Ok Roger! Hati-hati! Jangan sampai kau cedera kalau tak aku kick kau terus. "

"Nak kick aku konon! Aku ni ketua tau! "

"Papejelah! Kita orang nak mula ni. "

"Ok! "

Sepi. Sudah tidak kedengaran suara Mal bermakna dia telah mematikan earphone.

Mir memandang Mike. Dia memberi code rahsia mereka. Mike mengangguk faham. Dia mula masuk kedalam dahulu diikuti Mir dari belakang.

Mike terus menembak lelaki yang perasan akan kehadiran mereka. Pistol yang digunakannya tiada bunyi apabila menembak jadi kerja mereka jadi mudah.

Dalam masa 15 minit mereka berdua telah menumpaskan separuh dari geng Dato' Fikri. Selebihnya berada di atas.

Mike memandang Mir dengan muka serius. "What about Mal? We have to go upstairs? "

"No! Mal cakap kalau dalam masa sejam dia tak turun baru kita naik. "

"Tapi dekat atas ada 30 orang. Boleh ke dia lawan seorang? " risau Mike.

"Aku yakin dia boleh! Lagipun Mal tu ahli dalam bidang ni. " yakin Mir, tapi dia pun tetap risau.

"Takpe kita ikut je cakap dia. "

•••

MAL memandang manusia-manusia yang sudah kaku tidak bergerak. Dia tersenyum sinis. Just this? Huh boring!

Mal berjalan masuk ke satu bilik yang menempatkan Dato' Fikri. Dia terus menerjah masuk dengan selamba.

Terkejut orang tua tu. "Hey! Kau siapa?! "

"Me? Hmm... I was also confused. Who am I?? " Mal mendekati Dato' Fikri dengan perlahan.

Dato' Fikri dengan kalut mengeluarkan pistol. Dia menembak secara rambang.

Mal hanya mengelak setiap peluru dengan tenang. Dia tergelak sinis bila melihat Dato' Fikri yang kalut mencari peluru lain.

"Kenapa? Habis peluru hmm? " Mal semakin dekat.

Dato' Fikri mengundur ke belakang. "Apa kau nak hah?! "

"Ouh Aku taknak pape dari kau. Aku cuma nak main dengan kau. " Mal tersenyum polos.

Dato' Fikri menggeletar.

Mal mengeluh melihat ketakutan Dato' Fikri. "Boring lah lawan dengan kau. Kenapalah kau tak simpan beberapa orang kau kat dalam ni. Mesti nasib kau baik sikit. Ni nak duduk seorang dalam bilik ni. Sangat bodoh ye. "

"Macam ni lah. Kau nak serahkan file yang kau curi dari kawan kau sendiri atau kau nak Aku ambik secara kasar. Which one? " cadang Mal.

Dato' Fikri diam.

"HAHAHAHA! " tiba-tiba dia gelak.

"Kau ingat kau boleh senang-senang kalah kan aku?! Kau ingat aku bodoh? Hey cuba kau pandang belakang kau. " arah Dato' Fikri beserta gelakan.

Mal berpusing ke belakang. Belum habis dia berpusing dia telah ditumbuk dahulu.

Mal terundur kebelakang. Dia berkerut dahi. Senak!

Lelaki yang menumbuknya hanya menunjuk riak yang dingin. Dia berseorangan tapi macam dua orang. Badannya yang tegap membuatkan pukulan dia turut kuat.

"Kau! " Mal mendesis.

Mal terus menyerang lelaki tu bertalu-talu. Tapi setiap serangannya dielak dengan senang. Mal mula buntu. Apa dia nak buat ni?!

Mal mula mengeluarkan pistol tapi baru dia ingin menembak lelaki tu menyepak pistol nya sehingga tercampak jauh. Kemudian lelaki tu mengeluarkan pistolnya dan menembak terus ke Mal tanpa teragak.

BANG! BANG!

•••

MIR terkejut mendengar bunyi tembakan deras tu. Begitu juga dengan Mike.

"Weh aku tak sedap hati lah! " luah Mike.

"Aku pun! Pistol yang Mal bawak semuanya soundproof! Mana ada bunyi. Siapa yang menembak? " risau Mir.

"Ah! Aku tak boleh tunggu sejam! Aku nak naik juga! " Mike terus berlari naik keatas diikuti Mir.

Sampai di tingkat atas keduanya terkedu melihat darah yang melimpah banyak serta seorang yang terdampar bersama darah yang mengalir.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now