prolog

81 18 11
                                    

"Ingatlah ikmal saya cinta pertama awak bukan dia . Kenapa berjanji kalau akhirnya awak pilih untuk pergi?" Aku bertanya dalam keadaan yang sangat kecewa , air mata yang bertakung di kelopak mata ku ditahan sebaik mungkin . Ditipu selama enam tahun bukan lah masa yang singkat . Segala cacian dan fitnah sekeliling aku diam kan kerana aku cintakan dia , tapi apa yang aku dapat sekarang.

Dia berdiri dihadapan aku dalam keadaan memandang lantai , jijik sangat kah aku pada nya . Mana pergi semua janji nya . Kenapa harus berjanji jikaulau ingin menghancurkan nya. Mana semua panggilan dan layanan bak puteri itu pergi .

"Saya mintak maaf , saya cinta kan dia lebih dari diri saya sendiri dan tak mungkin saya akan lepaskan dia , dia tanggungjawab saya." pecah retak hatiku mendengar ayat yang lebih tajam dari pisau keluar dari mulut nya . Mengapa perempuan tu . Habis itu mengapa masih simpan aku . Apa tujuan aku terus berdiri di sisi nya lagi ? Bagaimana dengan ku . Perbagai soalan di otak seperti mahu pecah .

"Awak ingat dengan maaf awak tu boleh kembalikan hati saya yang dah lama hancur tu ke ikmal ?! Mana janji awak dulu ikmal ?! Awak janji nak jaga dan sayang saya sampai hujung nyawa awak , apa sekarang ni. Awak fikir saya patung ke ?! Enam tahun kau orang semua tipu saya , perempuan tu berlagak baik depan saya untuk apa ?!" Aku tinggi kan suara ku padanya buat kali pertama sepanjang perkahwinan kami . Cukuplah selama ini aku mengalah menyorok kan segala kesalahan dia dan menyalah kan diri ku sendiri.

"Saya betul betul mintak maaf, saya tak boleh nak paksa hati saya untuk terus mencintai awak , saya mintak maaf saya mungkari janji yang saya pernah buat . Dan ... Sumayyah boleh beri saya apa yang awak tak boleh . saya pergi dulu , sumayyah lebih perlukan saya . Dan perempuan tu ada nama, dia lah isteri pertama saya dan terakhir , tolong terima kenyataan ." Kata nya dalam keadaan tenang lalu keluar dari bilik kami . Aku jatuh tersungkur dilantai bilik itu . Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya jatuh melambangkan hati ku sekarang ini . Tolong terima kenyataan ? Jadi kenapa dia tolong aku saat pertama kali kami bertemu , kenapa ikmal..

Mengapa dia menggunakan kelemahan ku untuk curang . Sakit nya tiada siapa sisi , ibu ku , ayah ku , sahabat ku dan.. anak ku , semua nya hilang .. Aku hilang semua nya ... Semua cinta ku hilang .

Dia lah Bella Asyura .




















Stay tuned . . .

'CINTA'Where stories live. Discover now