"Ha? Ada apa?" Hairul bertanya.

"Kau kenapa sebenarnya Hairul?" Azif menyoal.

"Okay je, kenapa?"

"Okay, awak cakap? Sejak pagi tadi awak termenung je. Sampaikan cikgu panggil pun awak tak dengar. Okay ke macam tu?" ujar Nessa. Dia inginkan penjelasan daripada Hairul.

Hairul mengeluh. "Aku tak taulah. Sejak aku pindah sini. Macam-macam yang jadi dekat aku," luahnya pada akhirnya.

"Apa maksud kau, bro?" soal Izzy.

"Aku macam diperhatikan, diekori mungkin. Tapi, aku tak berani nak simpulkan," katanya.

"Kau suka tengok cerita pembunuhan eh? Sampai-sampai kau tebawak-bawak ke dunia realiti?" Azif mengejek.

"Tu yang aku malas nak kongsi. Dahlah, aku malas!" Hairul terus bangkit daripada situ.

"Hairul tenanglah. Aku main-main je kot," Azif menahan Hairul dengan mencapai lengan Hairul.

"Masalahnya aku tak main-main. Dahlah, aku malaslah. Aku nak balik kelas. Tak ada selera nak makan." ujarnya, dengan itu dia terus berlalu.

Nessa, Azif dan Izzy hanya berpandangan antara satu sama yang lain. Tidak tahu nak buat apa.

Sewaktu Hairul mengerjakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Qistina, iaitu cikgu subjek Bahasa Melayu mereka. Hairul merasakan dia diperhatikan lagi. Jarinya berhenti menulis dan mencari mata seseorang yang memerhatikannya.

Bingo! Hairul mendapatkan mata kepunyaan seorang pelajar perempuan berbangsa cina tengah memandangnya tepat ke arah matanya. Tidak lama itu perempuan berbangsa cina itu kembali melakukan tugasnya. Hairul bangun daripada tempat duduknya dan mendapatkan Cikgu Qistina untuk meminta izin pergi ke tandas.

Semasa dia nak keluar daripada kelas, sekali lagi mata mereka bertembung. Pandangan tersebut memang sukar hendak ditafsirkan oleh otak Hairul sendiri.

Hairul membasahkan seluruh wajahnya lalu memandang ke cermin. Memandang pantulan wajahnya dengan lama. 'Takkanlah perasaan aku je? Macam mana kalau perempuan tadi tu stalker? Haish! Apa yang aku mengarut ni!' Hairul menarik tisu yang disediakan di tandas tersebut lalu mengelap wajahnya yang basah.

Keluar sahaja daripada tandas, empat orang pelajar lelaki seumur dengannya seperti sengaja mengepungnya terlebih dahulu sebelum melanggar bahunya dengan sengaja. Tapi dia malas nak menegur, langkahnya terus di bawa kembali ke kelas.

Subjek Sejarah sudah pun bermula ketika dia masuk semula ke kelas. Hairul memicit dahinya sekejap sebelum mengeluarkan buku rujukan subjek sejarah. Kepalanya mula berdenyut-denyut sakit, sebenarnya itu disebabkan fikirannya tengah serabut.

"Kau okay tak ni. Muka kau nampak macam orang tahan sakit pun ada," bisik Azif.

"Kepala aku pening. Takpe aku boleh tahan." Balas Hairul. Cikgu Zahirah pun memulakan pembelajaran mereka hari itu.

Sepanjang pembelajaran, Hairul kerap mendapat pujian daripada Cikgu Zahirah.

Azif hanya menggeleng kepalanya, tanda dia tidak percaya dengan kebolehan Hairul yang tetap dapat menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan oleh Cikgu Zahirah.

"Xiao Ning, kenapa tak cari kumpulan?" soalan Cikgu Zahirah tersebut menarik perhatian pelajar lain termasuk Hairul memandang ke arah Xiao Ning, pelajar perempuan berbangsa cina tersebut.

Xiao Ning hanya menggeleng, tanda dia tidak mahu. Cikgu Zahirah menghempaskan keluhan kecil melihat pelajarnya yang satu itu. Sangat anti-sosial.

"Kenapa dengan dia tu?" tanya Hairul kepada Azif dengan berbisik.

"Dia memang macam tu. Biarlah dia." jawab Azif.

Kelas mereka berakhir dengan subjek sastera morden yang diajar oleh Cikgu Haliza.

"Jom! Kita balik!" Izzy bersorak.

"Korang balik lah dulu. Aku nak ke tandas dulu," Hairul memberitahu.

"Kalau macam tu kitaorang balik dululah. Bye. Jumpa esok." dengan itu mereka, Azif, Izzy dan Nessa pun berlalu pergi.

"Okay!" sahut Hairul lalu melangkahkan kakinya menuju ke tandas.

Di pertengahan jalan, Hairul ditarik oleh seseorang dan mengheretnya sampai ke belakang tandas. Dia ditolak kasar ke dinding.

"Apa ni?" tanya Hairul, marah.

"Seronok ke jadi pelajar kesayangan cikgu kat sekolah ni? Jadi pujaan pelajar-pelajar perempuan kat sini?" soal salah seorang daripada mereka.

"Kenapa, korang dengki ke?" tanya Hairul beserta senyuman sinis.

'BUK!' satu tendangan terbang ke arah kaki kanan Hairul yang menyebabkannya jatuh terduduk.

'BUK!' satu lagi tendangan mengenai perutnya. Kedua-dua lengannya menutupi perutnya agar tidak di tendang lagi. Dia di tendang lagi dan lagi.

"Hoi! Kamu buat apa tu?" terdengar sahaja suara sekuriti sekolah mereka, empat sekawan itu bertempiaran lari.

Hairul yang sudah kehilangan kesadarannya di dekati oleh sekuriti tersebut dengan berlari-lari anak.

"Nak! Nak!" sekuriti itu cuba membangunkan Hairul. Akan tetapi Hairul tidak juga membuka matanya.

TERIMA KASIH

Bersambung











𝚃𝚘𝚕𝚘𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚔𝚊𝚗 𝚟𝚘𝚝𝚎 𝚊𝚝𝚊𝚞 𝚔𝚘𝚖𝚎𝚗 𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚖𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚗𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚝𝚎𝚛𝚞𝚜𝚔𝚊𝚗 𝚌𝚎𝚛𝚒𝚝𝚊 𝚗𝚒...𝚝𝚎𝚛𝚒𝚖𝚊 𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑.










(。•́︿•̀。)



𝙺𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚝𝚊𝚔𝚍𝚎 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚞𝚙𝚙𝚘𝚛𝚝 𝚖𝚊𝚌𝚊𝚖 𝚗𝚊𝚔 𝚜𝚎𝚖𝚊𝚗𝚐𝚊𝚝 𝚗𝚊𝚔 𝚋𝚞𝚊𝚝. 𝙱𝚎𝚝𝚞𝚕 𝚝𝚊𝚔?

{7}REALITITahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon