Cahaya Azalea

10 1 3
                                    

Sedetik...

Dua detik ...

KRINGG­­-

Loceng telah berdering menyentakku yang sedang fokus menjawab soalan peperiksaan. Pensilku masih menari-nari di atas kertas jawapan mengendahkan loceng yang sedang bising menggangu kosentrasiku.

"Letakkan pensil anda semua sekarang!"

Arahan Puan Normala aku endahkan. Aku harus menyelesaikan soalan terakhir ini dengan segera.

"Azalea, letakkan pensel awak sekarang! Jika tidak, saya akan memotong markah awak!"

Bicara yang berbaur ugutan itu membuatku menjulingkan kedua bebola mataku ke atas. Aku mengendahkan Puan Normala. Aku masih menulis jawapanku sehingga Puan Normala menghampiriku mengambil kertas jawapanku dengan paksaan.

"Azalea, berapa kali saya nak cakap dekat awak ini? Saya sudah cakap, berhenti menjawab kertas soalan kan? Awak ini faham bahasa atau tidak?" Soal Puan Normala dengan nada yang agak tinggi.

"Ya, lain kali saya tak buat begitu lagi!" ujarku perlahan, tidak berpuas hati aku dengan bicaranya yang agak menyinggung perasaanku sekaligus memalukanku di hadapan kelas yang sedang melihatku dengan tatapan yang sinis.

"Haih, kalau aku terus nampak pulak orang tua ni! Orang lain pun ada yang tengah tulis lagi. Aku juga naik nama," getusku setelah dia melangkah pergi dari mejaku. Mungkin kerana sudah berpuas hati dapat memalukan aku di hadapan kelas. Tanganku ralit mengemas alat tulisku dan bingkas aku bangun dari tempat dudukku. Mencengkam erat alat tulisku tanda melampiaskan kemarahanku. Mungkin bukan kemarahan sahaja.

Kecewa?

Entah.

Tidak pernah aku selami perasaanku.

Itu cerita 5 bulan lepas. 5 bulan lepas aku si pelajar cemerlang. Akulah kebanggaan kedua orang tuaku. Akulah anak harapan. Akulah tokoh pelajar.

Sekarang?

Mungkin hanyalah seorang yang gagal?

Selama hari ini, kejayaan akademik sahaja membuatku selalu dipandang. Entah itu iri, entah itu dengki. Entah itu pembakar semangat, aku tidak pernah pedulikan itu. Yang aku pedulikan hanyalah pujian kedua orang tuaku yang akan berkata akulah anak kebanggaan mereka.

Reaksi kedua orang tuaku ketika mendapat tahu aku gagal subjek Matematik, anggapan kalian mungkin mereka memujukku.

Salah.

Aku dipukul dengan rotan kerana gagal.

Tangisanku tidak dihiraukan.

Suaraku didiamkan kerana takut jeritanku menyapa telinga telinga jiranku.

Rakan-rakanku?

Semuanya pergi meninggalkan. Aku ingatkan itu semua hanya di dalam drama, rupa-rupanya wujud di dalam dunia nyata.

Rakan-rakan karibku daripada kelas pertama semuanya meninggalkanku, tidak menghiraukan pangilanku. Bukan hanya mereka malah, Ziyad kawan baikku dari tadika pun sudah memutuskan persahabatan kami.

Bagaikan mimpi.

Aku yang selalu berada di atas, kini aku sudah berada di bawah. Tiada yang sudi menyambutku. Semua berlalu pergi meninggalkanku.

Tapi, mungkin itu baiknya. Aku hilang kawan. Kawan yang murah kata-kata sayangnya. Kawan yang tidak pernah menganggapku kawan. Yang hanya menganggapku saingan mereka. Kawan yang sentiasa ternanti-nanti kejatuhanku. Mungkin itu jauh lebih baik.

My Light: AzaleaWhere stories live. Discover now