PROLOG

1.9K 116 13
                                    

"Wah.... Cantiknya!" kata Alisha yang terpesona dengan sehelai baju pengantin yang diperagakan di dalam sebuah butik pengantin.

Baju pengantin itu nampak begitu menyerlah dengan kerlipan manik-manik yang dijahit kemas membentuk corak-corak yang cantik. Sesekali Alisha melihat baju itu berkilauan apabila dipanah cahaya matahari. Umpama berlian berkilauan. Itulah baju pengantin idamannya. Dalam diam-diam, dia menyimpan hasrat dan berharap agar suatu hari nanti dia dapat menyarung baju itu pada hari pernikahannya.

"Tapi, apa salahnya cuba sekarang," ujarnya. Entah dari mana idea itu datang. Lagilah membuatkan dia tidak dapat menahan keinginan untuk menyarung baju pengantin itu.

Dalam sekelip mata sahaja, baju pengantin itu sudah tersarung pada tubuhnya. Alisha tersenyum lebar sambil melihat tubuhnya memperagakan pakaian itu di hadapan cermin. Tiada apa yang perlu diucapkan. Dia puas hati dengan apa yang dilihatnya. Sangat sempurna! Seolah-olah baju itu memang dibuat khas untuk dirinya!

"Rasa macam nak nikah sekarang Aje. Alangkah seronoknya kalu Zakri lamar aku sekarang," ujarnya sudah tidak sabar menanti hari bersejarahnya. Boleh dikatakan setiap hari dia akan impikan hari bersejarah itu akan datang secepat mungkin.

"Alisha!" panggil satu suara yang tidak asing lagi. Alisha segera berpaling untuk memastikan telinganya tidak tersalah dengar. Dia agak terkejut apabila melihat seorang gadis kecil molek yang bertudung litup muncul dengan tiba-tiba di belakangnya.

"Damia, apa kau buat kat sini?" tanya Alisha yang begitu mengenali gadis itu. Dia tidak pasti bagaimana Damia boleh berada di situ. Setahunya, dia begitu pasti yang dia melihat Damia di hadapannya kini memakai baju kebaya putih. Ini bukan penampilan Damia yang dia kenal.

"Apa kau tunggu lagi? Tok kadi dah lama tunggu,"ujar Damia sudah bercekak pinggang. Wajahnya serius.
"Tok kadi?" Alisha mengerut dahi. Dia memberikan ruang untuk otaknya memproses maklumat. Dia tersentak. Baru dia teringat akan sesuatu.

"Hah, aku lupa! Hari ni hari nikah aku dengan Zakri! Macam mana? Macam mana ni? Aku nk kahwin,"ujar Alisha mula panik.

Bang!!!

Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta merempuh masuk ke dalam kedai pengantin. Mujurlah kereta itu berhenti tepat-tepat di hadapan mereka, kalau tidak memang boleh jadi arwah. Menggeletar kaki Alisha dibuatnya. Baru sahaja dia ingin memarahi pemandu kereta itu, sekali lagi dia terkejut.

"Irdina?" tegur Alisha apabila melihat seorang gadis yang cukup dikenali yang memandu kereta itu. "Aku tahu kau bencikan aku sebab aku lagi cantik daripada kau tapi kau tak perlulah takutkan aku dengan adegan drift tak kena tempat ni..."

"Memang aku bencikan kau tapi dalam masa yang sama aku nak selamatkan kau. Cepat naik!" arah Irdina cepat-cepat memotong kata-kata Alisha tadi.

"Ada polis kejar kau je?"

"Tak, aku kejar tok kadi. Tok kadi dah lama tunggu kau, tahu tak? Kau nak kahwin ke tak nak ni?"ujar Irdina tergesa-gesa.

"Nak! Nak!"Tanpa berfikir panjang lagi, Alisha segera melangkah masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga dengan Damia. Baru sahaja meletak punggung, dia teringat akan sesuatu.

"Nanti, sejak bila kau tahu pandu kereta ni?"tanya Alisha kepada Irdina.
"Baru hari ni," jawab Irdina sambil mengenyit mata.

Alan Alisha's [SU]Where stories live. Discover now