~🌻Empat🌻~

1.2K 56 2
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

Semalaman aku tak mandi. Buktinya aku bangun pagi ini dengan pakaian yang aku pakai semalam. Gaun satin itu aku masih genggam kemas.

Hari ini aku nekad. Aku akan jejaki Alya. Walau apa saja yang berlaku, aku harap tak ada apa yang menghalang aku untuk sampai kepada Alya. Aku nak meminta keampunan. Aku nak merayu untuk peluan kedua walau aku tahu, tempoh 4 tahun itu bukannya singkat.

Aku bentangkan gaun satin itu di atas tempat aku baring sebelum melompat turun dari katil. Menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku kena bersemangat. Mengapai pelangi bukan mudah. Jiwa kena kental dan hati perlu utuh.

Turun ke ruangan makan, aku lihat umi duduk bertentangan dengan Natasya. Buat apa pula perempuan ni pagi-pagi lagi ke sini.

"Hey, good morning." Sapanya dengan senyum lebar bila menyedari kehadiran aku.

Aku berdehem. Umi langsung tak pandang pun muka aku. Dia duduk tenang menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"You buat apa sini?" Aku tarik kerusi di sebelah umi. Aku nampak wajah Natasya berubah cemberut.

"Cari you lah. Seharian I call, tak jawab. Cari kat office, you tak ada. You pergi mana?"

Tu dia perangai Natasya yang menjengkelkan aku. Queen Control! "Ada je. Busy. Jumpa client." Tangan aku lincah mengisi pinggan dengan bihun goreng.

Umi lirik aku dan aku juga toleh ke arahnya. Dia seakan mahu mengatakan sesuatu bila mulutnya terbuka kemudian tertutup balik.

"Umi ada nak cakap apa-apa kat Iyad ke?" Solaku perlahan. Kemudian mata umi ke arah Natasya yang sedang menyisip kopi di dalam cawan yang dipegangnya. Umi geleng dan teruskan menyuap.

"I dah tempah outfit untuk jahit tau. I design sendiri. Mungkin hari ini atau esok dorang hantarkan.Tu yang I nak bagitau sebenarnya."

Suara Natasya memenuhi ruang lagi. "Boleh saja kan hantar mesej. Tak perlulah sampai ambush I kat sini."

Natasya hentak cawannya ke atas meja. "Kenapa you ni macam tak suka saja I datang sini?" Suaranya meninggi.

Umi berdehem sekali. "Makan..." Katanya. Natasya yang masih mahu bersuara, terhenti dengan satu perkataan yang keluar dari mulut umi.

"I tunggu kat depan." Tanpa menunggu balasan, Natasya lantas bangun dari tempat duduknya dan melangkah deras meninggalkan ruangan makan. Aku tahu dia sedang marah.

Aku yang sedang menikmati bihun goreng terdengar umi berdehem. "Dia tak tahu ke?" Soalnya tanpa memandang aku.

"Tahu apa, umi?" Solaku cuba berinteraksi. Aku tak boleh kalau umi palau aku lama-lama.

"Pasal Alya." Dan kali ini dia memandang aku sekilas sebelum menyisip cawannya.

"Tak. Tapi Iyad akan bagitahu dia nanti. Iyad harap dia faham sebab Iyad tak nak teruskan majlis tu."

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now