Prolog

156 19 174
                                    

Pisau belati yang dibenam kedalam tubuh badan musuh ditarik keluar. Matanya yang seakan-akan mati dan tiada cahaya memandang dingin kearah musuh yang baru sahaja dia berjaya tumbangkan.

"Pembunuh!" laung seseorang dari arah berlakangnya. Dia terus meluru laju kearah dirinya yang memberlakangi sang jejaka yang semakin hampir denganya.

Hampir sahaja jejaka tersebut ingin menumbuknya, dia terlebih dahulu pusing keberlakang. Tangan kananya yang digengam penumbuk menghentak sedikit tangan kanan musuh yang cuba menumbuknya itu diikuti tangan kirinya manampar kuat siku musuhnya itu.

Badanya disengetkan ke kanan lalu kaki kirinya naik dan menendang pelipat kaki kanan musuhnya sekuat yang mungkin.

"Argh!" mengerang kesakitan musuhnya itu menerima tendangan kuat tersebut.

Tetapi, dia tidak akan membiarkan musuhnya bergitu sahaja. Tangan kirinya yang mengengam siku musuh ditarik mendekatinya. Tangan kirinya naik menumbuk rusuk muda musuhnya itu berkali-kali. Kemudian tangan kirinya yang mengengam siku musuhnya itu dilepaskan.

Musuh dihadapanya itu cuba untuk menyerangnya selepas tanganya dilepaskan. Tetapi, apakah daya, baru sahaja dia ingin menyerang, dirinya lebih tangkas bertindak. Penumbuk di tangan kananya menolak tangan musuhnya yang cuba untuk menumbuknya kebawah lalu dibawa naik keatas dan dikepit tangan musuhnya itu mengunakan pelipat di lenganya.

Dengan mengunakan tangan yang sama, dia menghayunkan penampar sekuat yang boleh diberlakang leher musuhnya itu.

"Argh...." makin kuat erangan kesakitan.

"Kau tak sepatutnya kacau aku," kata dia perlahan tetapi tetap dapat di dengari oleh musuhnya itu.

Dia menghayunkan penumbuk berat dan lajak kedada musuhnya mengunakan kedua belah tanganya.

Apabila musuhnya itu pula cuba untuk menumbuknya, dia mengalihkan tubuhnya kekanan sedikit lalu tangan kirinya menghalang penumbuk tersebut disusuli dengan tumbukan dibawah dagu musuhnya mengunakan tangan kananya.

Bam!

Bunyi tumbukan yang kuat kedengaran. Musuhnya itu terpelanting keberlakang dengan dagunya yang berdarah.

Baru sahaja dia ingin mendekati musuhnya itu, bunyi siren polis kedengaran memecahkan hening.

"Tch! Tak guna betul. Memang kali ni korang selamatlah jawabnya," pisau yang entah sejak bila terpacakp ditanah diambil lalu dia terus berlalu pergi. Biarlah polis yang uruskan.

Siapakah dia? Dialah....

***

01|| Ejen Rahsia: Pemulaan BaharuWhere stories live. Discover now