~🌻Lapan-Belas🌻~

1.1K 50 0
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

Aku tahu bukan mudah. Seorang Alya itu  pure innocence tapi siapa tahu hatinya macam mana. Aku tahu bukan senang dia nak kembali pada aku lepas apa yang pernah terjadi dulu. Mungkin dia boleh memaafkan tapi aku tahu kesan perbuatan aku dulu meninggalkan torehan luka dalam hatinya. Tapi...

Lambat lagi kalau aku nak putus asa sekarang.

Aku yakin, kehidupannya 4 tahun belakangan ini mengajar Alya lebih dewasa. Melenturnya menjadi lebih matang dan yang pasti, keras hati! Salah aku.

Aku genggam kotak baldu tadi. Ini cincin untuk Alya. Pilihan aku sendiri sebab apa yang Natasya tunjukkan hari itu, hati aku tak berkenaan. Aku akan pastikan cincin ini akan tersarung di jari manisnya. Seperti selayaknya.

Agak lama aku ditampar angin laut bila akhirnya aku melangkah masuk ke dalam. Aku lihat Alya gigih mengikat tali telekung di belakang kepalanya. Menyedari kehadiran aku, dia menoleh ke arah aku. Wajahnya bersih dan hujung bibirnya ternaik ke atas. Dia... Tersenyum.

"Abang nak Tahajud sama. Tunggu kejap." Aku letak kotak di tangan ke atas katil sebelum bergegas ke bilik air mengambil wudhu.

Ya Allah. Aku menangis pada sujud terakhir. Tidak ada hari yang aku tenang seperti sekarang. Hidup aku belakangan ni boleh kata huru hara dan tunggang terbalik. Hanya dengan umi aku boleh kawal amarah tapi di sekitar lain, aku lah manusia yang paling terkenal dengan sifat baran dan melenting tak kira masa. Aku bukan tak tahu staff-staff aku bergosip pasal perangai authority yang satu ni tapi aku memilih untuk tidak ambil tahu.

Bila Alya mengaminkan doa kami, hatiku terjentik sesuatu. Sebak, terharu dan mungkin gembira. Mungkin detik ini yang selama ini aku tunggu. Detik di mana fikiranku kosong, jauh dari selirat urusan-urusan kerja dan kehidupan. Lapang, selapang-lapangnya.

Aku sambar tangan Alya ketika dia berura-ura untuk bangun seusai solat kami. Aku pandang dia dengan mata berkaca. Alya juga memandang aku. Kelip-kelip matanya menunggu bicara keluar dari mulut aku. Kami duduk berhadap-hadapan dengan kedua tangannya dalam genggaman aku.

"Terlalu panjang masanya untuk abang tahu kebenaran. Alya mungkin tak menderita seperti sekarang kalau abang dengar penjelasannya dari awal. Abang minta maaf. Abang tak sesakit itu bila orang lain yang ada dalam gambar tu tapi bila melibatkan Alya, abang seolah mati. Abang tak boleh terima dan sebab tu abang bertindak macam tu. Ampunkan abang atas derita Alya selama 4 tahun ini. Abang tak boleh nak hitung berapa banyak sesalan abang. Besar dosa abang pada Alya." Air mata aku mengalir tanpa dapat di tahan. Aku biarkan saja. Alya juga sudah berkaca matanya tapi tak sedikitpun memalingkan wajahnya.

"Susah untuk Alya terima dan kembali semula pada abang tapi abang mohon diberi satu lagi peluang untuk tebus balik semuanya. Tolong bagi abang peluang, sayang..." Aku goncang lembut tangannya. Aku merayu. Awal tadi, kalau aku merayu untuk kemaafkan, kali ini aku merayu untuk peluang kedua.

"Saya..." Bicaranya tersekat. Air matanya turut mengalir. Aku nak hapuskan juraian itu tapi aku belum bersedia lagi mahu melepaskan tangan Alya.

"Saya tak menderita. Hidup mengajar saya lebih kuat dan berdikari. Ada hikmah di setiap kejadian. Kalau bukan salah faham tu, saya mungkin tak akan belajar sesuatu." Alya teresak di akhir bicaranya. "Saya hanya general worker di The Rosie Boutique dan tengoklah sekarang hidup ini membawa saya lebih jauh ke depan. Saya tak salahkan ab- awak."

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now