~🌻Tiga🌻~

1.3K 53 4
                                    

🌻

🔻
🔻
🔻
🔻
🔻

♂️

Aku sampai ke rumah menjelang jam 9 malam. Lepas lunch dengan Nadim tadi, aku terus ke rumah lama aku. Aku langsung tak masuk office selepas itu.

Mak Som sudah menanti di muka pintu. Kalau dia perasan muka aku sugul pun dia tak akan tegur apa-apa. Macam selalu.

"Umi mana, Mak Som?" Tanyaku bila perempuan separuh abad itu siap menutup pintu.

"Kat ruang tengah. Tengah menonton." Balasnya kemudian terkedek-kedek mendahului langkah aku.

Dengan langkah longlai, aku menuju ke ruang tamu di mana umi sedang duduk menonton drama kegemarannya. Aku labuhkan duduk di sebelah sebelum aku jatuhkan kepala di atas ribanya. Umi tersentak. Mungkin terkejut tapi tapak tangannya mengusap rambut sisi aku akhirnya.

"Kenapa ni?" Soal umi lembut. Kerana aku baring mengiring maka aku tak nampak wajah umi.

"Kenapa sayang? Ada masalah kat pejabat?" Tanyanya lagi mengambil berat. Dia larikan jemarinya pada rambut aku.

"Umi..." Suaraku bergetaran. Dadaku sekali lagi menyempit dengan rasa sebak.

"Ya, sayang... Bagitahu umi apa yang berlaku." Pintanya prihatin. Makin aku rasa nak meluap sekarang ini.

"Gambar Alya dengan lelaki hari tu... Itu... Alya dengan lelaki tu..." Tak mampu nak luah sebenarnya. Aku tahu umi akan mengamuk nanti tapi aku dah bersedia untuk hadap semua kesan dari tindakan aku dulu.

"Kenapa?" Serta merta usapan umi pada kepalaku terhenti. Suaranya juga berubah keras.

"Itu abang kandung Alya. Selama ni dia duduk dekat Australia sebab ada masalah dengan arwah papa."

Aku hampir jatuh ke lantai bila tiba-tiba umi bangun dari duduk. Aku dah agak akan jadi situasi seperti ini.

"Umi, Iyad minta ampun..." Aku yang dalam posisi duduk itu merapatkan kedua tapak tangan.

Pandangan umi mencerlung. Menikam ke dalam mataku. Mulutnya terbuka kemudian tertutup tapi tidak ada bicara yang keluar.

"Iyad baru tahu sebab papa pernah cakap, Alya tu anak tunggal. Ampunkan Iyad, umi..." Aku merayu lagi. Merayu pengertian dari umi.

Perlahan umi kembali duduk. Drama TV tidak lagi menarik minatnya. "Iyad dah ceraikan Alya, kan?" Soalnya dengan nada bergetaran. Kali ini dia tak pandang muka aku.

Aku geleng beberapa kali. "Tak, umi. Iyad tak pernah lafaz cerai pada Alya. Surat cerai yang Alya tandatangan itu pun Iyad tak pernah hantar ke pejabat agama."

Umi pandang aku dengan tajam. Matanya dah berkaca-kaca. "Iyad fitnah dia lepastu Iyad gantung dia tak bertali. Iyad sedar tak Iyad dah berlaku zalim pada Alya? Alya tu anak yatim piatu!"

Bukan umi tapi aku yang alirkan air mata. Terasa seluruh tubuh sedang menanggung dosa yang tak terhitung. "Iyad khilaf, umi..." Aku dah melurut ke bawah lantai. Sujud memeluk kaki umi. Kalau Alya ada di depan mata, aku akan melutut juga di kakinya untuk satu keampunan.

"Puas umi nasihat supaya siasat dulu tapi Iyad sanjung ego tu. Iyad terus jatuhkan hukum. Cuba kalau Iyad di tempat Alya, boleh bayang tak apa yang dia lalui? Umi berdosa pada arwah Razak dan Suhana." Akhirnya umi tumpahkan tangis. Esakannya menyaingi suara yang keluar dari TV.

Aku tak mampu lagi berkata-kata. Mendengar tangisan umi, jiwa aku bertambah parah. Akulah yang menyebabkan semuanya. Akulah yang buat umi menangis dan aku juga yang telah menzalimi anak yatim piatu. Ya Allah, kalau hukumannya adalah nyawaku maka cabutlah. Aku redha!

"Umi nak rehat."

Pelukanku pada kakinya ditepis sebelum umi bangun dan mula melangkah. Menuju ke arah tangga untuk naik ke atas.

"Iyad minta ampun, umi..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku. Langkah umi terhenti kemudian dia berpaling ke arahku. Sempat dikesat air matanya.

"Minta ampun dengan Allah. Minta ampun dengan Alya, bukan dengan umi." Dia berpaling kembali sambil melangkah deras meninggalkan aku yang masih terduduk di atas karpet lantai.

Aku menyentuh dada sendiri. Sakit memang. Agaknya inilah yang Alya rasa dulu ketika aku langsung tak mahu mendengar penjelasannya.

Aku bangkit. Meraup wajah yang kian melekit dengan peluh dan air mata. Tidak ada hari yang aku benar-benar tersungkur ke lutut sendiri melainkan hari ini. Di mana aku ditampar dengan kenyataan dan kebenaran, di mana aku berdosa dan menzalimi seseorang yang lain dan di mana aku menyalahkan orang lain di atas kekhilafan aku sendiri.

"Iyad tak boleh buat macam ni. Kalau ya pun Alya tu bersalah, bukan hak Iyad menghukum dia. Alya dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Ada Iyad saja tapi Iyad pula..."

Masa aku bagitahu umi yang Alya curang belakang aku, umi menangis seharian. Tapi masa tu bagi aku, itulah hukuman seorang pengkhianat. Kalau boleh, aku memang nak lenyapkan terus nama itu dalam hidup aku.

"Iyad ceraikan dia, Iyad halau dia... Ya Allah, celah mana yang umi gagal mendidik Iyad."

Tapi hakikatnya bukan umi yang gagal mendidik aku. Hanya aku lelaki ego yang bertuankan baran dan amarah.

Sungguh aku menyesal!

Aku daki anak tangga satu persatu. Melewati bilik umi, aku dengar doanya diselangi sedu sedan. Merapatkan diri ke pintu itu sebelum menjatuhkan dahi pada permukaannya. Air mata aku jatuh lagi.

Ya Allah, masihkah ada peluang untuk aku betulkan semuanya?

Aku rela umi mengamuk atau membaling segala macam barang ke arah aku tapi bila dia diam macam ni dan mengelak mahu bercakap dengan aku, aku jadi risau. Aku rasa seolah akulah orang yang paling gagal dalam dunia. Aku anak yang mengecewakan ibu sendiri. Sakit!

Aku seret semula langkah menuju ke bilik sendiri. Di dalam ruangan ini, tidak ada satu pun haruman yang mengingatkan aku pada Alya, sebab itu aku memilih untuk tinggal di sini selepas kejadian pahit itu.

Duduk di birai katil kemudian aku sauk tangan ke dalam sut yang masih membalut tubuh aku. Aku keluarkan gaun satin milik Alya dan aku bawa semula ke hidung. Menyedut haruman itu semahunya. Merebahkan tubuh dengan memeluk gaun itu.

Abang rindukan Alya.

Entah bila aku terlelap tapi dalam pandangan yang semakin menggelap, muncul wajah Alya tersenyum manis ke arahku. Di tangannya memegang sudip kayu dengan rambutnya diikat messy bun yang berantakan. Ada lekuk di pipi kanannya. Apron yang melekat di dadanya itu apron yang dijahitnya sendiri. Aku ingat lagi dengan jelas. Ada sulaman di hujungnya yang Alya buat sendiri "Alya untuk Ziyad"

"Saya nak buat lasagna untuk abang tapi cheese tak ada. Jadi, saya masak aje lah apa-apa. Abang tak marah, kan?"

Dan aku tersenyum dalam linangan air mata.

.
.
.
.
.
🌻

Alya Untuk Ziyad ©️Where stories live. Discover now