Chapter 2

1.5K 65 3
                                    

Usai mandi aku mengenakan tshirt dan seluar jeans. Sebentar lagi Tuan Aaron akan menjemputku untuk keluar makan malam.

Aku teringat perbualanku sebentar tadi dengan Tuan Aaron.

"Dinner?"

"Ye. Aa.. Saje I nak kenal-kenal dengan anak buah I. Tapi kalau you busy takpelah," kata Tuan Aaron kepadaku.

"Nanti nanti!" kataku. Aku merenung makanan di hadapanku yang sudah tinggal sisa-sisa. Aku baru je melantak sepinggan. Takkan nak keluar makan lagi?

Hmm... Aku melihat perutku. Kemudian aku memicit-micit lemak di perutku. Muat lagi ni!

"Jom!" balasku tidak berfikir panjang lagi.

"Really? I pick you up in 1 hour?" cadangnya.

"Err.. Tuan Aaron nak datang rumah saya ke?" soalku. Segan pulak kalau Tuan Aaron melihat rumah usangku ini.

"Ya Piqa. You siap-siaplah dulu OK?"

Aku akur. Selesai solat isyak aku pun duduk diruang tamu melihat ke arah jam. Kejap lagi Tuan Aaron sampailah ni.

*Screech*

Kedengaran bunyi kereta diluar rumah. Aku menyelak langsir tingkap memandang ke luar. Sebuah kereta sport mewah dengan cermin gelap gelita berhenti di depan rumahku.

Kemudian dia membuka pintu dan berdiri di depan pagar rumahku. Lampu luar agak malap tetapi aku dapat mengagak siapa empunya badan. Hanya Tuan Aaron sahaja yang memiliki ketinggian seperti itu dikalangan kenalanku.

"Mak. Piqa keluar dengan bos Piqa kejap tau," kataku kepada ibuku yang sedang melipat baju.

"Yelah. Jangan balik lewat sangat," pesan ibuku.

"Baik mak," balasku. Aku pun mencapai tas tanganku dan melangkah keluar menuju ke kereta Tuan Aaron.

Tuan Aaron hanya memakai tshirt dan jeans sepertiku. Dia nampak fresh dan muda berpakaian casual. Tapi sebenarnya orang kalau dah tampan pakai apa pun automatik handsome.

Dia membukakan pintu untukku. Aku pun masuk ke dalam keretanya dan melihat-lihat interior didalamnya. Aku jarang tengok model kereta ni atas jalan. Dalamannya begitu mewah serta berteknologi tinggi. Kerusinya dari kulit. Kemasannya pun majoriti dibaluti kulit. Paparannya semua hanya perlu disentuh dengan jari.

"Kereta apa ni Tuan Aaron?" soalku.

"Aston Martin VANTAGE," jawabnya ringkas.

"Oo..." aku mengangguk kepalaku buat-buat tau. Yang aku tau A&W dengan 4 fingers je. Aston apa?

Tuan Aaron tersengih melihat gelagatku dan terus menekan pedal minyak meluncur ke destinasinya. Dalam kereta kami tak banyak berbual. Tuan Aaron ni agak pendiam orangnya. Itu membuatkannya memancarkan aura misteri.

Selang beberapa minit Tuan Aaron pun berhenti disebuah restoran ikan bakar. Perut aku berbunyi kembali meminta untuk di isi. Sedapnya... dah lama tak makan ikan bakar. Aku sudah terliur.

"Jom," Tuan Aaron memanggilku. Aku lap air liurku. Aku turun dari kereta dan mengekori Tuan Aaron ke salah sebuah meja makan di situ.

Semua orang memandang ke arah Tuan Aaron. Kemudian memandang ke arahku. Aku nampak mereka berbisik-bisik kemudian ketawa.

Ya. Ya. Aku tau. Tak padan kan? Tapi kami bukan ada apa-apa pun guys. Jangan risau. Dia ni bos aku je. Haih...

Tuan Aaron memesan ikan kerapu merah bakar serta sotong celup tepung. Air pula dia meminta satu air nescafe panas buat dirinya dan air tembikai laici untukku.

DIA MILIKKU (C)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora