~🌻Sembilan🌻

1.1K 41 0
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

"The first time you approached me, what is the reason?"

Hampir tersedak Natasya dengan jus oren yang baru saja diteguknya. Matanya membulat sebelum meletakkan gelas di tangannya ke atas meja.

"What~ what do you mean?"

Aku tertawa kecil lewat hembusan nafasku. Aku tahu dia tahu apa yang aku maksudkan. "Don't make me repeat myself, Tasya." Kataku bernada sinis. "Don't play dumb." Sambungku lagi.

"I... I~you. What's wrong with you, Ziyad?" Kali ini dia dah duduk tegak.

Malam ni sengaja aku bawa dia keluar makan. Itupun secara mengejut. Kalau dia yang ajak aku, mesti ada wartawan bergerak yang mengekori langkahnya. Dan itulah permainan dia yang sebenarnya. Such attention seeker!

"Ok. Let me remind you. You approached me because I am your friend. The close one. The reason is, you need a fake relationship to reach your goals. To increase your followers on social media. That's it. I am a player in your game, Natasya."

"So?"

"You played dumb, twice!"

Aku lihat Tasya gigit hujung kuku pada jari telunjuknya. Menatap aku sejenak sebelum melarikan matanya di mana-mana.

"Sejak 6 bulan lepas I tunggu you fix semuanya. Sejak followers you melonjak naik lebih dari apa yang you jangkakan. But nothing change. Malahan you makin melampau-lampau. Malam esok sepatutnya hari pelancaran untuk collection you tapi apa you announced dekat public? You'd make it worst, Natasya."

Mulutnya terbuka seperti mahu mengatakan sesuatu tapi terkatup semula. Nafasnya turun naik seolah sedang mengawal gemuruh. Tapi aku tak peduli lagi. Sejak sampai ke sini tadi, aku memang dah mencerlungnya dengan pandangan tajam.

"Umi I pun dah percaya yang I ni nak bertunang dengan you. Damn, Nur Natasya!" Aku cuba untuk tidak mencarut tapi kesabaran aku ada batasnya. Walau Natasya itu kawan baik aku tapi dia tak ada hak nak menentukan apa yang sepatutnya berlaku. Itupun di bawah telunjuknya.

"During this fake relationship period, pernah I cakap I sayang or suka or cinta kat you? Pernah I layan you macam you ni girlfriend I, pernah I datang merisik atau meminang you?"

"Ziyad..."

"Enam bulan itu tempoh yang dah cukup panjang, Tasya but you did nothing. So, game over!"

Aku lempar napkin ke atas meja. Permainan sepatutnya dah lama tamat. Hanya aku, Natasya dan Kyle saja yang tahu tentang ini.

Garment dress di atas kerusi sebelah aku angkat sebelum sua ke depan Natasya. Sekeping cek aku sauk dari dalam kocek sweatshirt, aku tolak ke depan. "This is the payment for the outfit. Lepas ni, jangan kacau I lagi, Natasya. Cukup-cukuplah permainan you nak bodohkan semua orang."

Aku lihat Natasya gigit hujung bibirnya. Dia langsung tak terkata apa sebab apa yang aku luahkan hari ini adalah kebenaran. Aku dah malas bermain dalam permainannya. Sepatutnya ini dah habis lama dulu, sejak 6 bulan yang lepas. Aku hanya tunggu masa saja untuk sembur dan aku kira malam inilah detiknya.

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now